Followers

Saturday, December 14, 2013

blog lambat update


ALAMAK..!!itu virus dah mai...

aku dah pemalas ye sekarang....kejap benor rajinnya pun...visi kemain lagi kan...
tapi habuk pun tarak....hihihi...

apakes semenjak dua menjak ni lambat sangat nak mengupdate blog? 

ko nak kena kepit hidung laju-laju ke qery???*hadoi sakitnya..haha!*
erkk..!! 

sabar-sabar..korang bawa sabar iye....

okey-okey..nanti aku try update blog sekerap plus selaju yang mungkin ek!Alaaaaaaa....korang jangan la kepit hidung aku....kesian la kat aku ooooooiii....isteri aku belum bersalin lagi kot...hahahaha..*apa kena mengena?kihkih!*


mood : syukurpapawannabe :)



Wednesday, December 11, 2013

kenapa tak BOLEH BUKA???ohhhh...tertekan

Assalamualaikum...
 
nak mintak tolong para budiman baik hati, bila email tak boleh nak buka camna caranya?tolong lah sesiapa yang tahu...huhu..





password ok tak salah-salah..tapi bila tekan continue tu tak boleh pulak...selalu ok je boleh terus tanpa upgrade apa-apa...haissssssss!

dah try sign in dengan phone...AIKKKK????boleh la pulak...bila pakai laptop tak boleh...ohhhhh pening daaaaaa......alkisahnya tadi dekat phone aku asyik nak email, tapi asyik fail je...on je laptop terus tak boleh buka pulak email tu....hadoyaiiiiiii.

bila aku google tadi, ramai yang cakap try tekan continue banyak kali, nanti ok...tapi ni dah dekat satu jam aku try...APAPUNTAKBOLEH!

bai-bai

Monday, December 9, 2013

BULGOGI

ingat!jangan sesekali tinggalkan laman blog masing-masing lebih dari tiga hari...
kenapa???

sebab kesannya cukup parah, cantohnya macam aku....hahahaha!ngaku terus....dan ini pengajaran yang cukup berkesan untuk diri sendiri...
akan tetapi..???

adaakukesah...woiiiii, bukan best pun blog ko....cait.cait.cait...END!

baru-baru ni*agak lama la jugak* aku bersama cik ta ajak emak aku try makanan korea kat midvelly tu...ni semua cik ta la punya pasal...kemain up up up lagi dia story kat emak den...tau-tau je bila aku singgah rumah mak jap...mak dah dok sebut-sebut macam mana rasanya makanan korea tu...huhuuu...

emak : macam mana rasa makanan korea tu..?
aku : biasa je emak, tak kena dengan tekak abang
emak : hana*mak aku panggil* suka ke makan?hari tu dia cakap kat mak sedap..
aku : ait?hari bila?ntah..mak nak rasa ke?jom!
emak : eh..tak lah, emak tanya je..
aku : eleee emak nak rasa la tu, esok kita pergi...balik nanti abang cakap
kat hana emak ajak pergi makan makanan korea...hahaha!ajak ayah sekali
emak : ehh..emak pulak yang ajak..ayah ko tak minat cerita korea..
*fuyooooo..dasyat emak den...hahaha!*
aku : hahahaha...takpa lah emak sama je...

tergelak sorang-sorang bila ingat balik ayat emak cakap 'ayah ko tak minat cerita korea'...hehehe!patutlah malam-malam berebut remote astro...kihkihkih!

balik rumah terus aku cakap kat cik ta..

aku : haaaa...kamu lah ni cerita kat emak..kamu salah*tuduh cik ta..kihkih!*
cik ta : hahh??cerita apa..??apa..??*buat muka pelik*
aku : cerita kat mak cakap makanan korea sedap kan...kan...
cik ta : hihihihihihi..ha ah sedappppppp*cakap manja2 la pulak..cait*
aku : kamu tepon lah emak cakap nak ajak dia gi makan makanan korea esok...
cik ta : erm??kenapa kita..???ok je..hihihihi

aku pun tak faham kenapa cik ta suka sangat makanan korea tu...huhu!esoknya tu, kita orang pergi makan makanan korea kat bulgogi brothers...korang dah try??ada lagi tempat yang sedap ke??kalau ada rekemenkan la...boleh try-try kan...


