Followers

Wednesday, December 26, 2012

Terkena....

Aku tak tau nak bagi alasan apa lagi selain bizi. Hehe. Ah tak kisahlah. Aku nak stori sesuatu dengan korang. Minggu lepas aku dating dengan CPZ. Apa lagi tengok wayang la. Minggu ni filem yang keluar semua best-best. Ramai kot orang beratur. Sesak gila. Tapi aku tak kisah sebab ada awek kat sebelah. Hahaha!

Masa tu tengah beratur nak beli air. Disebabkan panjang gila Q nya. CPZ pun sibuk nak main teka teki. Pandai dia tak bagi aku boring. Dia fikir dia sweet. Hahaha!

Zuhana : Ok ok. Calculator dalam bahasa melayu apa?
Aku : Mesin kira-kira
Zuhana : Salah.
Aku : Habis tu.
Zuhana : Mesin hitunggggggg *sambil buat hidung kemek masa cakap tungg tunggg, bajet comel*

Ek eleeeeee...hitung dengan kira-kira kan sama....kang kalau pukul kata tak sayang pulak.

Zuhana : Ok soalan lain...
Aku : Ok apa *layankan je*
Zuhana : Macam mana nak sebut Bahasa Arab dalam Bahasa Arab?
Aku : Erm... *adui takde la soalan lain* Tak tau
Zuhana : al-lughah al-arabiah
Aku : Fuyooooooooo!!

bajet pandai pulak amoi ni...takpe layankan aje...

Zuhana : hehehehehehehehe...
Aku : Kenapa gelak?
Zuhana : Kite nak tanya lagi satu soalan, tapi kita nak gelak dulu..
Aku : Cepatlah tanya..
Zuhana : Ok, apa maksud nama Khairi Fizairi dalam bahasa Inggeris?
Aku : Handsome?
Zuhana : Bukan..
Aku : Macho?
Zuhana : Sikittt lagi...
Aku : Ok give up. Apa dia?
Zuhana : Maksud dia 'Jangan nak poyooooo' *sambil sengau-sengau* Hahahaha!

Sekarang aku rasa memang nak pukul amoi ni. Berani dia mempermainkan perasaan aku. Sepanjang nak masuk wayang tu dia boleh gelak. Habis wayang sambung gelak.

Takpeeee..ada ubi boleh rebus..tengok la nanti aku tebus...dan menang. Pantun pulak.

Monday, December 17, 2012

coret-coret

saja nak coret-coret hari ini.... =)

aku nak tanye ni...siapa rasa dia suka masak?angkat tangan...aku tak suka...hahaha! korang suka tengok orang masak?seronok tak?terliur tak??haihhh...alangkah moleknya jika ambo ini berbakat pandai masak macam mereka-mereka tu...confirm aku dapat masuk pertandingan masakan cheff selebreti-reti tu...*perasan artis ko...hahahaha!*

lelaki terer masak dari perempuan??betul ke?apa pendapat korang tentang lelaki yang pandai masak ni?perempuan-perempuan tak tercabar ke?bagi aku okey-okey je...tak menjadi kesalahan pun kan??kira macam satu bonus lah sebab ada lelaki yang serba serbi ni...boleh tolong-tolng kat dapur...

mungkin dulu aku pernah terer masak...hahahaha!ok, sila teruskan berangan terer masak...ko tu terer masak meggy je qery oiii...hahaha! ops!lagi satu..tenggek air...hahaha!tapika aku kira terer apa...MASAK MEGGY DUA MINIT JE!hahahaha!*dialog sepah the movie*


tapi aku jeles lah tengok emak aku...kemain terer masak...emak-emak korang pun sama kan???bau masakkan emak je dah buat aku liur-liur....hehehe!tak apa, satu hari nanti tapi tak tahu bila hari tu, aku akan jadi macam emak aku...hahaha!



Saturday, December 15, 2012

cuaknya esok

Ya Allah ! esok je!hanya Tuhan je yang tahu betapa cemas dan berdebar-debar perasaan aku ni..cuak, muak, kuah, kuak, kuih pun ada jugak...huhuhu...semalam tak rasa panik sangat...pagi tadi pun okey-okey tak jugak...bila malam ni??hambik ko....dussshhhh!dushh!

esok aku akan pastikan aku wake up awal dan tersenyum dengan unsur-unsur ketakutan...fuiiihhh..berpeloh den nak taip ni...hahaha!esok pagi aku perlu tenang...kalau tak, oppa jahanam style aku...merundumlah pointer aku nanti...sob.sob.sob..wehhh relaks la bro

 
cute kan beg aku?*muntoh*

tapi tak mengapa, Insya Allah...harap-harap esok semuanya okey...dan yang paling penting, aku tak akan gabra lebih, melatah dengan soalan-soalan pelik, cool dan macho...hahahaha!

apa pun harap semuanya akan baik dan berjalan dengan lancar...Amin =)

bye!






