Followers

Friday, December 6, 2013

Sepet + Qery Solemnization

aku malas nak update entry wedding aku...so, aku copy paste je blog cik ta...hehehe*sepet88* sorry si isteri, i malas nak edit gambar....hahahaha!lagipun haritu kita sesama update kan??kan?kan?hihihih...

kalau korang dah baca entry ni...moh BACA SEKALI LAGI....kekekekeke!

*****************************************************************************************


Entry ni panjang gila. Kalau bosan aku tak tau.

I tell you, bukan mudah nak kawin ye. Kena persediaan dari segi mental dan fizikal.  Zahir dan batin. Aku bertunang 2 Februari 2013, dan plan nikah pada 31.8.2013. Perantaran nak diijab kabul tu lebih kurang 7 bulan jugak. Bagi aku 7 bulan tu agak lambat sebab dalam family aku kebanyakkannya ikat dalam 6 bulan ke bawah.

Kalau tak family aku nak suruh nikah bulan 5, tapi ada masalah sikit kat belah lelaki. Sedara mara Qery kebetulan ada yang kawin bulan 5. Jadi tak nak bertembung, kite beralah. Lagipun kena tengok jadual kelas Qery, bila dia free. Last-last itu je masa yang sesuai. 

Masa berbincang ni la kena banyak bersabar. Selalu pasangan yang nak kawin tu tak ada masalah sangat. Yang masalah ni datang dari keluarga. Haha! Banyak sangat pemikiran, banyak sangat idea. Nak buat bulan itu ini, tak puas hati itu ini. Masa ni memang aku dengan Qery banyak sangat sabar. Masa tu jugalah rasa apalah susah sangat nak kawin ni. Gitu. Hahaha!

Bulan 6 kitorang dah setel segala ujian HIV, kursus kawin, dah setel borong nikah. Kebanyakkan dah setel sebelum bulan puasa. Puasa bulan 7 ye. Masa ni memang banyak jugak la dugaan aku. Dengan abah sakit lagi, dengan mak pun tak berapa nak sihat. Nak harapkan mak abah setelkan hal perkahwinan aku tu memang tak la. Aku pun paham keadaan mak abah yang dah semakin tua. Dulu mak abah la yang setelkan perkahwinan abang dan kakak-kakak aku. Syukur jugak aku ni memang takde perasaan jeles. Yela ada anak yang rasa tak fair bila dulu mak abah yang setelkan, kenapa time aku je mak abah tak boleh setelkan. Syukur sangat dapat Qery yang sentiasa paham masalah-masalah tu. Dialah yang gantikan tugas2 tu semua.

Dengan kerja harian. Dengan nak puasa, dengan persiapan nak raya, dengan appoinment abah lagi. Nasib la masa tu mak ada bantu jugak menjemput orang kampung semua. Nak harapkan aku yang menjemput, jiran selorong je aku kenal. Jiran yang lain kenal tapi tak tau nama. Kalau tak ada mak tak tau la macam mana. Huhu!

Disebabkan kekangan masa, cewahh..kekangan masa lah sangat, haha! rutin kerja aku lagi, Qery pun bekerja. Jadi nak tak nak kitorang kena upah Wedding Planner yang Profesional. Dalam 7 bulan nak kawin ni la Wedding Planner aku bertungkus lumus ingatkan aku apa nak kena buat. Dah beli ke belum, dah tempah ke belum. Sampai stress dia. Wedding Planner aku macam biasa, Kak Nur dari Symbolique Asia. Ingat tak, masa aku bertunang dulu dia yang buat pelamin kedevavom tu. Kali ni pun guna khidmat dari Symbolique Asia sebab dah tau memang puas hati hasil tangan team Kak Nur.

Hari yang dinanti-nanti pun tiba. 31.8.2013 tu jatuh pada hari Sabtu. Perancangannya nikah selepas Zohor. Dah janji dengan Tok Kadi pukul 2 dah ada kat rumah aku. Kawasan rumah aku ni best. Sebab Tok Kadi boleh datang rumah. Lepas nikah semua, aku nak terus tukar baju persalinan. Dan lepas Isya’ pulak malam berinai.

Perasaan aku hari nikah adalah teramat gembira. Tak ada nerves langsung. Sebab aku dah lama menunggu saat ini. Nak kawin oiiii... Hahaahaha! Akhirnya aku dah boleh berambus dari rumah ini. Muahahaha! Kongajo sungguh. Takpe bab pindah rumah nanti aku cerita. Memang perangai aku lolss sangat. kekeke!

