Followers

Friday, August 31, 2012

Merdeka!Merdeka!

Salam hari kemerdekaan...

 

Pengertiaan Hari Kemerdekaan begitu bermakna buat kita semua sebagai rakyat Malaysia...

31 OGOS 2012...negara kita telah mencapai kemerdekaan ke 55 tahun..

 

Aku anak Malaysia!

Sejarah Kemerdekaan

31 Ogos 1957, Malaysia mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British. Usaha untuk mencapai kemerdekaan yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama Malaysia yang mengetuai delegasi menteri dan pemimpin-pemimpin Malaya dalam rundingan dengan British di London.


Seperti yang tertulis dalam buku sejarah, perjanjian telah dicapai pada 8 Februari 1956, atas sebab logistik dan pentadbiran pengisytiharan rasmi kemerdekaan dibuat setahun selepas tarikh perjanjian iaitu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka...

Sebaiknya kita bersama-sama menghayati apakah erti kemerdekaan sebenarnya...

 

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tuesday, August 28, 2012

cerita raya aku biasa-biasa sahaja..

sejak dua menjak tahun kebelakangan ni, kebiasaannya Raya pertama aku sekeluarga kat rumah je...kat KL..huhu..selepas solat raya tu...kita orang sekeluarga bersalam-salaman, mohon ampun dan semestinya aku akan berikan hadiah kat ayah dan emak aku...setiap tahun aku buat macam ni...korang??

ayah?aku belikan dia dua helai baju baru dan aku berikan duit raya...dia gembira..aku pun turut gembira sama...emak pulak aku tak belikan dia baju tapi aku lebihkan sikit isi dalam sampul raya dia...hehehe..sebab???cita rasa dsign emak aku tak faham sangat..so, aku ambik keputusan biar dia pergi shopping dengan ayah aku, dan beli apa yang dia suka...



before raya tu adalah kita orang pergi cari baju raya sekeluarga...hampir semua kedai kat jalan tar tu kita orang round...baju yang emak aku berkenan, semuanya tak ada saiz...apa boleh buat..dapat beli baju raya kita orang je...huhu!biasanya emak aku sorang je tempah baju dulu...lepas tu baru kita orang akan cari baju melayu warna sama dengan emak..tapi tahun ini tak sempat pulak baju kurung emak aku tempah tu siap...so, mak aku redha je lah pakai baju sedia ada yang lebih kurang warnanya dengan baju melayu kita orang...

adik-adik aku??awal-awal lagi aku dah belikan adik bongsu*cepol* aku kasut dan seluar raya baru...ops!duit raya sekali...adik aku sorang lagi tu*syah*, aku tak belikan dia apa-apa...hahaha!sebabnya dia dah kerja..so, kat dia aku beri duit raya je...hehehe..*ini rahsia, dia dah berisi sikit...ops!*


makanan??sudah tentu lah emak aku masak rendang ayam...perhhh..rasanya memang terbaik lah rendang ayam emak aku...kalau korang makan, compom tiga empat kali nak tambah...hehehe..adik aku dia memang suka lemang...aku rasa lemang tu dia yang banyak makan kot...*gambar rendang tak ada..gambar kuih raya je lah aku letak..hehehe..*





ada lagi gambar kuih raya...tak akan semua aku nak letak kan...kalau korang nak tengok, meh la datang beraya rumah aku...samapi sekarang aku pun tak faham kenapa adik aku tak ambik gambar rendang, ketupat dan lemang...kata juru kamera raya untuk family aku tahun ini...hoh!tak mengapalah..tak ada gambar pun ok jugak...boleh buat korang tertanya-tanya macam manalah rupa rendang emak aku buat tu kan???SSSHHHHHhhhh....rahsia..kuikuikui...

paling terkejut??aku dapat duit raya dari ayah aku....horeyyyyy!aku memang malu nak ambik...tapi nak buat macam mana bila emak aku suruh ambik...mak kata duit pemberian ayah berkat....hurm..tak baik tak dengar cakap emak..so, aku pun ambik sambil buat muka tersipu-sipu malu...hahaha!

 

lepas dah bersalam-salaman tu, kita orang sekeluarga pergi ke rumah kakak emak aku...adalah beberapa adik-adik emak aku kumpul kat sana...doranng turun dari melaka...memang meriah rumah kakak emak aku tu raya tahun ini...

so, selebihnya korang tengok lah gambar...


baju biru tu kita orang panggil bibit...dia ni adik kesayangan emak aku...hihihihi!*ini rahsia okey..hahaha!*bibit aku ni paling rapat dengan family kita orang sebab dia selalu datang rumah aku...sebab?nak makan masakan emak aku...katanya emak aku masak sodapppp..aku sokong!emak aku memang masak sodapppp....hahahaha!bibit aku ni antara mak-mak sedara aku yang paling sporting gila...hehehe!baju merah tu aku panggil mak cik sitam..aku pun tahu kenapa kita orang kena panggil mak-mak sedara dengan nama macam tu....hehehe!layannnnnn.....zasssss


ok, lepas ni...gambar aku dengan bibit boleh bikit panas satu Malaysia....hahahaha!

