Followers

Wednesday, September 5, 2012

Rumah Belakang Kena Pecah masuk


Semalam aku balik rumah, dengar mak aku tengah borak dengan jiran pasal rumah belakang aku kena pecah masuk. Aku tengok macam hot jugak perbincangan ni. Maklumlah, bila dah jadi kejadian macam ni, terus la semua orang pun berjaga-jaga. Aku pun mesej la CPZ nak kongsi gundah gulana kat hati aku ni.

Aku : Rumah belakang kena masuk pencuri semalam.
CPZ : Erk? Takutnyaaaaaaa, rumah kamu kena pasang alarm tauuuu
Aku : Dia masuk pukul 5 pagi, tak tahu macam mana dia boleh panjat pagar belakang yang tinggi tu
CPZ : Pastu?
Aku : Masa dia masuk tu, orang dalam rumah tu pergi pasar pagi. Persoalannya...macam mana dia boleh tau rumah tu tak ada orang pukul 5 pagi.
CPZ : Oh dia memang dah nampak kot. Atau masa jiran keluar rumah, pagar bukak dan dia seludup masuk. Atau orang kat pasar selalu nampak dia datang pasar pukul 5 pagi.
Aku : Tak..dia masuk ikut pintu belakang. Kalau nak masuk pintu belakang, kena lalu lorong belakang rumah kita. Tapi kan lorong tu berpagar tinggi, memang tak boleh panjat. Misteri kan
CPZ : Yeah????
Aku : Tapi setiap owner lorong ni memang tok ketua bagi kunci kat setiap keluarga. Macam mana dia nak seludup kalau pintu belakang ni tak bukak. Siapa pulak yang bukak. Nak ke rumah tu jauh pulak.
CPZ : Orang situ-situ jugak kot.
Aku : Paling tak best. Orang tu baru beli and pindah rumah tu. Pencuri umpil and kopak pintu belakang rumah tu. Sedangkan orang tu baru pindah rumah kan.
CPZ : Lepas ni kena kerap berjaga ke?
Aku : Persoalannya, macam mana pencuri tau rumah kosong pukul 5 pagi? Kebetulan atau dah dirancang?
CPZ : Entah la oh..
Aku : Kalau dia nampak orang tu keluar.. macam mana dia boleh panjat pagar yang tinggi tu? Spiderman ke? Atau dia mempunyai kuasa sakti yang lain.
CPZ : Mungkin...
Aku : Paham tak apa yang kita cite ni
CPZ : Tak

CIS! Rupanya selama aku cite dia layankan je tanpa memahami hati aku yang tengah gundah gulana ni. Aku tak mesej dia selam 30 minit sebab merajuk. Disebabkan CPZ tak paham cite aku ni, aku cite kat blog pulak. Kalau korang pun tak paham. Ah aku malas nak layan.. Kbye!

2 comments:

Norasiah Nasir said...

hehhehehe..

Tak tahu..nak simpati ke..nak gelak...

serba salah..kang ngajuk pulak..

cian CPZ...

~mi + ny~ said...

kiranya pencuri tu masuk rumah qery dula la kan b4 dia pecah maduk rumah jiran tu? kiranya dia mesti da tengok2 rumah qery jugak..kena pasang alarm mcm kak sepet cakap la lepas ni,hehhe

Nuffnang