Followers

Sunday, July 29, 2012

dua puluh peratus

rupa-rupanya sepetshops tengah buat sale...sedang elok la tu...hahaha!aku nak jampi kat korang supaya berangan-angan nak beli handbag-handbag baru...fuhhhhh!ok, korang pun buatlah konon-konon terkena jampi serapah aku...hahaha!ok, tak lawak.


so, TODAY aku dengan bersemangatnya membantu CPZ membalas email oder korang dan jugak membalut handbang...wah!kemain rajin aku kan...apa nak buat, sesekali....hahahaha!lagi pun aku tak ada clas...yesss!

aku tak tahu lah sampai bila sale ni*mungkin sepanjang Ramadhan ni kot*...cuma sekarang ni ada diskaun 20peratus...tetapi sesiapa yang dapat mengode-gode aku...*tddpa*aku boleh terfikir-fikir nak kasi lagi up diskaun...hahahaha!

korang relaks-relaks memilih...jangan rambang mata sangat sampai tak tahu nak pilih..dun wory, aku rasa semuanya cantik*promote lebih...haha!*

Thursday, July 26, 2012

dugaan

hari ini sudah masuk empat hari aku berkerja semula setelah cuti hujung minggu...*cuti pun aku ada clas..so apa bezanya?huu..* memang agak malas sebenarnya untuk menggagahkan diri bangun pepagi plus pergi kerja...tapi nak tak nak wajib pergi jugak sebab aku punyai tanggungjawab yang wajib dilaksanakan...cewah!hehehe

kalau korang nak tau hari selasa hari tu aku ambik MC....hahahahaha!alasannya aku tetiba demam malam tu...serius wehhhh...tapi aku bukan nak beritahu korang aku cuti sakit or ponteng kerja...aku cuma nak beritahu korang cuaca semalam sangat terik...siapa sokong aku???angkat tangan

tapi cuaca hari ini aku rasa pun akan terik jugak...dugaan kan??bila dah terik tu, air sirap bandung menjadi keinginan, kehendak, keperluan dan kemestian untuk aku membasahkan anak tekak ini...dan sekaligus melembabkan bibir merah aku yang seksi ni...hahaha!korang aku tak tahu lah mengidam air apa....huhu!

semalam aku memang ibarat berada di tengah padang pasir...hanya Allah je yang tahu betapa aku kehausan yang amat sangat...dugaan bulan ramadhan...terima dengan hati yang terbuka...ini serius!huhu..

bibir aku sangat kering...apa yang mampu aku lakukan hanyalah menelan liur.....
*nak kumur-kumur kang tertelan pulak air tu.. =P*

tetapi..!! bertambah-tambah dugaan lagi apabila kunci kereta aku dipatahkan oleh salah sorang student aku...........


korang faham-faham sendiri lah ye...


dugaan memang menguji tahap kesabaran aku.............

Sunday, July 22, 2012

pergi bazar ramadhan

time-time bulan Ramadhan ni...memang Malaysia tak akan dapat dipisahkan dengan bazar ramadhan..korang pergi ceruk mana pun pasti ada bazar kan..??

kalau korang nak tahu, semalam aku adalah orang yang paling excited nak pergi bazar ni..pasai apa??aku dah beritahu korang yang aku nak cari roti johnnnnnn...dan keputusannya??aku dapat membeli roti john cheese...menu baru kot..tahun lepas aku beli dorang jual roti john biasa je...

maaf la korang, tak terlupa nak tangkap gambar sebab excited gila mengunyah roti john tu...so, korang bayangkan je lah rupa roti john cheese tu sendiri...hahaha!mengikut deria rasa aku, roti john dia terbaik...deria rasa korang aku tak tahu lah...hoho!esok aku nak jarum CPZ kaw-kaw suruh dia beli jugak roti john tu....hahahaha!lagi satu alasan, gambar ke bazar ramadhan ada dalam hpon canggih CPZ..dia tangkap gambar aku, tapi tak save...sangat sweet kan...*tddmpa..cisss..

