Followers

Monday, November 26, 2012

aku dah letak gambar kasut pun

akhirnya aku telah membuat keputusan untuk membeli sepasang kasut baru nike berwarna...????aku tak berapa suka warna tu...tapi aku terbeli jugak...aku juga dah buat keputusan untuk memakai kasut itu semasa bermain badminton, jogging, bawa ke padang dan apa-apa sukan yang memerlukan aku berkasut, aku akan pakai kasut ini...*kecuali bola sepak dan futsal*OK! korang jangan tiru aku..huh!korang kena pakai kasut yang sesuai mengikut jenis sukan or aktiviti yang korang nak lakukan...nasihat ini serius untuk menjaga keselamatan kaki korang dan mengelakkan kecederaan di hari tua...aku dah bagi nasihat, kalau korang tak nak dengar lantak pi lah...hehehehe..


memandangkan kasut-kasut kesayangan aku telah dicopek oleh pencuri sebelum ini, aku juga telah membuat keputusan untuk menyorokkan ke semua kasut-kasut baru aku kat dalam rumah...termasuklah kasut ini...hehehe!tapi kalau pencuri tu masuk juga rumah aku sebab nak curi kasut, den tak leh nak kata apa lah...huhuhu!memang den tak lepaskan pencuri tu..den jampi dia...haha!

sebenarnya aku nak beli kasut warna merah,  tapi warna merah pulak tak ada saiz yang sesuai untuk aku, maka aku kuburkan hasrat itu...dan oleh kerana tak sabar, aku nak merasa kasut baru...aku beli juga berwarna biru..begitulah al-kisahnya..


kata orang, kalau pakai kasut mahal dan berjenama lain sikit perasaannya..lepas tu, tapak kasut mahal ni lembut sangat...terpijak paku pun tak rasa sakit...ringan macam bulu ayam dan tahan lebih lama macam bateri energizer...betul ke??kuikuikui...lagi satu, kalau bersenam pun terasa luar biasa keseronokkannya...kalau bersukan tu pulak lain macam powernya....betul ke?ke?ke?

TETAPI kenapa aku rasa sama je....hahaha!

lantak pi lah kasut mahal ke murah, yang penting kasut tu aku suka dan selesa pakai..
iya kan korang??

P/S : seteng-seteng orang kata membazir je beli kasut mahal-mahal sebab nanti letak kat kaki...hehehe..pendapat korang?

3 comments:

Unknown said...

boleh jd duta nike pasni bro:p

Akma Che Oms said...

saya memang takkan berkira terutamanya untuk barangan berjenama NIKE...beli je duit kita kan...xkisah la nak letak mana pun...

sharifah rosidah said...

Hah pandai pun pasni semua kasut memang kena simpan kat dalam rumah...

Warna biru lah cantik lagi cantik...merah terang sangat lah pak ngah.

Nuffnang