aku tak berapa suka sangat makanan korea ni, ni semua ceera punya pasal...hahaha!tetiba tuduh dia..siapa suruh rekemenkan kat adik bongsu dia ni... =P

so aku oder makanan ni je...


daging bentuk love...wah!wah!dasyatttttt...sebelum masak


semasa masak dengan tukang masak yang sopan dan terer pegang pengepit satu tangan, satu tangan lagi letak belakang...gila stail memasak...kehkehkeh!


selepas masak ini hasilnya...macam sedap kan??hehehe..lembut dagingnye ye...tetiba nak feeling-feeling korea sikit...hahaha!apa lagi, k-pop le..push your hands up..push your hands up..tututututtuttttt..i want nobody..nobody but you...itu je aku tahu lagu korea....hahahaha!

ni pulak makanan cik ta dan mak aku..apa nama makanan ni pun aku tak tahu..huuu..


emak aku tak tahu pun nak makan apa...yolah, pertama kali makan makanan korea kan...cik ta yang oderkan...kemain cucukcucuk emak den cakap ni makanan korea paling sedap...hihihihi

story ni takda lah seronok mana pun...hahahaha!

ok, bai





















Saturday, December 7, 2013

troli dan tesco

kalau cuaca cerah biasanya kita orang akan keluar...kalau tak cerah pun keluar la juga...kekekeke!maklumlah sekarang ni musim hujan...*sama-sama kita doakan mangsa-mangsa banjir selamat dan keadaan pulih seperti biasa...*

tapi sebelum keluar, kemaskan rumah dulu..tolong cik ta sidai baju*hulurkan hanger je..hihihi*
sapu, vakum dan mop*cik ta buat* aku..??lap cermin, lap frame, cuci bilik air...bla..bla..bla...*bla..bla..bla..tu macam banyak kerja kan?hahaha!*siram pokok bunga??oh, aku tak tanam pokok bunga kat rumah...hehehehe!

lepas magrib baru keluar jejalan...singgah rumah mak aku jap*hantar bekas makanan..hoho*ingatkan nanti-nanti baru singgah rumah mak...boleh lepak-lepak berbual santai lama sikit, singgah kejap je...lepas tu terus pergi tesco...hari biasa mesti tak ramai orang kat sana...yolah, masing-masing bizi kerja...tapi kalau sabtu ahad..??ofkos punyalah ramai kan....sampai nak parking kereta pun tak boleh!last-last nanti...kim salam tengok wayang je lah...hehehe...

jalan jem dan cik ta pulak tertido dalam kereta...penat sikit katanya...pening kepala mengadunya..orait baby tua, take rest jap...biar abang drive dengan hensemnya...kikikiki

sampai tesco...cik ta terus sihat walafiat...aik???pelik!waaaaa...mata shining like a diamond nampak...aku pusing-pusing cari troli, cik ta pulak dah rambang mata...itu nak, ini nak..tadi cakap nak beli sayur tomato dengan jus air oren je...sekali...????terus beli barang-barang dapur....aik?aik?aik?aik*confius*


tempat kesukaan plus kegilaan cik ta..mata ada shining like a diamond.....kuikuikui


tak percaya..??tengok gambar kat bawah ni...dia pun tak perasan aku snap curi-curi..kihkihkih!


wawawawa..boleh meleleh air mata tunggu dia pilih...mata, kepala tak tentu arah tengok sana sini...aku perhatiiiiii je....hihihi!toleh-toleh belakang, weeeeeeewitttt cik ta dah lesap.....amboiiii kemain seronok beronok-ronok ek...cissssssss..
aku..??tunggu bergayanya dengan memegang troli tesco...ciiiiiitttttt


pukul10 balik...tak boleh lama-lama, kang satu tesco pulak cik ta nak beli...hehehe!*ayat perli*


penatnya tolak troli...huihuihui

Friday, December 6, 2013

Sepet + Qery Solemnization

aku malas nak update entry wedding aku...so, aku copy paste je blog cik ta...hehehe*sepet88* sorry si isteri, i malas nak edit gambar....hahahaha!lagipun haritu kita sesama update kan??kan?kan?hihihih...

kalau korang dah baca entry ni...moh BACA SEKALI LAGI....kekekekeke!