ramadhan kali ini aku akan sentiasa pergi bazar tu awal sikit sebab aku taknak nanti sampai je bazar,
ramai betul umat manusia nak beli juadah...perhhh!jenuh beratur nak membeli...silap-silap beratur punya lama, sampai turn aku makanan habis...memang menguji kesabaran...huu..jalan korang jangan cakap lah..memang akan sesak betul dan parking pun susah...dan aku tak nak sampai rumah lewat dan terkejar-kejar masa nak berbuka puasa...cukuplah ramadhan tahun lepas aku dah lalui semua itu....so, ramadhan kali ini aku beringat-ingat sikit....hehehe

tapi semalam aku hampa sikitlah dengan juadah kuih-muih yang aku beli...malu aku dengan mak aku sebab dia memang suka kuih tu...kenapa??sebab kuih tepung pelita yang aku beli tu tepung dia cair...habis melimpah ruah...ayah aku cakap tak masak betul lagi kuih tu...huhu!lepas tu kuih pulut hijau dia pun tak berapa nak ok jugak...tak apalah, hari pertama kan...so, petang ni aku nak try sekali lagi gerai tu...*jangan kata aku tak beri peluang kedua ok*tengok ada tak perubahan..if tak ok jugak, aku try beli kuih-muih kat gerai lain pulak esoknya...huhu!

    *kuih ni aku sempat snap gambar sebab kecewa sikit*

juadah memang banyak dijual, tapi nak cari yang betul-betul serasi dengan deria rasa aku ni...hehehe!kalau dah jumpa, memang ke kedai tu je lah tiap-tiap hari...korang pun sama kan??

Saturday, July 21, 2012

selamat berbuka puasa

 

Allahumma laka sumtu wa bika aamantu wa' alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin...

 Maksudnya, "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang."

selamat berbuka puasa =)

bazar mana tak ramai orang

hari ni puasa pertama..
malam tadi korang dah niat puasa ke belum??aku dah...

hari ini mungkin agak keletihan, sebab seharian aku ada clas...
alangkah bestnya kalau hari ini tidak ada exam plus clas
*exam lagi kan...huhu!* dugaan.......


syukur malam tadi sahur...
coco crunch, 4 gelas air putih dan kurma...
harap-harap perut aku dapat menahan dugaan bau makanan kat
bazar ramadhan petang nanti...hehe!
kawal nafsu membeli juadah berbuka puasa nanti...kawal...huhu!

biasalah hari pertama puasa kan...
perut belum adjust timing lagi...
InsyaAllah hari esok dan seterusnya ok...

bazar mana tak ramai orang petang ni..??
senang sikit nak beli roti johnnnnn....hehehe


Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan

Tiba-tiba je dah nak puasakan. Rasa macam baru je raya. Dah nak puasa balik.

Sempena nak menyambut Ramadhan yang mulia ni, aku doakan kita semua dapat melalui dugaan-dugaan sepanjang bulan ni. Walaupun setan dah kena ikat. Tapi yang memang ala-ala seth tan tu berlambak je lagi. Kawal nafsu makan, yang sang arjuna yang dah kawin tu kawal-kawal sikit. Yang sang isteri tu jangan gode2. Hakhakhak!

Yang penting, hari-hari aku nak pergi bazar dengan CPZ, CPZ yang manja asyik nak jumpa aku je. Aku layankan je... *cover line baik punye*

Sekali lagi, Selamat Menjalani Ibadah Puasa pada Bulan Ramadhan. Assalamualaikum..

Thursday, July 19, 2012

Kenapa aku tak balas komen

aku bukan tak nak reply komen korang...ini serius!aku happy gila kot bila ada orang komen blog aku yang tak sehebat blog orang lain...aku akui...cewah!if aku baca komen korang memang tidak diafikan muka aku akan tersenyum sampai esok paginya...bila korang komen baru aku ada semangat nak buat entry baru...cantik tak ayat aku???hehehe..

entry jerawat tu pun CPZ yang paksa aku tulis...siap warning aku lagi...dia cakap peminat-peminat setia aku  *hahaha!* beribu-ribu masuk blog dia mintak buat entry jerawat....PUIIII...gonggg..ganggg gila beribu-ribu...elehhh dia tu berlagak ramai followerrrrr...huhu!