Thursday, December 13, 2012

wich me luck

dalam seminggu ni memang minggu bizi aku..serius..aku tak main-main..tak caya meh sini tengok muka aku...*cpz pun ngeri nengoknye..ahaks!* ahad ada  last prezen ten ten tion.. ni tengah dok pulun sehabis baik buat persiapan....huhu!serabut alam aku dibuatnya...minggu depan ada lega sikit sebab semua assignment sudah hantar...cuma get ready minda untuk exam pulak..perhhh!memang terbaik date exam awal januari kot...hadehhh..

moga-moga assignment dapat disetelkan dalam minggu ni...fuhhh!pergilah jauh-jauh perasaan stress, sensentap, cepat terguris hiris dan mata hitam tak cukup tidur...fuhhhhh..fuhhhh..aku nak lebih fokus dengan exam semester ni...aku nak maintainkan pointer..huhu! dan buat pertama kalinya aku akan print semua notes untuk di study kaw-kaw...ini pun serius.. 


tolong doakan aku terang hati ketika study dan boleh jawab semua soalan exam nanti...doakan aku lulus dengan cemerlang...wish me luck!asta la bista beybey


Saturday, December 8, 2012

bola sepak is fun

hobi aku bersukan..terutamanya bermain bola sepak...ok, tak payah lah beritahu kan...hahaha!sempena PIALA AFF SUZUKI CUP 2012 yang tengah dok berlangsung ni, hati aku terpanggil nak story yang ada kait-kait dengan bolasepak...hehehe!gempak tak??


before that, tahniah Harimau Malaya sebab layak ke separuh akhir!esok lawan Thailand je kot bukan lawan spain...hehehe!alang-alang sudah game separuh akhir, baik teruskan mengorak langkah mara ke final...come on!come on!penyokong fanatik Harimau Malaya tak?hahaha!esok korang pergi stadium tak??kalau korang pergi, sebelum tu singgah lah jap wei tengok team aku game bola dulu...team aku pakai jersi Malaysia jugak apa...huhu!*tapi main macam bukan team Malaysia lah...hehehe* lepas tu, korang pergi lah stadium..sempat kot..

ofkos team aku asyik kalah dua tiga game ni...hehehe..tak mengapa kalah, asalkan aku seronok dapat bermain bola sepak...dan berjumpa kengkawan...minggu lepas tak dapat main sebab hujan lebat..minggu ni??*CPZ ke main seronok kalau game aku batal..cisss* mungkin dapat main atau mungkin tak..,maklumlah sekarang ni musim hujan kan...


bola sepak memang popular kat seluruh dunia...so so berpengaruh! tak ada bola, tak ada lah sepak...haha!bola sepak sememangnya dicipta untuk dimainkan oleh orang lelaki...betul??sama macam bola jaring yang hanya patut dimainkan oleh perempuan je...sokong??


tapi itu dulu...sekarang???zaman sudah berubah...so no komen!perempuan pun boleh main bola sepak jugak...lelaki pun boleh main bola jaring...bezanya tak boleh campur lelaki perempuan...kan??*kecuali badminton sebab ada bergu campuran* mungkin satu hari nanti dibolehkan pulak campur-campur...pemain macam penyerang perempuan, pemain tengah lelaki, sayap kanan perempuan, sayap kiri lelaki dan bla.bla.bla.bla.bla...haiyokkk...pendapat korang??

pendapat aku kalau perempuan minat tengok bola sepak, itu tak apa..okey-okey!!so seksi….kahkahkah!if girl talk about football, aku rasa macam WAHHH!WAHHH! tanjat  je...cpz??dia kenal david beckham je....motif??kira wahhh!wahhh! jugak lah tu...hahaha!

Wednesday, December 5, 2012

bila budak kecik tunjuk f***

terus direct to my story...semalam aku bawa adik aku pergi beli KFC...adik aku tu tetiba nak makan kfc...hehehe!aku sebagai abang yang penyayang*muntoh* pun pi lah membawa dia beli kfc dekat ofkos kedai kfc lah...tak kan nak beli kat kedai jam pulak...hehehe*tak kelakar pun*

sampai je kat kfc tu aku ternampak lah beberapa orang budak kecik dok panjat-panjat besi...ofkos besi tu sangat tinggi dan berbahaya kalau tetiba budak tu tersadung tergelincir jatuh...*dari pandangan mata aku besi tu licin kot!*apa pun tak boleh kan...mula-mula tu aku usha je lah...bila dah dekat dengan budak-budak aku pun tegur dengan penuh adap kesopanan...

' dik, bahaya panjat-panjat ni...tergelincir boleh patah riuk nanti '

sopan kan teguran aku??hehehe!budak-budak tu pun turun lah dari panjat-panjat besi tu...lepas tu aku ingatkan budak tu nak rilek rilek la kan minta maaf kat aku ke...ucap terima kasih ke...senyum ke...buat muka menyesal ke...HOiiiii...!kirim salam je lah budak tu nak buat macam tu kat aku...dengan kacak dan penuh gayanya salah sorang budak-budak kasi aku isyarat jari f*** sekali kat aku...cisss...bedebah!berderau darah aku dibuatnya...memang biadap betul...


perhhh...serius aku memang terkejut tahap gaban beb!budak kecik aku rasa darjah satu kot sedap kemain mencarut tunjuk jari keramat kat aku...kejutan itu membuatkan aku tiba-tiba terfikir yang budak tu kurang pengajaran kat rumah...tak ada budi bahasa budak-budak sekarang ni...phuiii..memang selamber ting tong dan tak ada rasa takut dan hormat pun kat aku....*sekali aku smesh baru tahu*memang aku tengok je muka budak tu...lepas tu aku senyum dan ucap terima kasih...*kawal kemarahan depan adik sendiri...hahaha!lepas tu budak-budak tu pun blah...pikirkan anak orang je...kalu anak aku, mahu ku gigit-gigit telinga kiri dia....hahaha!