*****************************************************************************************


Entry ni panjang gila. Kalau bosan aku tak tau.

I tell you, bukan mudah nak kawin ye. Kena persediaan dari segi mental dan fizikal.  Zahir dan batin. Aku bertunang 2 Februari 2013, dan plan nikah pada 31.8.2013. Perantaran nak diijab kabul tu lebih kurang 7 bulan jugak. Bagi aku 7 bulan tu agak lambat sebab dalam family aku kebanyakkannya ikat dalam 6 bulan ke bawah.

Kalau tak family aku nak suruh nikah bulan 5, tapi ada masalah sikit kat belah lelaki. Sedara mara Qery kebetulan ada yang kawin bulan 5. Jadi tak nak bertembung, kite beralah. Lagipun kena tengok jadual kelas Qery, bila dia free. Last-last itu je masa yang sesuai. 

Masa berbincang ni la kena banyak bersabar. Selalu pasangan yang nak kawin tu tak ada masalah sangat. Yang masalah ni datang dari keluarga. Haha! Banyak sangat pemikiran, banyak sangat idea. Nak buat bulan itu ini, tak puas hati itu ini. Masa ni memang aku dengan Qery banyak sangat sabar. Masa tu jugalah rasa apalah susah sangat nak kawin ni. Gitu. Hahaha!

Bulan 6 kitorang dah setel segala ujian HIV, kursus kawin, dah setel borong nikah. Kebanyakkan dah setel sebelum bulan puasa. Puasa bulan 7 ye. Masa ni memang banyak jugak la dugaan aku. Dengan abah sakit lagi, dengan mak pun tak berapa nak sihat. Nak harapkan mak abah setelkan hal perkahwinan aku tu memang tak la. Aku pun paham keadaan mak abah yang dah semakin tua. Dulu mak abah la yang setelkan perkahwinan abang dan kakak-kakak aku. Syukur jugak aku ni memang takde perasaan jeles. Yela ada anak yang rasa tak fair bila dulu mak abah yang setelkan, kenapa time aku je mak abah tak boleh setelkan. Syukur sangat dapat Qery yang sentiasa paham masalah-masalah tu. Dialah yang gantikan tugas2 tu semua.

Dengan kerja harian. Dengan nak puasa, dengan persiapan nak raya, dengan appoinment abah lagi. Nasib la masa tu mak ada bantu jugak menjemput orang kampung semua. Nak harapkan aku yang menjemput, jiran selorong je aku kenal. Jiran yang lain kenal tapi tak tau nama. Kalau tak ada mak tak tau la macam mana. Huhu!

Disebabkan kekangan masa, cewahh..kekangan masa lah sangat, haha! rutin kerja aku lagi, Qery pun bekerja. Jadi nak tak nak kitorang kena upah Wedding Planner yang Profesional. Dalam 7 bulan nak kawin ni la Wedding Planner aku bertungkus lumus ingatkan aku apa nak kena buat. Dah beli ke belum, dah tempah ke belum. Sampai stress dia. Wedding Planner aku macam biasa, Kak Nur dari Symbolique Asia. Ingat tak, masa aku bertunang dulu dia yang buat pelamin kedevavom tu. Kali ni pun guna khidmat dari Symbolique Asia sebab dah tau memang puas hati hasil tangan team Kak Nur.

Hari yang dinanti-nanti pun tiba. 31.8.2013 tu jatuh pada hari Sabtu. Perancangannya nikah selepas Zohor. Dah janji dengan Tok Kadi pukul 2 dah ada kat rumah aku. Kawasan rumah aku ni best. Sebab Tok Kadi boleh datang rumah. Lepas nikah semua, aku nak terus tukar baju persalinan. Dan lepas Isya’ pulak malam berinai.

Perasaan aku hari nikah adalah teramat gembira. Tak ada nerves langsung. Sebab aku dah lama menunggu saat ini. Nak kawin oiiii... Hahaahaha! Akhirnya aku dah boleh berambus dari rumah ini. Muahahaha! Kongajo sungguh. Takpe bab pindah rumah nanti aku cerita. Memang perangai aku lolss sangat. kekeke!