 

uols peminat-peminat i jangan cemburu dengan gambar ni ek....i tak bersalah uolsssss....hahahaha!


ni sepupu sepapat aku...*baju biru tu anak-anak bibit aku*ada ramai lagi sebenarnya...budak-budak kecil lagi...aku pun tak faham kenapa adik aku tak tangkap gambar dorang...huhu!sepupu sepapat sebaya aku semua dah kawen, so faham-faham lah dorang kena beraya kat mana kan...aku je bujang tar..tar..tar....

bukan main banyak gambar posing bibit aku ni kan??dimana ada kamera, disitu ada dia...amboiii..kemain dia kan...hahaha!kasi can raya punya pasal...hoho!

lepas beraya dari rumah kakak emak aku, baru kita orang beraya kat rumah jiran-jiran melayu yang duduk taman aku ini...dan seronoknya, aku dapat lagi duit raya...perhhh!empat rumah jiran aku pergi...empat sampul raya aku dapat...huhu!aku tak nak ambik, dorang kejar aku sampai dapat nak bagi jugak duit raya...muamuamua!dorang kata, selagi aku tak kawen...dorang akan beri duit raya...boleh tak???hehehe...syoknyeee

malam tu pergi melawat rumah nenek sebelah ayah aku kat selayang pulak...sedara-mara sebelah ayah aku pulak...maaf kat rumah tu tak ada gambar sebab adik aku boleh tertinggal kamera kat rumah dan aku pulak terlupa nak ambik gambar pakai hanpon...cisss..syok sangat berborak kot...hehehe

raya kedua baru aku dan family semua balik kampung...horeyyyy..!!!jauh sangat kampung aku...kat melaka.jauh kan??kita orang berkumpul pulak kat rumah kakak mak aku lagi sorang..aku panggil mak ode...dan pak ode sekeluarga...
 

lepas dah beraya rumah dorang...kita orang pergi lah pulak beraya rumah-rumah sedara-mara yang lain...aku ikut je family aku...


aku tertarik gila dengan sebuah rumah kat kampung aku ni..aku panggil ' rumah adabi ' korang tahu iklan adabi dulu-dulu tu kan???yang dorang bukak tingkap sambil nyanyi lagu...ingat??tapi rumah adabi tu warna kuning...rumah tu kat perak..aku pernah pergi dulu...ini rumah adabi versi melaka....warna oren...hahaha!


malam tu kita orang balik rumah dengan gembiranya...

best kan raya aku tahun ni...??hehehe..

so, minggu ni kena kerja balik..mood kerja tu slow sikit datang...selamat mengharungi hari mood malas untuk semua yang mula bekerja minggu ni...hehehe!

p/s : aku minta kebenaran family aku untuk upload gambar dorang kat blog..fuhhh..lega boleh...



Cendol-Cendolan

Sorry, aku masih lagi tak dapat nak story pasal raya aku 2012. Huhu! Gambar belum mintak kat adik aku *alasan*. Best sangat ke story raya ko tu Qery??? Hahahaha! No komen. Tengok lah nanti kalau aku teringat nak story. Kalau terlupa raya tahun depan la aku cecite cecite. Ahaks!

Korang suka makan cendol-cendolan? Weh..cendol la. Aku? Erm boleh la layan je. Heee. Cuaca pun sekarang kejap panas kejap hujan *pagi hujan* So, memang syok tekak kalau layan cendol.

Apa kes aku tetiba nak cerita pasal cendol? Mana tak ingat, dah 2 3 hari lalu asik nampak orang jual cendol bawah pokok..perghhhh, layan beb makan cendol bawah pokok sambil menikmati hangin sepoi...fuhhh! Tekak tak boleh tahan..dan aku singgah jugak makan cendol. hehe!

Gatal habis tekak aku nak makan cendol. Tapi orang cakap kalau nak diet, mana boleh makan/minum benda yang berais ni..itu orang cakap. Aku cakap..ko bedal je..janji sodap tekak ko. hahahaha!

Macam biasa cpz tu mesti nak follow aku makan cendol. Katanya 'kalau nak makan cendol jangan lupa ajak kita, kalau tak kita mogok! Hoiiii...tak dapat makan cendol pun nak mogok ke? Hoho! Dasyat...

Aku layan cendol ni kat area ceras baru. Tapi aku tak pastii la india muslim ke india malaysia. Redha je la sebab aku tengok orang melayu ramai makan kat situ dan yang penting tempat tu bersih.


Duduk je terus order cendol biasa untuk couple set dan rojak single set. Perggggghh memang sedap rasanya. Sah rasa cendol. Bukan rasa ais kosong. Rugi aku tak order cendol pulut petang2. sampai esok pagi pun terasa kenyang.Tapi aku kata, CPZ makan cendol petang. 15 minit lepas tu nak makan pan mee. Hadei..perut apakah?? Hahahaha..lariksssss


Isi cendol memang sedap. Korang pernah makan cacing hijau? Macam tu la rasanya...hahahaha! Why so serius beb??? Ahaks! OK bye!

Monday, August 27, 2012

dorang story raya..aku?

semua blog yang aku terjah...mesti story pasal raya...bestnya korang..seronok beronok-ronok...huh..macam-macam story menarik aku baca..macam-macam gambar korang letak..best aku suka...hehehe...baru lah terasa raya ia kan nya...ia kannnn...

nak beraya rumah kawan..?tak sempat...

terfikir nak buat entry pasal raya...?tapi tak ada idea...

puncanya??

aku pun macam korang jugak masih dalam mood raya....hahahaha!

tengah layan-layan tetamu/sedara mara datang beraya kat rumah tetiba terlintas, malam ni aku mesti update satu entry raya dan satu gambar raya....hahaha!lepas tu dah terfikir nak continue update pasal raya sampai minggu depan....boleh ke??*kemain banyak pulak story raya ko kan?*

best ke raya ko qery????




bosan???tak wehh..sebab aku happy dapat beraya bersama keluarga tersayang =)

harap aku masih dipanjangkan umur untuk merasai Ramadhan dan Syawal pada tahun hadapan bersama keluarga aku.. InsyaAllah..

p/s : sengaja aku blur kan...motif??menghormati kehendak keluarga




Friday, August 24, 2012

nanti la baru update

sorry korang..aku dah lama tak update...jari jemari gua masih dalam mood raya...hehehehe!

nanti-nanti la update bila dah sampai mood...

gambar pulak ada dalam kamera adik aku...tak myempat nak minta...cehhh

korang pi la layan blog orang lain dulu...kemain rancak sekarang dorang update pasal raya...hee!

okey bai

p/s : perut aku tak berapa cantik time raya ni...asyik nak ke toilet je

Thursday, August 16, 2012

sudah cuti raya

syukur...ramai mula bercuti raya hari ini....termasuklah aku!memang syok habis...balik kampunng sambil dengar lagu raya dalam kereta...cewah!betol-betol raya korangkan...enjoy sakan...tapi ingat!berhati-hati ketika memandu...dan jangan lupa pergi servis kereta...