so, malam tu jugak aku buat...fuhhh lega dapat kongsi pengalaman muka jerawat aku...hehehe



tapi antara sebab-sebab aku tak jadi reply komen,

1. aku bizi *alasan paling selamat*

almaklumlah, sekarang ni macam-macam kerja guru..lagi-lagi baru lepas sukan tahunan!horeyyyyy...kulit aku gelap...cis!dengan nak setel masalah student la...ada ke??setiap 5 minit 'cikguuuuu....dia tolak saya, saya jatuh' 'cikguuuuu...dia tarik tudung saya, saya tarik pipi dia' 'cikguuuuu...dia ambik pembaris saya, saya curi pensel dia' 'cikguuuuu...nak pergi tandas'... walaupun alasan tu tak ada kena mengena dengan kenapa aku tak balas komen..korang anggap je lah ada kena sikit-sikit...hahahaha!

balik kerja sempat bukak laptop kejap je...nak buat assignment..ada dua lagi tak siap...tapi date line dah dekat nak hantar...huhu!CPZ siap potpetpotpet suruh buat assignment awal-awal sikit...sebab lepas ni bizi nak buat soalan exam pulak....perhhhhh...minggu lepas result exam dah keluar...markah Alhamdulillah la takde fail, haha!hebat tak????kahkahkah!CPZ sound aku 'cgpa dapat bawah dari 3 siapla kamu!'. itu amoi senang-senang je dia order cgpa aku kan...puiiii..mungkin sebab dia tahu aku tak study...hakhakhak! lepas tu malam ada badminton, kadang-kadang futsal..netball lagi...lepas tu penat...lepas penat apa pun tak boleh..kan??

2. aku tak pandai nak balas balik, tak tahu nak cakap apa..

aku memang tak tahu nak balas apa..walaupun dalam kepala otak aku ni macam-macam nak cakap..aku takut kalau aku balas terkeluar satu entry pulak dalam kotak komen tu..parah la kalau macam tu...so,aku ambik keputusan bercakap dalam hati je...hahahaha!

3. segan. Kalau perempuan reply segan la abang..hakhakhak!

aku ni bukan la tak reti bercakap dengan perempuan..takde la segan mana, tapi aku rasa nak balas-balas komen dengan perempuan macam malu sikit..nanti aku ter...ter eh. tak sengaja punye cerita, padahal...huhu!ter-mengorat ke, kan susah..nak jawab dengan boifren korang lagi, nak menjawab dengan CPZ lagi...ku serba salah dan buntu..kemain lagi siap buntu. haha!

4. nanti CPZ kata aku gatal *CPZ kuat cemburu kadang-kadang*

aku worry kalau CPZ ternampak or terbaca aku reply-reply, dah satu entry tu 10 kali aku berbalas komen dengan orang yang sama..ewah-ewah macam la ramai sangat yang nak mengomen aku kan..takpe konfiden mesti tinggi setinggi gunung deejavu..nanti CPZ mesti nak cakap aku playboy, atau dia cakap aku miang-miang keladi...*TDDMPA..dia kalau merajuk susah betul nak pujuk...sekarang ni kalau merajuk siap off hpon lagi...nak panjang sikit puiiiiiiiii...hahahaha!ikutkan malas nak pujuk..lantok la kan...biarkan dia pujuk aku.....hahaha!

5. jaga hati CPZ. Hikhik!padahal takda kena mengena

macam sama je dengan alasan tadi kan..sengaja je aku nak nampak macam banyak alasan..

6. lambat. aku nak fikir ayat pertama tu memang lambat.

ni la masalah aku..nak fikir ayat yang pertama tu kadang-kadang ambik masa sampai sehari..sebab tu la aku tak komen..nak buat entry pun ayat first tu berapa hari aku nak fikir..last-last terus takda semangat aku nak update..gara-gara ayat pertama yang tak nak muncul merajuk kot menyorok kat dalam kepala...boleh terima tak alasan aku ni...?

cukup la, kalau ada lagi nanti aku tambah..apa-apa pun aku berterima kasih kerana korang sanggup mengomen kat blog aku yang persis nak tak nak je update..Big thanksss aku ucapkan..

chow looo! 