 Baju nikah memang pilih yang simple. Sebab taknak la yang kemain sangat. Nikah kan ala-ala gadis suci. Mesti la pilih baju putih bersih je.

 Kasut beli sendiri kat The Mines. Hahaha! Beli last minit. Lagi 3 minggu nak kawin, sebab nak fitting balik baju dengan ketinggian kasut tinggi kata ko.

 Keadaan rumah aku dihari pernikahan. 


Cerita pasal hantaran. Dulu masa bertunang, kalau korang ingat, semua hantaran aku dengan Qery adalah makanan semata-mata. Sebab kitorang dah plan bila kawin ni la yang kitorang nak barang-barang. Memang nak all out katanya. Poyo sangat. Masa ni la nak mintak pun. Dah kawin nanti orang kata nak dapat dah payah sangat. Jadinya mintak jangan tak mintak. Hahaha!

Hantaran 7 berbalas 9. 

 Jam tangan Armani Exchange ni beli kat City Chain The Mines je. Haha! Itu pun dah banyak kali round, dan warna ni je sesuai dengan warna kasut hantaran. Plus cantik dan unik sebab jarang ada tali kulit warna biru.

 Perfume ni aku tak ingat la jenama hape. Yang penting beli kat SOGO.  Hahaha! Kawan-kawan Qery kata perfume kat SOGO tengah ada sale. Jadi beli kat sana je la kita. 

 Kasut, baju, stokin, dan bola 1 set beli kat MidVelley yang depan kedai Bulgogi tu. Kat situ banyak barang-barang Nike yang latest. Contoh kat Alamanda tak masuk lagi, tapi MidVelley dah ada. Gitu. So masa ni, kasut ni la paling latest. Ko pepaham la Qery, dia mana boleh kalah kasut dengan orang lain. Pftt

 Al-Quran dengan Sejadah ni beli kat PKNS Shah Alam. Beli masa puasa. So memang banyak la jual sejadah telekung semua kan.

 Baju ni pulak beli kat Giorgio Armani KLCC, masa ni pun ada sale. Aku pegi KLCC, kebanyakkan kedai ada sale. Mungkin sebab nak raya kot. Syukur-syukur. Haha!

 Cincin Kahwin Qery beli kat Habib Jewel The Mines. Pun ada sale.

 Kasut ni beli kat Gucci KLCC. Yang ni takde sale. Aku perhatiiiii je Qery masa dia pilih kasut ni. Tapi memang cantik gila.  Kalau korang nak beli, ada beberapa warna lain. Tapi warna ni lah yang paaaaaling cantik sekali. Serius tak tipu.

 Belt dan Wallet pun sama dari Gucci KLCC. Yang ni ada sale. Syukur. Hihi!

 Instax camera beli kat The Mines, ala banyak kedai jual camera kat tingkat atas tu. Banyak lagi design cantik sebenarnya, tapi dah Qery pilih yang ini, ikutkan aku, aku suka yang lain. huhu!

Yang kat atas ni semua hantaran nak bagi Qery, yang Qery bagi aku pulak

 Duit hantaran semua orang mesti ada kot kan. 

 Sejadah dengan Quran ni beli kat tempat yang sama, PKNS Shah Alam.

 Perfume Coach beli kat SOGO jugak. 1 kedai dengan perfume Qery. Hihi!

 Sireh junjung macam adat la. kan kan.. Mak Kak Nur buat sendiri.

 Beg Gucci beli kat KLCC jugak, ada sale. 

 Kain songket sepasang lelaki perempuan yang ni Kak Nur sponser. Amik kat butik dia je, haha!

 Barang kemas aku simpan dalam bekas tertutup. kang kalau terbukak, tau tau tinggal bunga je. Huhu!

 Album mas kawin beli kat LeisureMall je. Hihi!

Tak ada satu pun makanan ye. Semua barang aku dengan Qery punya. Tak ada la nak agih kat orang kampung ke, nak bagi kat orang pegang dulang ke, takde ye. Semua haku yang punya. Gitu.