 

korang balik kampung drive ke?...fly?or naik bas..??tak kesah lah janji sampai kampung kan...ccchop!aku drive lah macam biasa...hehe!*harap kereta takda apa-apa problem lagi*korang dah tahu ke tarikh raya bila?dah compom?APA PUNYA SOALAN DAAA...takdalah bergurau je...mana lah tahu tiba-tiba tak compom ke date raya tu...tapi,InsyaAllah kan...aku tak sabar nak duduk depan TV sambil tunggu pengumuman raya...lepas tu nak cakap..
' yeahhh..esok raya '

rasa lega sikit sebab dah lepas beban exam...kalau tak, jenuh jugak pulas otak memikirkan exam...huh!macam biasalah...hentam kromo je jawab...hahaha!kalau aku cakap susah korang tak percaya sebab asyik cakap exam susah je...tapi aku tetap nak cakap soalan exam memang susah even aku ada study sikit...termenung aku nak menjawab..lagi-lagi essei...puas pusing-pusing pikir ayat nak tembak...balik-balik isi jawapan sama...tukar bunga ayat je...hahahaha!

lepas exam...??wajib ada result kan...ok, tak nak peduli...hahaha!aku nak cuti raya sakan dulu...lepas tu baru aku tengok result...tak pun tunggu je slip keputusan...hoho!tidak mengapa..lagi beberapa tahun je...bersusah-susah dulu sekarang, bersenang-senang kemudian...cehhhh

baju raya??belum terfikir lagi...semalam pergi SACC dan tawap satu kompleks PKNS, satu baju melayu pun tak tergoda...huhu!warna banyak pilihan, tapi jenis kain hampir sama macam baju melayu yang pernah aku ada sebelum-sebelum ini...HMMM!tetapi yang pasti aku tak nak beli baju corak sama cuma color lain-lain...lepas tu tangkap gambar budjet pose ayu depan rumah....hahahaha!OPS!!ok, tak kelakar...

tahun lepas aku still dapat duit raya...agak-agak tahun ni??

lagi banyak kot....hahahaha!


berangan jadi artis

mesej pukul 1.45 pagi....

aku : buat apa?
cpz : nyanyi berangan-berangan
aku : oit!...berangan apa??tidur la..
cpz : berangan jadi artis
aku : artis..??puiiiiii...ada bakat ke??
cpz : tengok mata lah sepet...hikhik!update ke?
aku : hoiiii...takda kena mengena.tak update..malas.kamu berangan jadi artis apa??
 

mesej pukul 2.00 pagi...

cpz : jadi nera
aku : nera??siapa tu?popular ke??
cpz : tak sangat. kita lagi popular
aku : puiiiii...sangat berlagak...mana bukti popular???
cpz : **&_*$%%#Dksfenrtep58705e[b@#!*

ok faham dia sudah tidur....hehehe

aku pulak??


Wednesday, August 15, 2012

hello, ni hanaaaaaa gedik

malam tadi aku memang nak jumpa member aku kat satu tempat yang dirahsiakan...haha!yang penting tempat tu kat luar...so, aku keluar bersuka ria melepak malam tadi...tapi before tu aku kena cover line baikkkkkk punya kat CPZ...hehehe!kalau tak dia berlakon buat-buat bebel kat aku...cisss..ayat yang keluar dari mulut dia boleh buatkan jantung aku bertukar tempat dengan ginjal...korang faham?hahaha!

 

so, sebelum aku pergi jumpa kawan aku tu..aku pun kol dia ..perhhh!memang setiap bibit-bibit ayat dari mulut ni tersusun penuh dengan hati-hati....puiiiii muntoh!

aku : hello zack-u ada?
CPZ : hello, ni hanaaaaa..*serius dia jawab dengan gedik kalah ella*
aku : kamu boleh tak jangan jawab macam tu?nak termuntoh
CPZ : biarrr ahhh...ni hanaaaaa...*perhh!memang dua kali gedik ok!*
aku  : lagi sekali kamu cakap ni hanaaaaaa.....kita letak fon*aku pulak kena cakap gedik macam tu..cis*
CPZ : heehehe..biar lah..kita kan memang manjeeeee
aku : tu bukan manjeee..tu kegedikkan terlampau...huhu!
kita nak beg-beg lah..ada member kita nak tengok*cantik tak alasan?*
CPZ : ok, datang la ambik..tapi...
aku : tapi apa?
CPZ : kita belum susunkan lagi...kamu susun kan..TQ
aku : hoiiii...kamu kumbah kenapa tak susun balik?
CPZ : mana ada kumbah, kita cari hadiah nak bagi kat kak ros..*siapa kak ros?ahli muzik?lawyer?ahli silap mata??*
aku : okeyy..takpa kita boleh susunn kan...hello ni hanaaaaa...*ohhh..tersangat gedik*

 lepas dah ambik beg-beg tu,, otw balik tu aku pun mesej dia...

aku : kita bizi susun beg..nak kemas-kemas malam ni...*alasan nak melepak*
CPZ : hikhikhik!
aku : kenapa ketawa?nanti sahur kita mesej kamu ek...
CPZ : okeyy...hehehe
aku : tak kelakar ye..
CPZ : hello, ni hanaaaa...
aku : sweetnya cakap macam tu*tddmpa*

YES!!!!dia tak syak aku nak pegi melepak....hahahahaha!mesti dia happy sebab aku cakap dia sweet...sweeet sangat kan*tddmpa

10 minit lepas tu....