Wednesday, July 18, 2012

jerawat part last

aku bet mesti ramai yang tertunggu-tunggu entry ni kan??hehe..PERASAN!ada ke takda yang menunggu, aku tetap nak post jugak entry ni today!huh...

laaa...ada jugak ke yang masih nak tahu pasal jerawat aku ni??...ishh2, malas betul nak story...tetapi demi peminat-peminat setia, aku sanggup.....hahahahaha!puiii..OPS!OPS!korang jangan marah-marah ek..aku nak continue la story pasal jerawat ni...meh-meh baca dengan fokus...

ok, aku nak perbetulkan sikit...XGF yang tolong aku tu exgf time study kat JB(mula-mula dia cikgu, tapi dah stop.sekarang jadi pramugari MAS) XGF yang duduk dekat area TPG tu, selepas muka aku dah suci murni....baru aku ngorat dia...hehehe..so, story pasal jerawat muka aku ni berlaku time aku dengan xgf time study kat JB sehingga aku mintak putus dengan dia...sob..sob..sob..(dia yang sedih..haha!)

hadui...aku bukan nak story pasal xgf, putus dan bla.bla.bla.blaaa....akan tetapi selepas aku putus dengan xgf yang jadi pramugari tu, aku terus tekad jugak nak jadi lelaki kacak yang digilai ramai wanita....hahahaha!puiiii...

syukur time tu aku dah dapat tempat posting kerja kat KL, so senang lah aku nak buat rawatan atasi jerawat tu...untuk rawatan pemulihan muka aku, aku pegi try saja-saja buat facial muka kat felisa pandan indah tu..korang tahu??area ampang je..tapi sekarang staff felisa tu semua dah tukar baru...aku tak berapa nak rapat dengan dorang macam dulu-dulu...hehehe!(sebab dorang cun melecun..badjet boleh ngorat sorang dua...hahaha!) habis muka aku dorang uli-uli macam tepung...kemain picit-picit keluarkan jerawat aku...huhu!banyak kali jugak lah aku buat rawatan kat felisa atas nasihat dorang...motif??rahsia...hahaha!tup-tup sampai aku jadi rapat dengan dorang...siap bagi aku tiket free join dorang tengok konsert peterpan kat stadium merdeka lagi....hehehe!

aku dinasihatkan try sabun pencuci muka..try toner dia dan jugak krim muka untuk kegunaan pagi dan malam...haaaa..hambik ko!sepekej aku guna pakai...hahaha!bermula dari saat itulah aku berjiwa perempuan yang pentingkan kecantikkan muka.......hahahahaha!lantak lah...!hahahaha!setiap hari dok tepek-tepek krim kat muka...elak-elak kena cahaya matahari...aummm!hahahaha!puiii...selain itu, aku jugak berjumpa dengan doktor ambik ubat untuk keluarkan kuman-kuman dari dalam...walaupun aku memang tak suka makan ubat...huhu!nak jadi kacak punya pasal, aku bedal jugak....ahaks!kata doktor lagi, makan ubat untuk keluarkan darah kotor dari muka aku...bila makan ubat, kuman-kuman tu keluar semua baru ok...macam ni lah, kalau nak kulit luar ok, dalam pun kena kasi ok...rawat dalaman dulu, then baru pulun rawat luaran....hoho!aku makan ubat ni sampai habis mengikut dos yang doktor tu sarankan....huhu!(memang pahit..aku cairkan)

setahun jugak lah aku pakai krim-krim felisa ni...habis je aku cepat-cepat topup...bayangkan lah kalau sehari aku tak pakai krim-krim ni...apa kerja pun aku tak boleh nak buat...jalan pun tunduk je...poyossss!hahahaha!Alhamdulillah, syukur kepadanya lama-lama face aku dah semakin ok...hoyeeeeeehhhh!suka hati...aku berjaya jadi lelaki kacak....kahkahkah!kalau tak percaya tanya CPZ...hehe!lepas setahun tu, aku stop guna produk felisa...kenapa ek?? sebab muka aku dah ok lah....heeeeeeee..( aku berharap jadi duta felisa lepas ni...muamuamua!)cuma!ada cuma ek korang....aku maintain guna pencuci muka dia je.. =)

ok, korang mesti nak tahu kan aku pakai pencuci muka felisa yang mana satu??(adehhh...bocor rahsia kekacakkan aku) mula-mula aku pakai pencuci muka warna hitam(korang pergi felisa cakap je nak beli black soap...dorang faham punya lah)aku suruh dorang kerat empat...motif???jimatlah....hahahaha!tetapi sekarang ni aku masih jugak guna pencuci muka felisa...cuma warna sabun tu je yang lain..warna putih!(tetap kerat empat jugak....hahaha!)