siapa yang salah?? aku ke budak tu?mak bapak dia ke cikgu-cikgu dia salah sebab tak didik dengan betul??cewah!kadang-kadang terfikir jugak aku kenapa semakin Malaysia maju tapi semakin macam hareeemm budak-budaknya*dulu-dulu aku rilek-rilek je kot...haha!* serius beb...sekarang ni budak umur lima tahun pun dah terer sembang lucah yang amat over kot... ish!siapa yang patut dipersalahkan??nak kata budak tu salah, kang dikatanya budak tu kecik lagi dan tak tahu apa-apa kan...mana lah dia kenal lagi dunia ni...boleh???buat f*** pandai pulak!geramnyesss...

apa korang nak buat??nasihat aku siapa yang terbaca entry aku ni dan ada adik-adik kecik kontrol la sikit tahap kesopanan dan kesusilaan dorang tu...jangan nak ambik mudah dan cakap ' budak tu kecik lagi dan tak faham apa-apa ' tapi aku rasakan, budak-budak sekarang lagi panjang akal dia dari budak-budak dulu...tak gitu??mungkin sebab dorang sekarang banyak minum susu lembu sampai melembu-lembu hebatnya tahap akal dorang ni...ops!maaf..terlanjur kata...jangan sentap noks!hehehe!

mungkin satu hari nanti korang akan pejam mata bila tengok budak lima tahun pandai merokok...budak enam tahun power hisap gam/ganja...dan budak tujuh tahun pulak terer ambik dadah...yelah masing-masing buat tak peduli je kan...hadoiii...kesian kan...fikir-fikirkan

kalau aku terjumpa lagi budak tu, aku peluk-peluk dia..miow2!hahaha!*

mood : terkezut*





Thursday, November 29, 2012

tersenyum lebar sebab Malaysia menang

Syabas dan tahniah Malaysia 4 vs Laos 1..!teruskan menang untuk next game nanti...

korang suka tak?? jawab suka okey..!

oklah tu, pemain-pemain Malaysia dah cuba buat yang terbaik...kalau diteruskan rentak game macam semalam dan memperkemaskan beberapa hantaran, manfaatkan beberapa peluang untuk menjaringkan gol serta terus kekal fokus mencipta kemenangan.. Insya Allah, kita mampu untuk mengalahkan Indonesia pada perlawanan sabtu ini...doa-doa kejayaan pasukan Malaysia berjaya!mari sokong Harimau Malaya!


Come on pasukan Malaysia!kembalilah mengaum..abaikan menguap!hehehe..

Tuesday, November 27, 2012

zip mulut

petang semalam hujan memang sangat lebat...korang pun dapat agak bila hujan, keadaan jalan raya amatlah best giler jem...so dalam perjalanan balik dari pejabat pos, aku boleh pulak terlepas geram maki kat sorang brader superbike ni...aku boleh pulak turunkan tingkap*habis kereta aku masuk air*, lepas tu cakap benda yang tak berapa nak elok *still tak mencarut lah..tak percaya sudah* aku TERlepas cakap je..termaki kasar...huu~~



mana taknya, brader superbike tu tiba-tiba potong mencelah betul-betul depan kereta aku...mahu aku tekan emergency brake...cisss! masa itu serius aku ikut perasaan, terus cakap je
 ' bodoh!gila!takda otak!lesen mana ko belajar ' kenapa perkataan tu aku boleh sebut pun aku tak pasti...mungkin aku ' tanjat ' kott...hehehe

paling best, kena pulak berhenti kat lampu isyarat betul-betul bulatan tesco taman midah...yang tak boleh blahnya brader tu datang sebelah kereta aku dan siap tanya apa yang aku cakap...huhu!siap tanya apa yang tak puas hati sangat dengan dia,,amboi ko ni brader..dahlah salah lepas tu siap cakap dia pun tak puas hati dengan apa yang cakap..piiirahhh...orait manusia jenis ini memang tak nak mengaku kesalahan dia...phuiii*saborrrr je lah*
nasib baik brader tu jenis boleh bawa bincang...aku dah explain yang aku terkejut dan terlepas cakap...aku pun cakap lah kat dia yang cara dia potong mencelah kat depan aku tu bahaya...talk punya talk, dia cakap sorry dan aku pun cakap sorry sebab terlepas maki dia...hehehe!*cili mulut*

tapikan terang lagi bersuluh memang dia salah, bawa motor bahayakan pemandu lain...ntah!no komen beb!tahu lah ada motor besar der...nanti aku kumpul duit, sepuloh aku beli tawwwww der...lega beb sebab boleh slow talk...hehehe!kalau tak, mahu cerita balai la jawabnya der... 

kadang-kadang bila fikir balik, lebih baik zip mulut dan jangan cakap benda pertama yang terlintas kat otak...dan jangan tanjat-tanjat....hahaha!pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa...cewah!