CPZ : kamu katne tu..?dah sampai ke belum?
aku : gulp!dah nak sampai mana..?
CPZ : bukan kamu cakap malam ni nak lepak dengan member kamu ke?
aku : ehhh??mana ada...*cover line*
CPZ : bukan kamu beritahu petang tadi ke?
aku : ada ek?ooo...belum sampai lagi..otw
CPZ : okeyy..kita nak update blog..papehal mesej ek
aku : okeyy...bubye*pelik*

hahaha..aku tak ingat la aku ada beritahu dia aku nak lepak dengan member-member malam tadi..pelik jugak aku dia tak bebel...pelik!mungkin sebab malam semalam aku dah belikan dia Mc D kasih sayang kot....hakhakhak!

ok, bai

Tuesday, August 14, 2012

strategi berjaya...hahaha!

aku rasa sangat suka hati nak story pasal first time aku berjaya membuatkan CPZ drive kereta dengann sendirinya....hehe!aku perhatikan je perangai dia selama nni..ada lesen lori...silap! ada lesen kereta tapi tak nak drive...tak faham kan??ok, ni alasan yang dia selalu beri...

' kita tak nak drive sebab bukan kereta kita '

ok alasan ni aku boleh terima sebab yelah maybe dia takut nak drive sebab kereta orang...takut terjadi pape..contoh tercalar ke kereta tu..terlanggar lobang dan tayar terus pancit atau sport rim bengkok ke...okla tu..aku faham...kalu drive kereta sendiri rosak pun dia tak susah hati kan...

' kereta kamu besar sangat '
ok lah dia nak drive kereta yang kecik-kecik sebab masa ujian memandu dia drive viva...dia cakap kereta kecik senang nak kawal stering, senang nak budjet reverse, budjet parking...kalau kereta besar apa pun tak nampak la kot...parking pun sengget...salah parking langsung tak boleh keluar...hahaha!

' kita memang suka kalau kamu drive untuk kita...kita selesa sangat '
ok fine!ayat ni memang nak kena cedok hidung gan aku...amboi budjet diva, datin ker??puiii...manja la konon nak aku je drive...amboiiiii-amboiiiii...kemain selesa kan aku tolong drive kan dia...biasa dia tu...

sejak dia dapat lesen dia tak pernah bawak kereta...ohhh!tak faham...aku memang banyak kali cakap kat dia drive la kereta aku sesekali, nanti lupa...macam-macam strategi dah aku guna pakai...semuanya hampehhh!selalu jugak lah alasan sama dia bebel kat telinga aku...takpa, aku wat pekak telinga je...emmm syok jugak tengok mimik muka dia potpetpotpet....comel sangat*tddmpa*hahaha!tapi dia peduli apa kan dengan permintaan aku suruh dia drive...memang keras hati betul...puiiii

so, semalam dia terkena jugak dengan strategi aku....hahaha! aku berjaya minta dia tolong drive kereta!yahooooo!!!aku mintak tolong dia drive kan kereta aku bawa balik rumah sebab kereta aku dah ok...cuma wiring problem...hoh!aku pun tak paham kenapa boleh masalah wiring pulak..padahal aku takda ubah apa-apa eksesori dalaman kereta tu yang melibatkan wiring..semuanya asal...tapi aku still tak boleh terima sebab dorang hanya cek kereta aku, ambik masa sampai dua hari repair dan betulkan balik wiring sahaja...*cek wiring memang ambik masa dua hari ye??*what??dorang cuma betul kan wiring sahaja!adjust kasi ok bali dan tak ada apa-apa barang yang rosak, so dorang tak tukar apa-apa...boleh?upah betulkan wiring balik sampai rm180..tu belum upah cek komputer lagi...plus govment tex lagi...huhuu...

aku siap nak mintak jaminan la if rosak balik macam mana...takda apa-apa warranty ke...dorang cakap if tak tukar barang apa-apa mana boleh ada warrty...boleh??tapi betul jugak lah kan...maksudnya lepas ni kalau jadi balik kerosakkan sama tak boleh start..dorang akan cek balik apa yang rosak dan compom-compom upahnya???upah cek kemain mahal lagi...huhu!aku sendiri pun tak tahu dan tak tengok dia cek betul ke tak kereta aku...humm..begang gila..tapi sabar....sabar...dugaaan...ok stop!

 

malas nak story pasal tu...nak story pasal CPZ drive....hehehe!selama kereta aku rosak, aku drive neo kepunyaan....adalah rahsia...hahaha!cerita plan aku macam ni...

1. aku jemput dia kat rumah pergi dan bawa pergi proton
2. sampai proton, aku bawa drive kereta aku, CPZ drive kete neo 
*nasib auto..haha!kalau manual mahu mati-mati enjin...hakhakhak!*
3. lepas setel bil, aku suruh dia drive follow aku
4. park kereta depan rumah aku dan keluar balik pergi bazar
5. dia pesan kat aku jangan drive laju-laju
*memang tak lah nak drive perlahan...hahaha!*

MUAMUAMUAHAHAHAHA!aku berjaya!hahahahahaha!sebenarnya aku boleh je nak mintak tolong ayah aku, member-member aku ke...adik aku ke...tapi aku sengaja bagi alasan ayah aku balik lambat sangat...pukul 5, tak nak susahkan member-member, adik aku balik kerja lewat, proton tutup awal....macam-macam alasan aku beritahu dia....hahahahaha!so, nak tak nak, dia kena jugak tolong aku drive kan...hehehe!

mula-mula tu plan berjalan seperti biasa...perhhh!penuh keyakinan aweks ni drive..cool gila drive beb...peeeeeeeewittttt...aweks neo oooooo....stail lah...hahahaha!aku aku teruja kejap sebab tengok dia drive dengan sangat skema...pegang stering dua tangan okeyyyy!pusing stering pun skema..pusing sikit-sikit....hahaha!kalau dah terer satu kali pusing je kan....hehehe!bawa kereta auto je pun...hakhakhak!puas betul aku gelak dalam kereta sorang-sorang sambil tengok cermin belakang, cermin sisi dia still follow aku ke tak...heeeeeee...

ok, niat nak mengenakan dia pun tetiba datang....hahahaha!aku tekan sikit minyak, cilok kiri...cilok kanan...lesap!hambikkkkk...dah lah dengan kereta banyak lagi masa tu...sekejap je aku dah tak nampak dia kat belakang aku....hahaha!aku nak tengok dia ingat ke tak jalan ke rumah aku...??aku tunggu je kat depan rumah aku...agak lama jugak lah..dia sampai-sampai je, aku terus buat muka terkejut..macam tak percaya yang dia hafal jalan rumah aku...dan apa lagi aku pun piji melambung-lambung la kat dia cakap terer gila drive...hahahaha!dia punya muka ada senyum maa...

satu soalan cepu emas kat dia...