 Baju nikah memang pilih yang simple. Sebab taknak la yang kemain sangat. Nikah kan ala-ala gadis suci. Mesti la pilih baju putih bersih je.

 Kasut beli sendiri kat The Mines. Hahaha! Beli last minit. Lagi 3 minggu nak kawin, sebab nak fitting balik baju dengan ketinggian kasut tinggi kata ko.

 Keadaan rumah aku dihari pernikahan. 


Cerita pasal hantaran. Dulu masa bertunang, kalau korang ingat, semua hantaran aku dengan Qery adalah makanan semata-mata. Sebab kitorang dah plan bila kawin ni la yang kitorang nak barang-barang. Memang nak all out katanya. Poyo sangat. Masa ni la nak mintak pun. Dah kawin nanti orang kata nak dapat dah payah sangat. Jadinya mintak jangan tak mintak. Hahaha!

Hantaran 7 berbalas 9. 

 Jam tangan Armani Exchange ni beli kat City Chain The Mines je. Haha! Itu pun dah banyak kali round, dan warna ni je sesuai dengan warna kasut hantaran. Plus cantik dan unik sebab jarang ada tali kulit warna biru.

 Perfume ni aku tak ingat la jenama hape. Yang penting beli kat SOGO.  Hahaha! Kawan-kawan Qery kata perfume kat SOGO tengah ada sale. Jadi beli kat sana je la kita. 

 Kasut, baju, stokin, dan bola 1 set beli kat MidVelley yang depan kedai Bulgogi tu. Kat situ banyak barang-barang Nike yang latest. Contoh kat Alamanda tak masuk lagi, tapi MidVelley dah ada. Gitu. So masa ni, kasut ni la paling latest. Ko pepaham la Qery, dia mana boleh kalah kasut dengan orang lain. Pftt

 Al-Quran dengan Sejadah ni beli kat PKNS Shah Alam. Beli masa puasa. So memang banyak la jual sejadah telekung semua kan.

 Baju ni pulak beli kat Giorgio Armani KLCC, masa ni pun ada sale. Aku pegi KLCC, kebanyakkan kedai ada sale. Mungkin sebab nak raya kot. Syukur-syukur. Haha!

 Cincin Kahwin Qery beli kat Habib Jewel The Mines. Pun ada sale.

 Kasut ni beli kat Gucci KLCC. Yang ni takde sale. Aku perhatiiiii je Qery masa dia pilih kasut ni. Tapi memang cantik gila.  Kalau korang nak beli, ada beberapa warna lain. Tapi warna ni lah yang paaaaaling cantik sekali. Serius tak tipu.

 Belt dan Wallet pun sama dari Gucci KLCC. Yang ni ada sale. Syukur. Hihi!

 Instax camera beli kat The Mines, ala banyak kedai jual camera kat tingkat atas tu. Banyak lagi design cantik sebenarnya, tapi dah Qery pilih yang ini, ikutkan aku, aku suka yang lain. huhu!

Yang kat atas ni semua hantaran nak bagi Qery, yang Qery bagi aku pulak

 Duit hantaran semua orang mesti ada kot kan. 

 Sejadah dengan Quran ni beli kat tempat yang sama, PKNS Shah Alam.

 Perfume Coach beli kat SOGO jugak. 1 kedai dengan perfume Qery. Hihi!

 Sireh junjung macam adat la. kan kan.. Mak Kak Nur buat sendiri.

 Beg Gucci beli kat KLCC jugak, ada sale. 

 Kain songket sepasang lelaki perempuan yang ni Kak Nur sponser. Amik kat butik dia je, haha!

 Barang kemas aku simpan dalam bekas tertutup. kang kalau terbukak, tau tau tinggal bunga je. Huhu!

 Album mas kawin beli kat LeisureMall je. Hihi!

Tak ada satu pun makanan ye. Semua barang aku dengan Qery punya. Tak ada la nak agih kat orang kampung ke, nak bagi kat orang pegang dulang ke, takde ye. Semua haku yang punya. Gitu.