Monday, November 26, 2012

aku dah letak gambar kasut pun

akhirnya aku telah membuat keputusan untuk membeli sepasang kasut baru nike berwarna...????aku tak berapa suka warna tu...tapi aku terbeli jugak...aku juga dah buat keputusan untuk memakai kasut itu semasa bermain badminton, jogging, bawa ke padang dan apa-apa sukan yang memerlukan aku berkasut, aku akan pakai kasut ini...*kecuali bola sepak dan futsal*OK! korang jangan tiru aku..huh!korang kena pakai kasut yang sesuai mengikut jenis sukan or aktiviti yang korang nak lakukan...nasihat ini serius untuk menjaga keselamatan kaki korang dan mengelakkan kecederaan di hari tua...aku dah bagi nasihat, kalau korang tak nak dengar lantak pi lah...hehehehe..


memandangkan kasut-kasut kesayangan aku telah dicopek oleh pencuri sebelum ini, aku juga telah membuat keputusan untuk menyorokkan ke semua kasut-kasut baru aku kat dalam rumah...termasuklah kasut ini...hehehe!tapi kalau pencuri tu masuk juga rumah aku sebab nak curi kasut, den tak leh nak kata apa lah...huhuhu!memang den tak lepaskan pencuri tu..den jampi dia...haha!

sebenarnya aku nak beli kasut warna merah,  tapi warna merah pulak tak ada saiz yang sesuai untuk aku, maka aku kuburkan hasrat itu...dan oleh kerana tak sabar, aku nak merasa kasut baru...aku beli juga berwarna biru..begitulah al-kisahnya..


kata orang, kalau pakai kasut mahal dan berjenama lain sikit perasaannya..lepas tu, tapak kasut mahal ni lembut sangat...terpijak paku pun tak rasa sakit...ringan macam bulu ayam dan tahan lebih lama macam bateri energizer...betul ke??kuikuikui...lagi satu, kalau bersenam pun terasa luar biasa keseronokkannya...kalau bersukan tu pulak lain macam powernya....betul ke?ke?ke?

TETAPI kenapa aku rasa sama je....hahaha!

lantak pi lah kasut mahal ke murah, yang penting kasut tu aku suka dan selesa pakai..
iya kan korang??

P/S : seteng-seteng orang kata membazir je beli kasut mahal-mahal sebab nanti letak kat kaki...hehehe..pendapat korang?

Thursday, November 22, 2012

Mengidam Maggi Kari

Ingat perempuan je boleh mengidam? Meh abang cerita abang punya mengidam. 


Semenjak dua menjak ni, berat badan aku turun. Sebab aku pakai losyen felinna tu. Sapu je setiap kali mandi apa susah? Tau-tau kurus je. Apa lagi, terus makan malam la. Kahkahkah! Nak tau sebab apa? Sebab esok mesti terbe punya. 

Korang jangan tak paham pulak apa maksud terbe tu eh *terbera_* isi huruf k di tempat kosong. Jawapan bocor. Haha!


Sesekali makan maggi perecah kari ni memang sedap. Tapi kalau hari-hari makan boleh botak kepala aku. *betul ke makan maggi banyak rambut boleh gugur?*


Ish..kurang satu perencah. Aku terlupa nak letak telur.

Lantak pi lah. Bismillah hirrahma nirrahim..
 Jemput makan semua.

Wednesday, November 21, 2012

selamat tinggal 5C

luselamat tinggal kelasku..


selamat tinggal student-studentku...



selamat tinggal kenangan manis dan pahit 2012..


semoga korang terus mengecapi kejayaan...


tahun demi tahun...gambar jadi pengubat rindu kat korang semua =)

merapatkan hubungan kekeluargaan

apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah pasal aku, ayah dan adik last aku bermain bowling buat kali pertamanya bersama-sama...*adik kedua aku bizi kerja so so so tak dapat join* maybe next time dia berkesempatan join...



aku sebenarnya dah memang nak main sangat bowling ni..tak tahulah kenapa tetiba mood nak main bowling ni datang...aku ingatkan kalau aku offer ayah dengan adik aku dorang tak nak join..tapi rupa-rupanya dorang begitu teruja!waaaa....best betul...syok!syok!hehehe!ayah dengan adik aku ON JER!emak aku pulak??kalau pergi main bowling siang hari dia nak join, tapi kalau malam hari??so sorry sebab dia nak layan cerita korea kat astro...boleh???hahahaha...tak mengapa emak, next time jugak lah ye...


sedikit sejarah latar belakang permainan bowling kita orang tahun ini setelah dirisik-risik...

aku..????beberapa kali jugak lah pernah bermain...
ayah aku...???lama sudah tak main, tapi tahun ni ada sekali dia join dengan kawan-kawan sekerja dia..
adik last aku..??sudah dua kali main tahun ini...

so, kalau ikut sejarah tahun ini, comfirm aku lebih terer sikit dari ayah dan adik aku..kan??beberapa kali pernah bermain maksudnya banyak kali jugak lah aku main bowling....hehehe...


kita orang main dua game..ok lah tu permulaan kita orang main bersama...best!
ni keputusan markahnya...aku menang game pertama...hahaha!