' kamu kenapa lambat sangat..? ' 

dia jawab...tapi sebelum jawab tu dia gelak dulu...

' hehehe!kita salah masuk lorong...'

sangkaan aku betul..dia SESAT!salah masuk lorong...hakhakhak!padan muka berlagak lagi cakap hafal jalan nak ke rumah aku kan....ahaks!yesss!aku berjaya buat dia drive dan buat dia sesat....hahahahaha!suka gila....hahaha!

ok, ini strategi aku selepas ni...

' kamu tangan kita sakit, tak boleh nak drive '

' kamu tapak kaki kita demam panas tak boleh nak drive '

' kamu mata kita senggugut tak boleh nak drive '

' kamu kita rasa tempat driver ni macam dah kecik, kita kena duduk belakang baru selesa sikit '

aku harap alasan aku mampu membuatkan dia drive sepanjang masa....HAHAHAHA!









pomen pun tak tahu

story sebelum kereta aku okey...

cerita dia macam ini....

selepas aku repair starter kereta aku tu...koranng ingat tak?tu pun kalau korang ada baca blog aku lah...hahaha!tiba-tiba sabtu lepas kereta aku sakit lagi...hari itu beri antibiotik dah ok, lepas tu kuman datang balik serang...huhu!kali ini pomen pun tak tahu apa puncanya...cehhh

mana taknya, sabtu tu lepas clas kat UPM*lecture lepas awal suruh study sebab ahadnya pulak exam...huh!* aku pun memang nak balik awal lah sebab dah janji dengan family aku nak pergi cari baju melayu...then, tiba-tiba kereta aku terus tak boleh start-start..okey!aku sangat tenang sikit buat-buat cool dan try banyak kali start kereta...dalam sejam macam tu lah aku try start...on!off!on!offf!member clas pun datang tolong aku...dorang pun sama try on!off!on!off!jugak...try tengok-tengok kan kereta aku...dorang kata takda problem sebab bateri kereta baru tukar...minyak penuh...bila start pun ada bunyi cehh..cehhh..cehhhh..tapi yang pelik kereta tu tak nak jugak start...


kalau kata starter problem balik tak mungkin sebab aku baru tukar kan...dorang rasa cip kunci kereta aku ada masalah...tak sama connet dengan starter...ntah..aku pun tak faham...dah macam-macam sangat pulak andaian kenapa kereta aku tak boleh start kan...hehehe..takpa, terima kasih sebab sudi membantu aku...siap tolong hantarkan aku ke tempat pomen kereta yang memang biasa aku servis lagi...*kedai member aku* sampai je tempat  tu, aku drive guna kereta dia bawa ke UPM untuk try cek apa masalah kereta aku...


sampai-sampai terus cek kereta aku...wah!wah!aku tak risaulah sebab dia memang pomen betul...kerja dia repair kereta kan...hehe!cek punya cek, buka tu bukak ini..start on!off!on!off!apa pun tak boleh....hahahaha!dia siap ulang balik apa yang andaian member-member aku cakap before tu....hehehe!dia pun pelik dengan masalah kereta aku...mungkin dia tak jumpa kuman tu main sembunyi-sembunyi...haihhh!last-last dia cadangkan aku pergi cek setting cip kunci kereta kat proton...alasan dia sebab aku baru tukar starter tu kan..mungkin cip tu tak boleh nak connet dengan enjin...ntah!aku pun pergi lah ke proton*dalam hati rasa nak tukar kereta baru terus...huhu!*dengan menempuh jalan yang sangat jem...


sampai proton, pomen proton cakap cip aku takda masalah pulak..PULAK DAhhhhh...dia pun tak tahu apa masalahnya dan aku kena bawa kereta cek pakai computer kat proton...baru boleh kesan problem..dia siap cakap"  itu pomen manusia maa...tengok luaran kereta saja mana tahu..ni kita cek pakai senser, pakai computer baru boleh tahu yang mana rosak...."perhhh!!kereta aku dah lah tak boleh nak start, ni kan nak drive bawa ke proton...choiii..memang menguji kesabaran di bulan puasa kan....huh!

penyelesaian dia aku terpaksa tarik kereta*towing ek?* nasib la member towing ada...so, murah sikit upah towingnya..dari serdang ke cheras rm100...murah ke?*kalau ada masalah kereta rosak beritahu aku, aku boleh rekemenkan towing, aku bagi numbor tepon..korang deal lah sendiri =) ' lagi sekali aku ke UPM menempuh jalan yang jem...kali ini aku naik towing pulak..perhhh terasa macam abang mail lambung nak pergi tarik kereta orang yang tak bayar bulanan....mail lambung tak makan rasuah...hahahaha!

paling best aku tertinggal selipar atas kereta time pindahkan barang-barang ke kereta satu lagi...sampai-sampai rumah aku tengok atas kereta tinggal sebelah je...huhu!adik aku pun tak perasan ada selipar atas kereta...hahaha!

 

kemain elok terletak pulak sebelah selipar ni kan, tak terjatuh pulak dia...tapi yang peliknya jugak..takda satu pun kereta atau motor yang hon atau beritahu aku ada selipar atas motor sepanjang perjalan aku balik rumah...huhuhu!memang nak kena beli selipar baru jugak...cehhh!

so, kereta aku dah tersadai kat proton selama dua hari...dorang cakap nak kena cek..ambik masa sikit nak tahu apa punca masalahnya...

harap-harap dorang repair dan cek betul-betul kereta yang banyak berjasa ni..cewah!


ok bai

Monday, August 13, 2012

PEMENANG CONTEST!!!