krim-krim felisa lain semua dah tak pakai...stop!budjet dan risau aku nanti tumbuh balik jerawat...teringat zaman muka ngeri....huhu!lagi pun, muka aku dah ok kan sekarang...aku pernah jugak try produk tabita(CPZ hasut suruh pakai..hihi)memang ok produk tu kat muka aku...takda apa-apa kesan sampingan...tapi masalahnya produk tu mahal!kopak poket aku...huhu!bagi aku, cukup-cukup sudah berhabis duit buat rawatan muka before ni...guna sabun pencuci muka felisa pun dah ok, murah sikit harganya...yang penting face maintain dan ok bersih suci murni...dan pastikan face sentiasa bersih dan dicuci...paling penting jangan gatai-gatai tangan dok picit-picit jerawat tu...kalau tumbuh jerawat-jerawat satu dua tu standart la...period...hahahaha!

kalau korang yakin dengan entry aku ni...try lah if korang ada masalah jerawat yang teruk macam aku...InsyaAllah ok..ragu-ragu???lupakan sahaja noksss =)







Tuesday, July 17, 2012

Video di Pameran Pengantin Malaysia

Jumaat lepas aku pegi Pameran Pengantin Malaysia kat SACC Shah Alam. Datang situ nak habiskan part Save The Date. Video dah siap. Memang lawak gila. Aku dengan CPZ langsung tak dapat terima. Jap aku bagi link ni kat dorang.



Sebenarnya aku yang patut cakap semua-semua tu. Tapi aku gugup pulak. Habis semua CPZ yang cakap. Lepass tu dia marah aku

Zuhana : Kenapa kamu tak cakap?
Aku : Kamu dah cakap
Zuhana : Kite cakap sebab kamu tak cakap
Aku : Tiba-tiba lidah kelu. 

Suara CPZ macam Sizuka kan. (harap-harap dia tak baca)

Sunday, July 15, 2012

Nak baju macam ni??


CPZ email aku gambar ni 2 hari lepas, dia cakap dia nak baju pengantin macam ni.

Zuhana : Cari baju macam ni, TQ
Aku : Lambat lagi kan
Zuhana : Tak kisah la, tak dapat baju macam ni, tak nak kawin!

Tak nak sudah...Neelofa ada. Hahaha!

Tapi cantik jugak.. Mana la dia dapat gambar ni.

Thursday, July 12, 2012

Selalu buat perangai

Dah lama aku bersabar dengan perangai CPZ ni,
makin lama makin menjadi,
aku tanya elok-elok,
dia jawab main-main,
aku serius,
dia sengih-sengih,
aku rasa nak pukul je,
belum sempat pukul,
dia dah pukul aku dulu,
perhatiiiii je perangai dia ni,
dah kawin sok siap aku kerjakan..
lalalalalalalala~~~~

Bulan lepas aku beli majalah ujang,
dia kebas,
bulan ni aku beli lagi,
dia kebas lagi,
lepas tu tak nak mengaku,
bila aku suruh pulangkan lepas baca,
pura-pura tak paham apa aku cakap,
siap cakap aku sekarang pelupa,
tuduh aku cuai letak barang kat mana cari kat mana,
dah la kebas majalah ujang aku,
lepas tu selalu habiskan gula-gula dalam kereta,
lepas dia makan, dia lagi.
bila habis gula-gula tu marah aku,
tuduh aku habiskan gula-gula,
perangaiiiiiiii.......


Sekarang ni aku tak boleh sabar dah,
kejap lagi aku nak jumpa dia,
aku nak slow talk dengan dia.
aku kan garang, huhu!
 