 Cantik tak pelamin nikah iolls.. Bagi aku cantik gila la, sebab bukan senang nak buat pelamin macam ni dalam rumah kampung/papan. Aku dulu paling risau kalau pelamin tak cantik, dan aku dah pesan kat Kak Nur yang aku tak nak nampak pelamin aku macam pelamin orang kampung. Boleh? Haha! Gila orang kampung tak nak mengaku kampungan kan. Bukannn.. Sebab pelamin-palamin abang kakak-kakak aku sebelum ni biasa-biasa je. Matiklah kutuk pelamin dorang, mesti kena ngumpat sebakul dua kejap lagi, hahahaha! Jadinya aku dah bagitau Kak Nur, aku nak tema warna pastel, tak kisah macam mana, pandai-pandai lah design, yang penting cantik. Aku sendiri tak tau pelamin aku macam mana sehinggalah pelamin tu siap sehari sebelum aku kawin. Memang 100% letak kepercayaan kat Kak Nur.

 Henna ni pun seminggu sebelum aku nak nikah, baru aku cari. Hahaha! Itupun tak silap aku Kak Peeja pernah komen kat blog bagitau contact number Faiza ni. Kebetulan Faiza ni pun free. Syukur. Design boleh pilih sebenarnya. Aku tak kisah nak corak macam mana pun, yang penting cantik. Faiza kata dengan aku, kalau heavy family aku marah tak. eh family aku tak kisah pun macam mana, yang penting lawa. So bila update kat fb and ig, ada yang puji, ada yang kata over, ada yang kata macam orang india la apa. Ada aku kisah?  Haha! Yang penting kat mata aku cantik. Selagi tak lukis corak binatang atau melambangkan tatu aku tak kisah. kadang2 manusia ni benda-benda yang macam ni memang dorang sensitif sangat, tak paham haku.

Full gambar inai korang boleh masuk Instagram Faiza

 
MUA datang pukul 12.30 okeyh, haha! Dia terlambat sikit sebab biasalah Sabtu kan jem tak hingat dunia. Lagipun aku tak kisah sebab Akak ni mekap laju dan cantik sangat. Muka akak ni dah la macam isteri Apek bola tu. Sap sap sui pukul 1 lebih dia dah setel mekap. Terus pakai baju semua. 

Tepat jam 2, Tok Kadi dah datang, family Qery pun dah datang. Tak tau la kenapa aku tak nerves. Sepatutnya masa ni dah nerves kan, tapi aku dengan kakak mekap, dengan kawan aku tengah bergelak ketawa dalam bilik, haha! Aku tau Qery dah sampai pun sebab ada orang masuk bilik bagitau rombongan lelaki dah sampai, dorang suruh senyap sikit, hahaha! Nampak sangat la over pengantin ni.

Lebih 10 kereta dari pihak lelaki. Kebanyakkannya adik beradik belah mak Qery dan sepupu sepapat.

Nak agih-agih sapa pegang dulang hantaran kot. Tudung hitam tu mak mertua aku ye.


 Tuuuuuuuuuuuuuuuu diaaaaaaaaaaaaaa pengantin dengan bapak mertua ku.

 Kejadian masa ni aku tak tau sangat. Jadi mari tengok gambar je.

 Orang-orang kuat berbaris di hadapan. 


 Abah aku yang gagahkan diri dihari pernikahan anak bongsunya. Hihi! Pukul 2 nikah, pukul 1.30 baru gerak dia bangun siap-siap. Sebab masa ni kan sakit melampau-lampau, tak boleh berjalan sangat. Tu pun pegang pinggang je.

 Pengantin lelaki dah berdebar-debar. 

Nasib baik rumah aku ni lapang. 

 Oh, yang paling lawak. Tok Kadi ni sebenarnya kawan Qery masa main futsal dan bola. Haha! Tu yang Tok Kadi excited gila nak nikahkan kawan sendiri. Siap sebelum nikah tu bagitau semua orang Qery tu kawan dia. Pfttt

 Wajah-wajah mendebarkan.