Aku agak semua orang pun tunggu sapa la yang menang ni ken...hehehe! Setelah berpening-pening Qery nak buat keputusan. Akhirnya dapat jugak pemenangnya. Tapi disebabkan kitorang rasa nak buat amal jariah bulan ramadhan ni. Kitorang ada ubah sikit hadiahnya

Untuk para blogger, tempat pertama beg berharga RM220, tempat kedua RM140. Dan ada tambahan untuk tempat ketiga, beg random yang kitorang pilih sendiri. Hehe! 

Untuk ahli facebook, still sama. Hadiah pertama beg berharga RM220. Dan saguhati 5 orang akan dapat shawl. 

Okeyh...tarik napas dulu..Apa yang Qery nakkan dalam entry korang.

1. Penulisan yang tulus.
2. Sedih
3. Kreatif
4. Ada penceritaan
5. Kena ada banyak nilai murni

Biasalah cikgu sekolah...abih keluar nilai murni segala..hahaha! gasaklah...

So setelah tolak tambah, pemenang KETIGA, Qery adalah...........(Qery kesian sebab dia guna beg jahitan mak dia sepanjang kuliah, hahaha) eh apasal aku gelak. Not good not good, haha!

Jatuh kepadaaaaaaaaaaa!!! 


Yeay! Lepas ni boleh pakai beg jahitan kilang! Kuikuikui!! Comel okey pakai beg jahitan emak sendiwiiiii...kuikui!

Tempat keDUA jatuh KEPADA!!!!!!!!!!!!


Ohyeayyyyyhhhhh!!!! Awak cakap kat kakak awak lepas ni jangan trauma-trauma beli beg lagi. Beli kat Sepet Shop okeyh lepas ni. lalalalala~~~

Dan TEMPAT PERTAMA JATUH TERGOLEK-GOLEK KEPADAAAAAAAAAA~~~

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


Cute okey nak bagi hadiah kat emak sendiri. Siap buat video keluarga bahagia tapi hidup dalam kesederhanaan. (Qery kata kim salam kat mak muda, hehe)

Suka tak suka tak????? =)

Ok habis yang untuk blog, untuk facebook punye pulak eh. Yang ni aku random pilih. Silalah bertabah kepada sapa-sapa yang tak menang. Huhu!

Pemenang pertama jatuh kepada

Jeng Jeng Jeng


Tahniaaaaah!!!! Saya random saja.

Dan 5 saguhati jatuh kepada

Fuh! Tahniah kepada semua pemenang. Sila bagi Nama, Alamat, No telefon kat zack_uhana@yahoo.com

Cepat sikit eh, aku nk pos terus, kalau tak korang tak sempat pakai raya. Okla bye!!!

Saturday, August 11, 2012

terima kasih

sory ye korang..
hari ini dan esok aku berkemungkinan tak dapat nak fokus update blog..

sibuk sikit..beri tumpuan exam*fokus konon*
tapi jangan risau-risau...walaupun pembaca blog aku ni suam-suam jer...
aku tetap akan update dengan syok sendirinya...hakhakhak!


kepada pembaca setia blog ini...terima kasih kerana sudi membaca dengan rela hati...
dan terima kasih jugak kerana memahami diri aku dan juga kerjaya aku...
terima kasih jugak melayan apa sahaja yang aku taip...satu lagi dan...
dan terima kasih tak muntoh bila aku mengup-upkan diri aku....hahaha!

InsyaAllah...blog ini tidak akan berkubur...dan aku akan cuba sedaya upaya menjadikan blog ini satu kemestian untuk korang terjah setiap hari...yeah!

semangat tak..??

Puiiiiii... =P

warna syampoo sunsilk

korang mesti kenal sangat dengan hafiz af tu..lagi-lagi kalau korang tengah bayangkan muka dia, compom korang akan teringatkan rambut dia jugak...

aku tak tahu lah sekarang ni still top ke tak gaya rambut hafiz af ni...tapi kalau johan raja lawak pun buat rambut stail macam tu apa cerita tu beb??korang mesti teruja if ternampak budak-budak kecik buat jugak stail rambut macam tu kan...memang cute miut sangat...aah!budak-budak kecik apa pun cute je kan...hehe..

itu baru budak-budak kecik korang dah teruja...cuba kalau aku yang buat??aku pasti korang akan histeria mengila-gila tengok aku...hahaha!memang cute punyalah...

nah tengok gambar ni....


dan aku ada geng jugak...


amacam??korang tak teringin nak warna rambut macam aku ker..??
aku dah...korang bila lagi??hahaha!

Friday, August 10, 2012

waktu senggang

Assalamualaikum.

sudah lama aku tak mengeluh sendirian dalam blog sendiri...cewah!tapi apakan daya diri ini, beban kerja yang tetiba banyak time-time dekat nak raya ni...menstresskan aku seketika...huhu!ditambah lagi dengan bebanan kerja sebagai seorang student yang akan menjawab exam lagi minggu ni...memang merungsingkan!bila terfikir tentang tugasan asgmt yang due datenya esok...memang menggembirakan aku....hahaha!ok tak kelakar....

aku bizi...?atau sebenarnya buat-buat bizi..entahlah...

aku macam biasa je...bila ada masa terluang, masa itulah mood nak update blog aku melayang entah mana....bila bizi, lagi lah!lantak pi la sama update blog...hahaha!

 

ish....

ish....

kenapa ni....

ishhhh...

ishhh susah ingat...

susah nak fikir...

aku takda idea nak taip ni...

so sorry...

jom singgah sepetshops!ada diskaun 20peratus...heee

Thursday, August 9, 2012

biru.ketat.sexy..menggoda tak??

