Followers

Sunday, July 22, 2012

pergi bazar ramadhan

time-time bulan Ramadhan ni...memang Malaysia tak akan dapat dipisahkan dengan bazar ramadhan..korang pergi ceruk mana pun pasti ada bazar kan..??

kalau korang nak tahu, semalam aku adalah orang yang paling excited nak pergi bazar ni..pasai apa??aku dah beritahu korang yang aku nak cari roti johnnnnnn...dan keputusannya??aku dapat membeli roti john cheese...menu baru kot..tahun lepas aku beli dorang jual roti john biasa je...

maaf la korang, tak terlupa nak tangkap gambar sebab excited gila mengunyah roti john tu...so, korang bayangkan je lah rupa roti john cheese tu sendiri...hahaha!mengikut deria rasa aku, roti john dia terbaik...deria rasa korang aku tak tahu lah...hoho!esok aku nak jarum CPZ kaw-kaw suruh dia beli jugak roti john tu....hahahaha!lagi satu alasan, gambar ke bazar ramadhan ada dalam hpon canggih CPZ..dia tangkap gambar aku, tapi tak save...sangat sweet kan...*tddmpa..cisss..

ramadhan kali ini aku akan sentiasa pergi bazar tu awal sikit sebab aku taknak nanti sampai je bazar,
ramai betul umat manusia nak beli juadah...perhhh!jenuh beratur nak membeli...silap-silap beratur punya lama, sampai turn aku makanan habis...memang menguji kesabaran...huu..jalan korang jangan cakap lah..memang akan sesak betul dan parking pun susah...dan aku tak nak sampai rumah lewat dan terkejar-kejar masa nak berbuka puasa...cukuplah ramadhan tahun lepas aku dah lalui semua itu....so, ramadhan kali ini aku beringat-ingat sikit....hehehe

tapi semalam aku hampa sikitlah dengan juadah kuih-muih yang aku beli...malu aku dengan mak aku sebab dia memang suka kuih tu...kenapa??sebab kuih tepung pelita yang aku beli tu tepung dia cair...habis melimpah ruah...ayah aku cakap tak masak betul lagi kuih tu...huhu!lepas tu kuih pulut hijau dia pun tak berapa nak ok jugak...tak apalah, hari pertama kan...so, petang ni aku nak try sekali lagi gerai tu...*jangan kata aku tak beri peluang kedua ok*tengok ada tak perubahan..if tak ok jugak, aku try beli kuih-muih kat gerai lain pulak esoknya...huhu!

    *kuih ni aku sempat snap gambar sebab kecewa sikit*

juadah memang banyak dijual, tapi nak cari yang betul-betul serasi dengan deria rasa aku ni...hehehe!kalau dah jumpa, memang ke kedai tu je lah tiap-tiap hari...korang pun sama kan??

3 comments:

Mimi Sharif said...

Qery,
Knapa sepet x update blog?
Dia posa blog ka?
Sila pujuk dia merapu lg. Posa2 ni suka ja bca benda merapu :-)

sharifah rosidah said...

Qery hari ini aunty beli kueh tepung pelita pun cair pentipu betul lah orang berniaga ni.

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

kat tempat aku pun, tepung pelita tu cari, benyek ! sakit hati pun ada macam tertipu

Nuffnang