 Turn Saksi belah perempuan nak sign borang. kali ni saksi kawin dua-dua guna abang aku. Masa kakak-kakak aku kawin kalau tak silap saksi semua kawan-kawan bapak aku. Bila abah dah sakit ni, takde sapa nak uruskan, so nasib baik abang-abang aku ada, boleh la jadi saksi.

 Keadaan rumah. 

 Aku pun tak tau la apa benda dorang ni buat. Hihi! Sehinggalah aku dipanggil oleh Tok Kadi.
Terus rasa tak sabaaaaaarnya. Haha! Gatal gila.

 Belakang aku pakai baju hitam tu lah Kak Nur a.k.a akak angkat Qery, *tetiba jadi akak angkat Qery kan..pe citaaaaaaa* haha! Masa keluar ni memang aku control ayu gila. Kesopanan dan kesusilaan sangat. 

 Mak aku yang kepenatan, sian bila tengok gambar ni. Sedih mak anak bongsu nak kawin, dah takde teman nak bergosip dalam bilik.

 Apalah yang seronok sangat ittew

 Sebelum ijabkabul, Tok Kadi suruh pastikan betul ke orangnya. Gila tak betul?? Dah tak sabar nak kawin ni ada pulak tanya camtu, hahahaha!


 Poyo sangat kan. Kameraman lah suruh posing ayu.


 Beberapa soalan sebelum Tok Kadi akad

1. Mengucap beserta pengertian
2. Niat mandi wajib

Soalan bonus tu yang tak boleh tahan, 1 rumah aku ketawa, haha!

Tok Kadi : Mandi wajib tu sorang-sorang ke berdua?
Qery : Sorang-sorang
Tok Kadi : Eleeeeeehh dia belum cubaaaa lagi berduaaa.. Kalau saya,  saya suka mandi berdua..

Aku gelak dalam hati, biasalah pengantin kena cover-cover, yang lain berdekah-dekah tak cover langsung, hahaha!

 Aku yang cover-cover

 Tok Kadi sendiri ketawa, hahaha! Tak boleh bla.

Dah puas gelak. Marilah kite serius pulak. Terus Tok Kadi cek balik borang semua.


 Saat-saat mendebarkan.

 Sekali lafaz.

Korang kena tengok moment selepas Qery lafaz, betapa leganya dia.  Huhu!

Hahaha.  Lawak sangat masa ni, semua orang gelak termasuk aku.  



 Tak payah nak gelak sangat, terus baca doa. 

 Syukur sangat masa ni, dah jadi isteri Qery yang sah. Rasa perasaan tu eii bestnya dah kawin. Hikhokhikhok. 

Kena bagi wang mas kawin. Tok Kadi suruh bagi dengan cara romantik.

 Ayat romantik Qery masa tu
'Sayangku...terimalah wang mas kawin ni'

Boleehhhh laaaa... hihi!

 Terus solat sunat syukur.

 Masa ni sempat lagi borak sekejap, hehe! Sebelum batal air sembahyang

 Pakaikan cincin kawin

 Cantik tak, walaupun tak berapa nak nampak. 

 Hahaha! Nak pakai gelang ni susah sangat dia nak lock. Aku tengok dah geram2 je.

 Pakai rantai pulak

 Rantai pun susah nak lock. Mihmihmih!

 Nak pakaikan cincin Qery



 
 Korang tengok je la ye

Lepas setel semua, terus salam-salam mak ayah dengan mak ayah mertua, dan saudara mara.









 Bapak mertua tengok kamera sangat ni. Hahaha!

 Ayah-ayah ku.

Setel semua, apa lagi, posing la memasing











 Gambar family, dah terlalu banyak sangat gambar. Aku tak edit semua la. Ini pun dah penat gila edit, mihmihmih!




TQ semua yang memeriahkan majlis. Persalinan dan malam berinai next entry aku cerita pulak ye. Tungguuuuu

Info :
Pelamin nikah, Baju Nikah, Mekap Artis : Symbolique Asia.
Wedding Planner : Kak Nur dari Symbolique Asia
Gubahan Hantaran : Symbolique Asia
Inai : Faiza Halim 019-6401705 *recommended*
Photographer : Onald 012-3625254 *booking awal ye, jadual dia full sesaja*

Nuffnang