E : epul*adik last aku*

D : dinz*ayah aku*

K : Kyo * nama glamour memang tak nak kalah....hahaha!*

terer tak??memang tak lah..sikit je skor aku kalau nak dibandingkan dengan shalin zulkefli...huhu!
game kedua aku melingkup jatuh kalah dengan ayah aku...huhuhu..dan yang paling best adik aku dua-dua game lingkup kalah....hahaha!apa lagi???kena bahan lah adik last aku tu...hahahaha!


aku : cepol, ko kena tusyen bowling baru boleh lawan abang
cepol : elehhh...
ayah : ayah baru main 20peratus je dah menang*perhhh..lebih ni*
cepol : banyak lah 20peratus..
aku : tangan ko tu senget..kena training lagi dua tahun baru boleh menang dengan abang
cepol : *tunduk sambil buat muka tak puas hati*
ayah : ayah dulu champion bowling*perhhh!tak nak kalah ayak aku ni..haha!*
cepol : bila nak repeat game balik??
aku dan ayah : hahahahahaha....training dulu banyak-banyak baru repeat balik..


memang seharian plus dua tiga hari adik last aku kena bahan dengan aku dan ayah...kita orang asyik perli-perli dia kalah je...hehehe..kita orang kasi ayat bakar kaw-kaw punya....bagi dia tak sabar-sabar nak repeat game balik....

yang paling best bila balik rumah malam tu emak aku semacam dah tahu-tahu adik last aku tu kalah....hahaha!emak aku pun nak up-up cerita jugak lah cakap kalau dia join main jugak, comform boleh kalahkan ayah aku....hehehe..adik kedua aku pulak cakap ' jangan sampai dia skorsemua strike' nanti takda siapa nak lawan dia pulak...phuiiiii..berlagak betol...hahaha!

so sweet family aku ni...syukur sesangat =)

Monday, November 19, 2012

seluar jeans Jeep

kalau jadi student ni ada dua kategori..pertama, student yang setakat pass yang markah sipi-sipi ok-ok..dan yang kedua student yang bedaboom cemerlang, gemilang, terbilang pointer power..korang rasa aku kategori yang mana satu??ok tak payah bgtahu..aku dah tahu aku kategori pertama....hahahaha!dush!dush!tak memotivasikan diri sendiri betul lah....


makin lama makin tak terurus blog popular aku ni*phuiii..popular sangat...hahaha!*sampai kadang-kadang aku pun lupa ada blog dan perlu update entry...aisehhh bizi alasan sama...hehehe!tapi bila baca balik entry-entry sebelum ni..nah ko!menyimpang ke laut semuanya...huhu..wat happen to aku sekarang ni...

jujurnya aku dah rasakan yang study aku ni dah makin tough...tambahan pulak dengan kerja aku lagi..*tapi sekarang relaks sikit sebab cuti* aku dapat rasakan yang pointer aku akan merundum jatuh semester ni...banyak wehhh assignment...fuh!berpeluh den..aku rasa nak give up...tapi aku tak boleh give up..kawan-kawan pun ada yang dah give up separuh jalan...huhuhu...tetapi aku yang pilih nak sambung study kan...macam mana susah pun aku kena harung jugak...ermm, korang boleh tukar jadi aku kejap tak??hehehe..

before nak pergi game bola sepak pun sempat lagi buat assignment...*bola ada pulak masa ko kan..hikhik*paksa CPZ tolong...buat ayat puji-pujian sikit...hahaha!korang faham-fahamlah kalau mintak tolong dia sekarang...mesti potpetpotpet dulu..kata dia bizi dan banyak kerja....lantak lah, janji tangan dia gerak-gerak tolong buatkan kerja aku...telinga aku sumbat kapas jap...hehehe!


CPZ : kenapa kita kena tolong kamu buat assignment??kita bizi.
aku : kamu ada kesenian dalam gunting menggunting dan tampal menampal ni...
kamu gunting lurus dan  tampal teliti
*ayat manis tak??haha!*
CPZ : kamu ingat kita makan pujian ke??
aku : kita cakap betul ni...kamu memang dilahirkan terer gunting
CPZ : sudahlah!kamu gunting dan tampal sendiri
aku : ok-ok nanti kita belanja lah kamu...*kopak den*
CPZ : okeyyyy...kita nak kamu belanja seluar jeans Jeep
aku : oitttt....tolong gunting dengan tampal je kot
CPZ : nak ke tak nak??buatlah sendiri*jeling aku*

perhhhhh....sabar je lah..dia boleh jeling kat aku..cisss..selagi aku tak bagi jawapan cakap BOLEH, selagi tu dia buat muka jeling dan potpetpotpet kat aku...amboi nak seluar jeans...kemain


ishhh..tak ikhlas betul nak tolong aku..tapi betul juga kata CPZ, mula-mula tolong tu memang la ikhlas..tapi dah banyak-banyak tolong tu terus jadi malas.....hahahaha!malas-malas pun assignment aku BERESSSSS gak dia tolong....hakhakhak!terima kasih okeyyy

nanti abang belikan jeans jeep lepas tolong buatkan semua assignment abang ye...ahaks!

ok bye

Sunday, November 18, 2012

Cornetto...layan

Dik, nak ais krim ke..??memang tak boleh lah..hahaha..

