Followers

Monday, November 25, 2013

maintainkan berat badan balik

untuk mencapai target aku tak boleh hanya bermodalkan niat...aku perlu bertekad dan semangat waja...persoalannya mampukah aku???kalau aku beritahu niat aku nak berdiet secara ketat kat cik ta, mahu diceramahnya kat aku...hahahaso aku kena bagi hint kat dia yang aku nak maintainkan berat badan tapi dalam masa yang sama aku nak berdiet...hikhokhikhok..

selepas ni aku akan pastikan aku cuba sedaya upaya untuk makan dan menguyah sebanyak tiga puluh enam kali sebelum menelan sesuatu makanan...orang cakap lagi banyak ko kunyah, lagi bagus...makanan mudah dicerna dan ko akan cepat berasa kenyang...oooooo...baru tahu..harap gigi aku mampu bertahan kunyang lama-lama dan orang sekeliling tak hairan dengan perubahan aku....hehehehehe


kalau aku cakap dengan korang aku nak amalkan makan buah dan sayur je, compom korang susah nak percaya kat aku..*banyak kali cakap dah tapi tak menjadi-jadi..hihi* aku sendiri pun memang susah nak makan buah dan sayur je....hihihihi..mana tahan wehhhh...compom termimpi-mimpi nasi lauk ayam nanti....orang Malaysia mesti makan nasi beb...!kalau tak lemah gemalai satu badan...hahaha!alasan.

nasi aku tetap akan makan jugak,*malas aku nak ganti dengan makanan tambahan lain..huhu* kuantitinya mungkin akan dikurangkan sikit...satu senduk cukup!bergantung jugak pada makanan...kalau makanan tu macam sedap je...ofkos hilang terus kawalan kuantiti aku....kahkahkah!

aku jugak perlu keluarkan balik baju dan seluar aku yang dah tak muat dan ketat-ketat tu supaya aku lebih bermotivasi untuk maintainkan balik berat badan aku...dengan harapan aku dapat pakai semula baju dan seluar tu dengan penuh kacak bergaya....kihkihkih!oh please tabahkan diri ini...huhuhu...

bersukan???korang takyah cakaplah sebab aku memang akan bersukan dan active...

cuma masalah aku sekarang ni bab-bab pemakanan je...huhuhu..

' alaaa pening aaaa...pening aaaa... ' 
*dialog shuib sepahtu kat maharajalawakmega2013*



No comments:

Nuffnang