 Cantik tak pelamin nikah iolls.. Bagi aku cantik gila la, sebab bukan senang nak buat pelamin macam ni dalam rumah kampung/papan. Aku dulu paling risau kalau pelamin tak cantik, dan aku dah pesan kat Kak Nur yang aku tak nak nampak pelamin aku macam pelamin orang kampung. Boleh? Haha! Gila orang kampung tak nak mengaku kampungan kan. Bukannn.. Sebab pelamin-palamin abang kakak-kakak aku sebelum ni biasa-biasa je. Matiklah kutuk pelamin dorang, mesti kena ngumpat sebakul dua kejap lagi, hahahaha! Jadinya aku dah bagitau Kak Nur, aku nak tema warna pastel, tak kisah macam mana, pandai-pandai lah design, yang penting cantik. Aku sendiri tak tau pelamin aku macam mana sehinggalah pelamin tu siap sehari sebelum aku kawin. Memang 100% letak kepercayaan kat Kak Nur.

 Henna ni pun seminggu sebelum aku nak nikah, baru aku cari. Hahaha! Itupun tak silap aku Kak Peeja pernah komen kat blog bagitau contact number Faiza ni. Kebetulan Faiza ni pun free. Syukur. Design boleh pilih sebenarnya. Aku tak kisah nak corak macam mana pun, yang penting cantik. Faiza kata dengan aku, kalau heavy family aku marah tak. eh family aku tak kisah pun macam mana, yang penting lawa. So bila update kat fb and ig, ada yang puji, ada yang kata over, ada yang kata macam orang india la apa. Ada aku kisah?  Haha! Yang penting kat mata aku cantik. Selagi tak lukis corak binatang atau melambangkan tatu aku tak kisah. kadang2 manusia ni benda-benda yang macam ni memang dorang sensitif sangat, tak paham haku.

Full gambar inai korang boleh masuk Instagram Faiza

 
MUA datang pukul 12.30 okeyh, haha! Dia terlambat sikit sebab biasalah Sabtu kan jem tak hingat dunia. Lagipun aku tak kisah sebab Akak ni mekap laju dan cantik sangat. Muka akak ni dah la macam isteri Apek bola tu. Sap sap sui pukul 1 lebih dia dah setel mekap. Terus pakai baju semua. 

Tepat jam 2, Tok Kadi dah datang, family Qery pun dah datang. Tak tau la kenapa aku tak nerves. Sepatutnya masa ni dah nerves kan, tapi aku dengan kakak mekap, dengan kawan aku tengah bergelak ketawa dalam bilik, haha! Aku tau Qery dah sampai pun sebab ada orang masuk bilik bagitau rombongan lelaki dah sampai, dorang suruh senyap sikit, hahaha! Nampak sangat la over pengantin ni.

Lebih 10 kereta dari pihak lelaki. Kebanyakkannya adik beradik belah mak Qery dan sepupu sepapat.

Nak agih-agih sapa pegang dulang hantaran kot. Tudung hitam tu mak mertua aku ye.


 Tuuuuuuuuuuuuuuuu diaaaaaaaaaaaaaa pengantin dengan bapak mertua ku.

 Kejadian masa ni aku tak tau sangat. Jadi mari tengok gambar je.

 Orang-orang kuat berbaris di hadapan. 


 Abah aku yang gagahkan diri dihari pernikahan anak bongsunya. Hihi! Pukul 2 nikah, pukul 1.30 baru gerak dia bangun siap-siap. Sebab masa ni kan sakit melampau-lampau, tak boleh berjalan sangat. Tu pun pegang pinggang je.

 Pengantin lelaki dah berdebar-debar. 

Nasib baik rumah aku ni lapang. 

 Oh, yang paling lawak. Tok Kadi ni sebenarnya kawan Qery masa main futsal dan bola. Haha! Tu yang Tok Kadi excited gila nak nikahkan kawan sendiri. Siap sebelum nikah tu bagitau semua orang Qery tu kawan dia. Pfttt

 Wajah-wajah mendebarkan.

 Turn Saksi belah perempuan nak sign borang. kali ni saksi kawin dua-dua guna abang aku. Masa kakak-kakak aku kawin kalau tak silap saksi semua kawan-kawan bapak aku. Bila abah dah sakit ni, takde sapa nak uruskan, so nasib baik abang-abang aku ada, boleh la jadi saksi.

 Keadaan rumah. 

 Aku pun tak tau la apa benda dorang ni buat. Hihi! Sehinggalah aku dipanggil oleh Tok Kadi.
Terus rasa tak sabaaaaaarnya. Haha! Gatal gila.