Syok woooo makan ais krim...santai-santai sebelum meneruskan perjalanan ke...tetttt...tetttt....hikhikhik!amacam??biarkan aku menikmati ais krim ini sambil mendengar lagu akim af...ahaks!


Bukan selalu dapat makan ais krim cornetto kan...hehe! Alhamdulillah, diberikan kesempatan untuk merasai kenikmatan makan ais krim...

korang!apa lagi??coba-coba jangan lupa coba-coba

Friday, November 16, 2012

Tracking No Order Felinna Inchloss

Wa dah letih pegi pejabat pos, naik turun naik turun. Bertambah2 kurus la aku nanti. Hahaha!

Pakej sapu losyen Felinna dengan naik turun pejabat pos, memang terbaik!

1. Natrah Zakaria ED060388675MY
2. Hasmazura ED060388503MY
3. Mazlin Mohamed Zakariah ED 060388707MY
4.Illy Farishah ED 060388534MY
5. Noor Faizah Afendi EM060388596MY
6. Nor Azimah ED060388605MY
7. Nurul Ayuni ED060388525MY
8. Amy ED060388548MY
9. Mohd Syahmi ED060388622MY
10. Nurul Nadia Roslan ED060388619MY
11. Azliza Abg Muain ED060388738MY
12. Qurratul Janna ED060388494MY
13. Zainora ED060388715MY
14. Siti Nurzafirah ED060388698MY
15. Asniza Anuar ED060388724MY
16. Roziana ED060388684MY
17. Atiqah ED060388653MY
18. Rabiatul Hazrin ED060388517MY
19. Zura ED060388667MY
20. Nurhafeeza Ahmad ED060388636MY
21. Nur Afidah ED060388640MY
22. Nur Farah Dina Paddy EM330505527MY
23. Noor Khafidah EM330505500MY
24. Fateen Wazir EM273907865MY
25. Nur Hasyimah EM273907794MY
26. Norazami EM273907777MY
27. Shakirah Sulaiman EM330505473MY
28. Dr Siti Rafidah EM330505460MY
30. Farah Izdiani EM273907848MY
31. Aqmalia EM330505575MY
32. Syafika Resali EM330505456MY
33. Nurafiqah Ain EM330505495MY
34. Norliza Osman EM273907834MY
35. Anis EM330505535MY
36. Siti Muslimah EM273907817MY
37. Yantie Sapian EM330505544MY
38. Wan Farhana EM273907785MY
39. Azliza Shauti EM273907851MY
40. Siti Khadijah EM330505589MY
41. Nor Azie Amellia EM330505513MY
42. Nurhidayatul Hanina EM273907803MY
43. Nor Adiba EM330505487MY


Petang
1. Norhayati Mohd Isa ED060387349MY
2. Nurul Hidayah ED0603387366MY
3. Idayu ED060387468MY
4. Alia ED060387370MY
5. Irma Syafida ED0603388579MY
6. Wan Norliana ED060387410MY
7. Akmal Wani ED060388565MY
8. Anisrosdela ED06038754MY
9. Siti Khadijah Abd Rahman ED060388485MY
10. Azziah Nawani ED060387423MY
11.Nurul Akmal ED060387445MY
12. Nurul Hidayu ED060387397MY
13. ED060387437MY
14. Noradila ED060387383MY
15. Nur Azeanty ED060387352MY
16. Siti Azlindawati ED060387406MY
17. Azwin EM330505561MY
18. Fatin Aqilah EM330505558MY
19. Siti Balksih ED060388429MY
20. Haszalikha ED060388582MY
21. Siti Syazwani ED060388477MY
22. Nazartul Akmal ED060388392MY
23. Nadia ED060388551MY
24. Rohaya.M ED060388432MY
25. Siti Nuriah ED060388415MY
26. Nor Syamsiah ED060388450MY
27. Nurul Ain ED060388401MY
28. Norasnita Ahmad ED060388463MY
29. Afifah Mohd Sahal EM212580489MY
30. Nor Hayaty ED060388446MY

Tracking no aku copy paste CPZ je. Sonang kojo den.

Mesej/wassap 0122678134 -Sepet-

Sebotol Felinna RM75/RM80 (sabah,sarawak)
FREE POSTAGE
Beli dua akan dapat free gift =)

Refer link ni untuk baca detail Felinna Inchloss


Ok aku nak sambung sapu losyen ni. Kbye


Monday, November 5, 2012

Kyra Skirt In The House

Assalamualaikum.

Aku nak promosi sikit. Pasal Blog Baru SeQy Couture, ini adalah baby aku dan CPZ sebelum menikah. Opsss!! Haha!

Baru ada 3 design


Kyra skirt ni yang paling baru. Korang boleh tengok gambar kat bawah
 
Red
Red
 
Fushia Pink
Fushia Pink
Blue Turqoise
Blue Turqoise
Orange
Orange
Sky Blue
Sky Blue
Creamy Chocolate
Creamy Chocolate
Ada 6 warnnna

1. Creamy Chocolate
2. Blue Turqoise
3. Fushia Pink
4. Sky Blue
5. Orange
6. Red

Price : RM75 (Free Postage)
Kalau korang nak tau macam mana nak order, boleh ke blog SeQy Couture
 Aku nak terangkan pun tak pandai.
 
