Followers

Wednesday, December 26, 2012

Terkena....

Aku tak tau nak bagi alasan apa lagi selain bizi. Hehe. Ah tak kisahlah. Aku nak stori sesuatu dengan korang. Minggu lepas aku dating dengan CPZ. Apa lagi tengok wayang la. Minggu ni filem yang keluar semua best-best. Ramai kot orang beratur. Sesak gila. Tapi aku tak kisah sebab ada awek kat sebelah. Hahaha!

Masa tu tengah beratur nak beli air. Disebabkan panjang gila Q nya. CPZ pun sibuk nak main teka teki. Pandai dia tak bagi aku boring. Dia fikir dia sweet. Hahaha!

Zuhana : Ok ok. Calculator dalam bahasa melayu apa?
Aku : Mesin kira-kira
Zuhana : Salah.
Aku : Habis tu.
Zuhana : Mesin hitunggggggg *sambil buat hidung kemek masa cakap tungg tunggg, bajet comel*

Ek eleeeeee...hitung dengan kira-kira kan sama....kang kalau pukul kata tak sayang pulak.

Zuhana : Ok soalan lain...
Aku : Ok apa *layankan je*
Zuhana : Macam mana nak sebut Bahasa Arab dalam Bahasa Arab?
Aku : Erm... *adui takde la soalan lain* Tak tau
Zuhana : al-lughah al-arabiah
Aku : Fuyooooooooo!!

bajet pandai pulak amoi ni...takpe layankan aje...

Zuhana : hehehehehehehehe...
Aku : Kenapa gelak?
Zuhana : Kite nak tanya lagi satu soalan, tapi kita nak gelak dulu..
Aku : Cepatlah tanya..
Zuhana : Ok, apa maksud nama Khairi Fizairi dalam bahasa Inggeris?
Aku : Handsome?
Zuhana : Bukan..
Aku : Macho?
Zuhana : Sikittt lagi...
Aku : Ok give up. Apa dia?
Zuhana : Maksud dia 'Jangan nak poyooooo' *sambil sengau-sengau* Hahahaha!

Sekarang aku rasa memang nak pukul amoi ni. Berani dia mempermainkan perasaan aku. Sepanjang nak masuk wayang tu dia boleh gelak. Habis wayang sambung gelak.

Takpeeee..ada ubi boleh rebus..tengok la nanti aku tebus...dan menang. Pantun pulak.

3 comments:

sharifah rosidah said...

Sekali sekala terkena dengan awek sendiri kan redha jer lah Qery.

Krisz Hanna said...

hahahaha kiut giler!!

VivicMalarn said...

Hahaha! Seronok baca part ni. Kak Sepet kuat nganjeng tapi comel je..

Nuffnang