Tadi aku ada mesej dia,
jawapan dia macam biasa selalu menyakitkan hati

Aku : Kejap lagi kite nak slow talk dengan kamu
Zuhana : Kite pun ada benda nak slow talk dengan kamu

Sekali dia pun ada nak slow talk jugak. Main-main perempuan ni

Aku : Kamu nak cakap pasal apa?
Zuhana : Perangai kamu yang semakin menjadi-jadi
Aku : Eh kite pulak, kamu dah la curi majalah ujang kite
Zuhana : Bukan salah kite
Aku : Habis?
Zuhana : Sapa suruh letak merata-rata
Aku : Dalam kereta je mana ada merata-rata
Zuhana : Iye! Merata-rata, mata kita sakit tengok kamu letak kat situ. Jadi merata-rata la!

Kejap lagi dia tau la apa nasib dia...
*hehehe* Gelak jahat
perangai dia tu, celah ketiak aku je.

Wednesday, July 11, 2012

Niat sebenar aku

Aku perhati je perangai CPZ ni, cakap aku taknak belikan dia air ek, lagi nak jumpa dia hari-hari la kan. Amboi bahagia hidup dia dapat kenakan aku. Takpe, suatu hari aku boleh balas... *berniat jahat*

Aku nak gelak jugak bila dia mesej macam tu. Boleh fikir aku tak nak beli dia air....ingat comel la kot tuduh-tuduh aku macam tu.

Padahal dia tak tau niat aku beli besar-besar ada sebab lain. Kulit muka dia mengelupas. Jadi aku fikir belikan dia soya besar, boleh buat dia mandi sekali. Huhu! Mandi soya bagi kulit lembut.

Aku kesian sangat kulit dia mengelupas. merah-merah nampak macam pedih je. Dia siap sapu vaseline semua. Aku tanya dia

Aku : Kamu down ke muka kamu tak cantik
Zuhana : Tak la, muka kite pedih.
Aku : Nanti orang tau la kamu sebenarnya tak cantik
Zuhana : Pedulik la tak cantik, tak cantik lagi best dari sakit kot.
Aku : Yela tu

Eleh, yela tu. Tapi memang aku tengok dia selamber je muka mengelupas keluar dating. Macam takde pape perasaan, tapi kejap2 kerut muka tahan sakit.Kejap-kejap mengadu sakit

'tatit...tatit...tatit...'

Rasa kesian jugak, tapi CPZ ni memang selamber sikit. Nak compare dengan exgf aku dulu. Pernah jugak exgf aku muka mengelupas sebab salah guna produk, keluar dating siap bawak sapu tangan tutup mulut macam rambo. Bila ada orang lalu je dia tutup pakai sapu tangan sebab malu. Cover sangat. Bila CPZ pulak, aku tanya dia tak malu ke orang nampak, tau jawapan dia apa?

'Muke kita nampak macam kita kisah ke'

Hati kering okey perempuan ni.....Nampak je lembik. Depan mak mertua to be bukan main sopan ayu-ayu layu semua. Gelak tutup mulut. Berlakoooooooonnnnnnnnnn!!!

Tuesday, July 10, 2012

Amboi, Puas la hati kan.

Aku ni jarang baca blog CPZ, bukan minat sangat pun baca blog dia, dengar dia cerita lagi best. Dengan muka-muka, nada intonasi semua. Kalau ko dengar dia cerita sambil tutup mata, macam tengah tengok cerita doremon. Suara sama. Kahkahkah!

Aku tak ada masa nak update blog ni, tapi sebab ternampak wajah sendiri kat blog CPZ, rasa hebat pulak bila pernah kurus. *sekarang pun kurus cuma tuff sikit,CPZ kata dia suka je* Kejap aku curi gambar kat blog dia


Perghhhhhhhhhhhhhhhhhh! Meleleh air liur CPZ kalau dia tatap gambar aku ni lama-lama *perasan gila, haha*


Sekarang ni bukan aku tak nak kurus macam dulu-dulu, CPZ tak bagi, Dia kata dia suka aku gemuk-gemuk macam ayah-ayah. Biar takde orang nak. Nanti dia susah nak jaga. Padahal dia tak tau, gadis-gadis sekarang ni suka orang yang macam ayah-ayah. *come to papa* Hakhakhak!