Selamat shopping skirt

Friday, November 2, 2012

idea lari empat kali seratus

topik aku korang faham tak???korang pernah rasa macam gini tak? bagus tak kalau terjadi?sangat la tidak bagus!why??? iyelah, ada idea nak tulis entry-entry yang 'best'*best ker?*tddmpa...tiba-tiba terus hilang macam tu je...lepas tu aku akan mesej CPZ tanya story apa nak tulis hari ni?kadang dia boleh ingat...hahaha!ok..fine.kenapa nak tanya CPZ???cisssss....... 


aku terlampau banyak idea la!ini serius!banyak idea memang lah bagus kan...tapi kalau terlampau-lampau sangat tu memang payah la...bak kata CPZ 'TAK INN LA'..otak boleh kabut sebab tak tahu nak pilih yang mana satu pulak dah..last-last langsung aku tak tulis pun idea tu...padan muka aku...huh!

masa idea tengah datang berlambak, masa tu lah aku takda laptop, masa tu lah takda broad band, masa tu lah takda tenet-tenet...macam-macam problem lah..adehhh, sudah-sudahnya idea aku yang macam best-best tu terus lari pecut 4x200 meter..huhu!so sia-sia kan?korang pikirkan untuk aku boleh??kasi lah idea wehhh...

tapi idea kelmarin aku ingat sebab aku sambut hari lahir emak aku sekeluarga...tersenyum je dia..sebab kita orang buat so suprize!

korang tengok gambar kek ni dulu...muda lagi emak aku ni...kan?kan?


meh aku nak cerita apa yang suprizenya tu...tapi before tu aku nak tunjuk gambar lain pulak..


yang ni lagi satu gambar...


ok, sekarang idea aku dah hilang..korang faham-faham sendiri lah...hakhakhak!

Wednesday, October 31, 2012

Aku punya Hari Raya Aidil Adha

Ohoi, rasa macam dah lambat je nak cite pasal hari raya. Sebab minggu ni aku bizi sikit. Naik je sekolah ada macam-macam aktiviti. Jadi nak update blog tu ambik masa. Ini pun taip laju laju kalah F1. hakhakhak!

 Raya aku macam biasa je, beraya kat rumah bersama family tersayang. Tak ada pun balik kampung. Ada jugak la mak sedara datang rumah semua..adik-adik angkat mak aku pun datang jugak.. Pagi tu seperti raya-raya tahun lepas, kita ke masjid. Solat Raya Aidil Adha. Aku antara yang datang awal tahun ini. Sebelum pukul 8 dah tercongok. Masa ni tak ramai orang, so boleh bergambar dengan encik Lembu...ensem betul aku bila bersongkok*phuiii..muntoh.haha!*.

Encik lembu malu nak posing.

Kali ni sembahyang raya macam awal. Tak ramai yang sempat sembahyang raya. Nasib baik la aku datang awal. Kalau aku datang lambat, dapat snap gambar dengan lembu je la..hehehe

Kat masjid rumah aku korbankan 5 ekor lembu. Aku cerita kat CPZ, dia kata sikit je. Tempat dia belas-belas ekor. Yela dia kawasan perkampungan. Ramai pakcik-pakcik otai plus orang lama yang tak pernah miss tiap-tiap tahun sedekah sekor lembu korban. Tempat aku ni kawasan taman. Penduduknya pun ramai yang muda-muda..dan ramai yang balik kampung kan...So, paham-paham je la ye.

Balik rumah, layan mak-mak sedara. Mak aku masak rendang ayam. perghhhhh! Sedap! lepas tu ada rendang daging jugak. Habis clear pagi raya tu jugak!! Tahun ni ramai suka makan rendang daging aku pun tak tahu kenapa..Mungkin sebab mak aku jarang-jarang masak rendang daging kot.. Tapi mak aku masak memang sedap. Tengok la perut-perut anak dia, takyah tanya banyak la k. Haha!

Seronok jugak raya macam ni. Saudara mara datang rumah. Raya korang macam mana? best??

Monday, October 29, 2012

Kasut & Baju Baru : Mood Dating ON

Kerana kemurungan aku, CPZ telah membeli hati aku *perghhhhh* dengan menghadiahkan aku 2 pasang baju dan sepasang kasut.

Dia selalu berlagak dengan aku sebab selalu ada baju baru. Lepas pandang2 baju yang aku pakai tu..

Zuhana : Ni baju tahun lepas ke?
Aku : Haah. Kenapa?
Zuhana : Takde baju baru ke? *muka berlagak*
Aku : Kamu tak belikan. *alasan terbaik*
Zuhana : Nanti kite beli nak?

Tanya pulak. Mesti la nak. Haha!


Baju pink dengan baju hitam. Bila pakai terus rasa macam badan fit. Mesti ramai gadis yang terpersona. huhu!
 

Kasut jalan yang paling menggoda. Warna merah. CPZ bising aku asik pilih warna merah je. Berapa banyak kasut aku warna merah.

Terus rasa nak dating. Lepas ni aku simpan kasut kat dalam rumah. Nak bawak masuk tidur, nak selimutkan sekali.

