Followers

Tuesday, November 27, 2012

zip mulut

petang semalam hujan memang sangat lebat...korang pun dapat agak bila hujan, keadaan jalan raya amatlah best giler jem...so dalam perjalanan balik dari pejabat pos, aku boleh pulak terlepas geram maki kat sorang brader superbike ni...aku boleh pulak turunkan tingkap*habis kereta aku masuk air*, lepas tu cakap benda yang tak berapa nak elok *still tak mencarut lah..tak percaya sudah* aku TERlepas cakap je..termaki kasar...huu~~



mana taknya, brader superbike tu tiba-tiba potong mencelah betul-betul depan kereta aku...mahu aku tekan emergency brake...cisss! masa itu serius aku ikut perasaan, terus cakap je
 ' bodoh!gila!takda otak!lesen mana ko belajar ' kenapa perkataan tu aku boleh sebut pun aku tak pasti...mungkin aku ' tanjat ' kott...hehehe

paling best, kena pulak berhenti kat lampu isyarat betul-betul bulatan tesco taman midah...yang tak boleh blahnya brader tu datang sebelah kereta aku dan siap tanya apa yang aku cakap...huhu!siap tanya apa yang tak puas hati sangat dengan dia,,amboi ko ni brader..dahlah salah lepas tu siap cakap dia pun tak puas hati dengan apa yang cakap..piiirahhh...orait manusia jenis ini memang tak nak mengaku kesalahan dia...phuiii*saborrrr je lah*
nasib baik brader tu jenis boleh bawa bincang...aku dah explain yang aku terkejut dan terlepas cakap...aku pun cakap lah kat dia yang cara dia potong mencelah kat depan aku tu bahaya...talk punya talk, dia cakap sorry dan aku pun cakap sorry sebab terlepas maki dia...hehehe!*cili mulut*

tapikan terang lagi bersuluh memang dia salah, bawa motor bahayakan pemandu lain...ntah!no komen beb!tahu lah ada motor besar der...nanti aku kumpul duit, sepuloh aku beli tawwwww der...lega beb sebab boleh slow talk...hehehe!kalau tak, mahu cerita balai la jawabnya der... 

kadang-kadang bila fikir balik, lebih baik zip mulut dan jangan cakap benda pertama yang terlintas kat otak...dan jangan tanjat-tanjat....hahaha!pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa...cewah!


2 comments:

Irfa said...

MAMAT MMG SAJE CARI PASAL DANNNNN ORG ZAMAN SEKARANG CEPAT PANAS BARAN
daaa

sharifah rosidah said...

Eh pasal plak kena minta maaf...bukan nak ajor kurang ajor ya tapi memang betul....aunty selalu jumpa orang naik superbike kalau aunty balik dari kuantan....anak aunty kan ada 2 orang masuk U di kuantan...kalau kat kawasan genting sempah tu sangat merbahaya...kat situ lah juga mereka2 yang bawak superbike ni suka mencelah celah....bahaya tuuu...sebab tu kita selalu dengar accident yang melibat kan superbike ni selalu mati...jarang yang terselamat kalau kemalangan.

Nuffnang