Tapi aku dah gelap. Berjemur je kat padang. Nanti aku tunjuk kat korang betapa gelapnya badan 'abang' ni. Bye

Sunday, July 8, 2012

Korang Memang Hebat!!

Ini sambungan entry CUBA TEKA

Korang memang hebat la. Semua teka betul. Tapi sorry la aku takde hadiah nak bagi.
Huhu!

Dorang tarik tali bukan main muka sorang-sorang tak boleh bla. Aku dengan kawan-kawan sampai tergelak-gelak tengok dorang. Penuh keyakinan, ketabahan, kesungguhan. Muka kemenangan.

Oh lupa nak bagitau aku guru rumah hijau tahun ni. Alhamdulillah Rumah hijau tarik tali lelaki perempuan masuk final. Apa rahsianya??????

Makan LOLLIPOP!!! 
Siapa bagi arahan?
Ketua Rumah Hijau

Nak tengok budak-budak rumah hijau yang muka kompom memang tu? 



Muka semua nak kerek je, bajet tarik tali ni senang sangat sampai boleh makan lolipop sekali. 

 


Kalau tercekik sapa nak jawab? hahahaha!


Siap baca doa, mohon kemenangan..huhu


Masa ni nak cabut undi untuk pilih tempat, aku jadi juri disebabkan lengan aku tuff. Ok tak klaka.


Okey yang tu cikgu rumah biru, puiiii! Ingat perut seksi tu boleh membantu ke? Hahahaha!


Walaupun rumah hijau tak menang keseluruhan nanti, asalkan menang tarik tali..
dah puas hati aku...hahaha!

Wednesday, July 4, 2012

Magy

Situasi dalam kereta

Aku : Kita nak makan Maggy la. Kalau Kari sedap kan, Tom Yam pun sedap
Zuhana : Kita lagi suka Kari, Kari kan dia punya mee tak kembang macam Tom Yam
Aku : Yeke? Kamu ni hebat, mesti selalu masak Maggy
Zuhana : (sengih-sengih) Ni rahsia tau, jangan bagitau sapa-sapa

Okey Hana, Abang tak bagitau sapa-sapa.

Aku : Nanti kita balik nak masak Maggy la
Zuhana : Kamu tau tak cara masa maggy yang best?
Aku : Masak je la, letak air, didihkan dia, lepas tu masukkan maggi ,cili ke apa-apa nak masuk, lepas tu perencah, lepas tu masuk telur. Siap

Adik aku pun pandai masak. Sekali CPZ cakap...

Zuhana : Mak kita ajar lain tau, ni untuk lagi sedap....memang la masuk sama je...tapi....
Aku : Apa?
Zuhana : Jangan gitau orang eh, rahsia secret recepi (muka tersengih-sengih)

*Poyo gila*

Zuhana : Mula-mual didihkan air. Lepas tu masukkan Maggy. Lepas maggy dah masak. Keluarkan Maggy tu. Tinggalkan air kat dalam periuk. Time tu letak bawang, letak cili, letak sayur, sukati la nak letak apa, lepas semua dah rasa-rasa masak, baru letak perencah maggy. Lepas tu gaul sebati, last baru letak telur. Supaya telur tu tak pecah. Hehehe! Lepas tu tuang kat dalam maggy yang dah rebus tadi. Hebat kan kita!

Masak maggy hebat lah...

Tapi balik tu aku nak try la ikut apa CPZ buat, tapi tak jadi. Sebab kelam kabut air dah didih kuat sangat. Terus mesej CPZ, suruh dia je masakkan untuk aku...

Lepas ni kalau maggy suruh CPZ masak, dia paling hebat masak Maggy.


Maggy pun ada skill, nampak sangat kat rumah makan Maggy je. Apa lah nasib aku nanti. Huhuhu!

Sunday, July 1, 2012

cuba teka

cuba teka dorang tengah buat apa??

 

 

dapat tak?
ok, kasi tunjuk lagi gambar...

 

amacam??
tak dapat teka lagi..??
ok-ok, ni last gambar....tengok betul-betul....!

 

dapat ke tak??
tak dapat teka sudah....hahahaha!

Nuffnang