Amoi : lelaki sekarang pakai ketat-ketat lagi sexy maa..
Aku : erm..??tapi ni ketat sangat..susah nafas...hahahaha!
CPZ : hahahaha...peha besar!
 
ok memang seluar tu jenis ketat sikit...kain jeans yang ikut bentuk kaki tu...tapi bila amoi tu cakap ok je aku pakai ketat..aku pun terus terasa sexy....pewitttttt!haha!tapi aku tak lah ikut je kata-kata amoi tu...aku beli yang longgar sikit sebab nak cover tonggek...haha!biasalah ahli sukan yang terer-terer macam aku ni memang tonggek plus padat plus mantop sikit...tak caya korang tegok cristiano ronaldo....hahahaha!korang jangan jeles ok
 
 
CPZ kemain gelakkan aku je time tu...perhhhh! mulut dia kemain boleh tahan jugak cakap peha aku besar sangat...perut pun besar...lengan besar...tapak tangan besar...ewah-ewah nasi tambah pe cite beb???gua gigit telinga kiri lu tahu lah...hahaha!takpa, aku relakan mulut dia celupar sikit, janji seluar tu dia belanja aku...kahkahkah!
 
paling syok saiz seluar aku ni kena ambik kat patung sebab dah habis saiz tu....hahaha!aku agak ramai pemain bola dah beli seluar warna biru ni...kira aku orang last lah....ish2!saiz lain muat pinggangnya..tapi bab peha tu...ketat sangat...siapa-siapa yang peha besar memang susah nak beli seluar kan??tak boleh beli cutting lurus...sendat!tapi terpulang kat orang tu lah...ada yang suka and ok je if ketat kat peha...huhu!
 
pinggang seluar tu memang ngam gan aku...ada longgar sikit lah...*dah kurus sikit*tapi tak kesahlah yang penting tang peha tu aku selesa...sebenarnya seluar ni ada banyak warna...hijau, merah, putih...*nasib pink takda...hahaha!*tapi tetiba aku tergoda dengan warna biru pulak....hahahaha!maklumlah sekarang aku dah tak berapa nak suka dengan K-POP...sebelum ni yes!hahahaha!CPZ tu sesuka je cakap aku minat K-POP lagi...chait!hello???itu dua tiga bulan lepas ek....sekarang aku dah join group MOB la....hahaha!korang tahu tak group apa tu..??
 

 pi tengok movie Step Up Revolution....heeeeee...terbaik beb!
 

 

test exam cpz

sebelum aku nak test student aku hari ini...semalam aku sempat test CPZ jawab exam dulu...aku kasi dia test soalan yang paling senang...paper pjk...hehehe..tapi aku rasa dia tak boleh jawab sangat sebab dia mana suka sukan-sukan ni...hahaha!dia siap cakap kat aku....

' soalan pjpk jerrrr...??bukan susah pun kan...soalan lari-lari, soalan lompat-lompat...kacang maa...' 

amboiiiiii...soalan tahap mana lah yang dia jawab dulu tu...puiii

nah!rasakan menjawab soalan budak-budak sekolah...aku nak tengok dia dapat jawab betul semua ke tak soalan-soalan aku tu..kalau salah banyak sangat, lusa jugak aku suruh dia daftar masuk balik sekolah rendah ambik subjek pjpk sampai lulus.....hahahaha!sebelum ni dia kemain berlagak lagi dengan aku cakap aku buat soalan untuk student senang sangat...dia boleh jawab sambil tutup mata...aku sabor je la kan....



OIITT!tengah jawab exam mana boleh tanya-tanya...ooo..nak perangkap aku suruh bagi jawapan la tu kan...hahahaha!

CPZ : kamu merejam tu apa?
aku : hoiiii...exam mana boleh tanya-tanya...

CPZ : klu sikit pun tak boleh ek??
aku : lempang nak...?siapa suruh tak study..

ambik ko!kena warning dengan pengawas peperiksaan....hahaha!

Tuesday, August 7, 2012

berita baik dan berita buruk

today aku tiba-tiba rasa nak berdukacita pulak...haisyoooo...awat beb?bunyi mengeluh...lagi sekali ek..HAISYOOOOOOOO....hahahaha!ok, yang hahahaha tu ketawa.

sekarang aku ada satu berita baik dan satu berita tak baik nak kasi tahu korang...korang nak tahu yang mana satu dulu..??takpa aku sendiri buat keputusan nak story yang baik dulu...heee..berita baiknya esok aku akan dapat bonus raya....yahoooooooo!!!syukur Alhamdulillah...boleh beli baju raya untuk adik-adik, mak, ayah..*CPZ tak tak nak pape..selamat aku!hahaha!*

berita yang tak baiknya starter kereta aku rosak pulak..........hhuhuhu!!aku dah dapat agak dah yang starter kereta aku ni nak rosak..sebab minggu lepas lagi dia dah bagi hint kat aku..susah nak pulas...tersekat macam ada lock je...kena pusing-pusing banyak kali baru boleh start...tapi kadang-kadang pulas sekali je dah ok...main-main pulak dia kan..hurmm!ini membuatkan aku rasa nak tukar kereta baru terus.....hahaha!

dahla sebelum ni student aku tu kasi patahkan kunci kereta aku..sekarang ni aku guna kunci spare tu je lah..kalau tertinggal kunci tu kat mana-mana, padan muka aku balik rumah jalan kaki..huh!tapi masalah kunci patah dah setel sebab aku dah repair tadi...keputusannya???kena beli one set..huhu..


kena tukar one set terus...dia memang sekali dengan lock pintu dan bonet...tapi lock bonet aku tetap tak boleh pakai akibat dari kejadian kecurian laptop dulu..memang pencuri tu menjahanamkan terus lock bonet aku....cis!lock memang dah tukar baru, tapi wayar penyambung apa ntah yang takda kat bonet tu...if nak bukak bonet, kena bukak kat tepi seet pemandu tu...kalau pakai kunci tak boleh!selagi aku tak pergi buat wayar penyambung baru...wayar apa pun aku tak pasti...huhu!*kena buat dekat kedai asseeeeesorry kereta baru boleh...malas aku nak pergi tempat tu...esok-esok je lah..tu pun tengok mood...hahaha!takpalah, janji bonet tu boleh bukak..tak guna kunci pun takpa..rasanya lagi save kot bonet kereta aku..