Tuesday, October 23, 2012

kasut aku kena curi...phuiiii

nak pergi keroje pun gua takda mood...phuiiii...hari ni banyak benor benda aku nak kena setelkan...nak pi jumpa member bincang assgment jugak...

aku bukan nak cakap pasal koroje aku...sebab semua orang pun banyakl keroje kan..aku nak cakap pasal kasut aku kena curi...kasut yang aku pakai untuk pergi keroje pun dia bedal sekali...phuiiii...

berilah aku kesabaran dengan kehilangan semua enam belas pasang kasut kesayangan aku pagi tadi....





makanya, sungguh jahanam dan celaka lah perbuatan si pencuri itu...jika pencuri itu terdiri daripada golongan terpelajar...nescaya tidak akan aku redha selagi dia masih memakai kasut kesayangan aku...sesungguhnya memakai kasut yang dicuri ketika menuntut ilmu adalah sesuatu yang paling TUTTTTTT kerana ilmu yang diperolehi langsung tidak akan diberkati....tak gitu??


tapi kalau golongan mat pit yang curi kasut-kasut aku tu...aku pasrah takda sebab...

mood : kureng sengat

Monday, October 22, 2012

Aku Pendek?

Semalam la CPZ tiba-tiba gelak soraang-sorang, amoi ni memang suka je gelak sorang-sorang, entah apa dia fikir. Aku pun tanya la. Mana aci gelak sorang-sorang.

Aku : Kenapa gelak?
Zuhana : Teringat kat Abangcik kite.
Aku : Kenapa dengan dia?
Zuhana : Haritu dia tanya kita, 'kalau keluar dengan Qery tak boleh pakai kasut tinggi la kan?'
Aku : Apsal tak boleh?
Zuhana : Tu la, kite pun pelik dia tanya macam tu. Kenapa pulak tak boleh kan. Selalu je kita pakai.
Aku : Habis tu?
Zuhana : Dia ingat kamu pendek.

Aku pendek? Aku nampak pendek ke dalama gambar??

Zuhana : Dia siap tanya kita, kalau kite diri sebelah kamu, kita lagi tinggi, hahahaha! Bila masa entah
Aku : Oi mana ada eh. Sukati je cakap kite pendek
Zuhana : Tu la, kita tak tau la sejak bila kamu jadi pendek. Hehe!

Aku tengok abangcik dia kecik besar kecik besar je. Aku lagi tinggi dari abangcik kot. Berani sungguh kata aku rendah. huhu!

Kejap aku cari gambar kat facebook CPZ, ada satu gambar dia tak pakai kasut tinggi. Aku tak pendek kot...


Aku : Kita nampak pendek ke?
Zuhana : Tak de la. Tak tau, abangcik salah orang kot.
Aku : Mungkin la. Oit kamu pernah ambik gambar dengan orang lain ke?
Zuhana : Erm erm erm erm

Nak kena amoi ni. jawab macam ni. siap la sapa yang berani ambik gambar dengan dia. Aku pendek-pendek kan mamat tu. Dia takkan tak tau aku ni garang. Hehe!

Sunday, October 21, 2012

kartun i like


aku suka kartun..so??erm suka lah jugak..of coz korang pun sama kan??bohongla kalau zaman kanak-kanak korang langsung tak suka kartun...atau korang tak ada zaman kanak-kanak?kuikuikui....nampak nau menipunye....hahaha!actually, sampai sekarang pun kalau ada movie kartun tayang kat panggung..kat tv ke...aku akan tengok..*yang best lah..hehe*tak percaya?tanya la cpz...baru-baru ni pun baru lepas tengok movi kartun hotel tasmania...kartun jugak tu kan???hahahaha!

masa aku kanak-kanak ayah aku suka bukak cerita kartun tom n jerry...

 
lawak ok..dan aku jugak tak akan melepaskan masa aku dengan sia-sia untuk tidak menonton kartun lain kegemaran aku...kalau ikutkan hati nak je aku ulas satu persatu...tapi aku malas...hahahaha! semoga korang dapat flash back balik zaman kanak-kanak riang semula... =)

1. flashman

 
2.komender penyelamat bumi maskman

 

3.gaban


4.satria baja hitam


5.power rangers

 

6.doraemon


7.ultraman


8. thundercats

 

9. care bear

 

10. voltron

 

dan juga kickers...hehehehe...

 

korang ingat tak cerita kartun-kartun tu??so layan kan...hahahaha!
tu zaman aku sekolah rendah lah...masuk-masuk sikit sekolah menengah..lepas tu sudah macam-macam kartun pulak aku tengok....BANYAK WOOOOO...hahahaha!sekarang??tengokla masa...kalau berkesempatan on tv tu ada cerita kartun best..aku layankan je....tapi movie???haruslah....hehehe!

ha ah!teringan pulak aku nak ada family super hero macam dalam cerita ni...jeng.jeng.jeng


tetiba je kan???boleh bikin teruja gile layan kartun ni wooooo...hahaha!penuh dengan mesej kekeluargaan....kelako dan aksi yang mendebarkan....setiap orang dalam family tu ada superpower...terbaik wokk!

hurm, bila agaknya pengarah dia nak buat sambungan..???tertunggu-tungu aku dibuatnye...

Tahniah pasukan Kelantan..ATM cuba lagi tahun depan =)

Nuffnang