dah lah lama nak tukar benda ni...pagi hantar petang baru siap...saborrrrrrrrrr je la...naik bosan aku menunggu dorang bukak satu per satu...then dorang memang akan pecah kan skru tu supaya kereta safety dan susah si pencuri kereta nak buat kerja dorang...*skru tu terletak kat dalam*huhu!so kalau dah kena tukar one set tu compom harga pun boleh tahan one set jugak lah...*nasib ada diskaun 10%*huhu!kalau korang nak tahu berapa harganya, korang try la rosakkan sendiri starter kunci tu...

lepas tu...........

korang jangan tanya kenapa aku akan tidur macam budak ini dua, tiga malam nanti...hoho!


KESIMPULANNYA, BONUS RAYA aku pi repair kereta.....dugaan betul..

p/s : baju raya tahun ni nak paw ayah aku....hahahaha!

Monday, August 6, 2012

cuci-cuci mata

selamat petang semua...hi..!apa kabar..?

korang semua sudah minum petang...??aku belum.aku puasa...hahaha!malam nnanti aku nak berbuka kat rumah...mak aku cakap dia nak masak ketam lemak cili api...perhhh!sedap!

semalam mak, ayah dan adik aku pergi round-round jalan masjid india cari baju raya...tapi tak beli pape sebab ayah aku cakap saja nak tengok-tengok harga baju...katanya harga baju melayu still mahal lagi...so, kena tunggu minggu depan baru beli...relaks-relaks...huhu..ok, kalau minggu depan mahal lagi camna??lepas raya la baru kita beli ek...hahaha!

lagi satu, katanya ramai sangat orang...susah nak pilih..so, kena cari satu hari yang tak ramai orang nak membeli baju raya..hari apa tu ek??korang pikirkan untuk aku...

seminggu ni aku nak pergi cuci-cuci mata dulu..mana lah tahu kot-kot berkenan..tema raya family aku tahun ini??RAHSIA...hahaha!tunggu lah aku update raya nanti ye..

korang dah beli baju raya..??

Sunday, August 5, 2012

Berbuka Bersama

 Hi..aku takda idea....huhuhu!sorry......

korang tengok lah gambar ni..




nak beritahu aku dah pernah berbuka puasa dengan CPZ...hehe..

korang!jom berbuka bersama nak..??

Aku dah kurus

Ini bukan cerita tipu. Sebelum puasa. AKu dengan CPZ dah timbang siap-siap. Konon nak tengok berat turun ke naik masa puasa ni. Berat sehari sebelum puasa.

Aku = 80kg
Zuhana : 48kg

Seminggu lepas tu kitorang gi timbang..

Aku : 79kg
Zuhana : 47.kg

Hahaha! Aku gelakkan dia. Turun 0.2 kg je. Baik tak payah kan. Memang dia kena bahan je la.

Baru-baru ni kitorang timbang lagi.

Aku : 78.2kg
Zuhana : 47.1kg


Aku berjaya turun 1.8kg dalam masa 2 minggu. Hahaha! CPZ buat muka sedih. Mula la buat alasan

Zuhana : Kamu turun banyak sebab tiap-tiap malam main game, kita duduk je rumah, memang la berat tak turun sangat
Aku : Kamu turun 0.9kg, mesti sebab kamu balut-balut beg kan..

Hakhakhak! 0.9kg je. Berbuka nanti kompom naik jadi 48 balik. Yang penting aku dah kurus. Makin ramai la gadis mintak no telepon  lepas ni... hahaha!

Saturday, August 4, 2012

Sampai sekarang aku tak dapat lagi

Maaf la rakan-rakan, setiap kali aku update, mesti aku akan cakap aku bizi. Sekarang ni memang macam-macam kerja nak buat. Pening kepala aku. Selalunya kalau nak hilangkan tension aku akan beli paper. Tapi tak boleh jugak. Kadang-kadang aku baca paper lagi bertambah-tambah tension. Jalan penyelesaiannya aku beli majalah.

Tapi....

haritu aku beli Majalah Ujang. CPZ curi. -- tak caya baca entry ni


Janji nak pulangkan lepas habis baca. Sampai sekarang ni janji tinggal janji. Aku mesej dia,

Aku : Kita ada benda nak tanya
Zuhana : Ada apa, hehe
Aku : Jangan nak hehe, kita serius ni
Zuhana : Ape dia?
Aku : Mana majalah ujang kita?
Zuhana : Kita tak paham kamu cakap apa
Aku : Pandai la tak paham tak paham
Zuhana : hehe! Esok kita bagi
Aku : Tak nak! Nak yang baru
Zuhana : Beli sendiri


CPZ kalau buat salah, jawapan dia mesti 'kite tak paham apa kamu cakap' Perhatiiiii je perangai dia...

Thursday, August 2, 2012

Budak tak reti duduk diam

Korang yang selalu baca blog CPZ tu, ingat dia baik sangat ke? Budak tak reti duduk diam, dalam kereta suka duduk mengadap sit. Alasan dia kalau mengada depan silau. Nak marah dah besar, dah la dah pandai merajuk. Aku tak sempat nak merajuk, kalau dulu sehari aku merajuk 10 kali , sekarang CPZ pulak nak merajuk 10 kali.

Aku tak tau nak layan dia macam mana lagi...korang tengok sendiri perangai dia...




Macam mana la muka aku tak berkedut. Semua salah CPZ. Buat aku stress je. Dia ingat dia comel?? Comel pun jaga hati je..hakhakhak!

*pstttt, jangan la dia baca, kalau baca kompom merajuk suruh aku belanja dia sepanjang tahun*

Nuffnang