 Belakang aku pakai baju hitam tu lah Kak Nur a.k.a akak angkat Qery, *tetiba jadi akak angkat Qery kan..pe citaaaaaaa* haha! Masa keluar ni memang aku control ayu gila. Kesopanan dan kesusilaan sangat. 

 Mak aku yang kepenatan, sian bila tengok gambar ni. Sedih mak anak bongsu nak kawin, dah takde teman nak bergosip dalam bilik.

 Apalah yang seronok sangat ittew

 Sebelum ijabkabul, Tok Kadi suruh pastikan betul ke orangnya. Gila tak betul?? Dah tak sabar nak kawin ni ada pulak tanya camtu, hahahaha!


 Poyo sangat kan. Kameraman lah suruh posing ayu.


 Beberapa soalan sebelum Tok Kadi akad

1. Mengucap beserta pengertian
2. Niat mandi wajib

Soalan bonus tu yang tak boleh tahan, 1 rumah aku ketawa, haha!

Tok Kadi : Mandi wajib tu sorang-sorang ke berdua?
Qery : Sorang-sorang
Tok Kadi : Eleeeeeehh dia belum cubaaaa lagi berduaaa.. Kalau saya,  saya suka mandi berdua..

Aku gelak dalam hati, biasalah pengantin kena cover-cover, yang lain berdekah-dekah tak cover langsung, hahaha!

 Aku yang cover-cover

 Tok Kadi sendiri ketawa, hahaha! Tak boleh bla.

Dah puas gelak. Marilah kite serius pulak. Terus Tok Kadi cek balik borang semua.


 Saat-saat mendebarkan.

 Sekali lafaz.

Korang kena tengok moment selepas Qery lafaz, betapa leganya dia.  Huhu!

Hahaha.  Lawak sangat masa ni, semua orang gelak termasuk aku.  



 Tak payah nak gelak sangat, terus baca doa. 

 Syukur sangat masa ni, dah jadi isteri Qery yang sah. Rasa perasaan tu eii bestnya dah kawin. Hikhokhikhok. 

Kena bagi wang mas kawin. Tok Kadi suruh bagi dengan cara romantik.

 Ayat romantik Qery masa tu
'Sayangku...terimalah wang mas kawin ni'

Boleehhhh laaaa... hihi!

 Terus solat sunat syukur.

 Masa ni sempat lagi borak sekejap, hehe! Sebelum batal air sembahyang

 Pakaikan cincin kawin

 Cantik tak, walaupun tak berapa nak nampak. 

 Hahaha! Nak pakai gelang ni susah sangat dia nak lock. Aku tengok dah geram2 je.

 Pakai rantai pulak

 Rantai pun susah nak lock. Mihmihmih!

 Nak pakaikan cincin Qery



 
 Korang tengok je la ye

Lepas setel semua, terus salam-salam mak ayah dengan mak ayah mertua, dan saudara mara.









 Bapak mertua tengok kamera sangat ni. Hahaha!

 Ayah-ayah ku.

Setel semua, apa lagi, posing la memasing











 Gambar family, dah terlalu banyak sangat gambar. Aku tak edit semua la. Ini pun dah penat gila edit, mihmihmih!




TQ semua yang memeriahkan majlis. Persalinan dan malam berinai next entry aku cerita pulak ye. Tungguuuuu

Info :
Pelamin nikah, Baju Nikah, Mekap Artis : Symbolique Asia.
Wedding Planner : Kak Nur dari Symbolique Asia
Gubahan Hantaran : Symbolique Asia
Inai : Faiza Halim 019-6401705 *recommended*
Photographer : Onald 012-3625254 *booking awal ye, jadual dia full sesaja*

cerita semalam

pukul 2.30 petang keluar sekejap...ada hal sikit....
apahal??hal-hal lain...kikikiki
buboh minyak kat petronos...sempat lah keluarkan duit...poket kering ongkos kureng...huhuhu


bawak kereta pandu cermat-cermat, ingat orang tersayang...
.
.
.
.
tengah-tengah jalan....cuaca mendung...mesej cik ta suruh angkat baju kat jemuran*takut dia terlupa*...suruh masak sikit...tiba-tiba den lapooo....makan kat kedai??malas lah...haha!hujan nak turun ishhhh...ni siapa pulak nyanyi tak henti-henti ni?hahahaha...ops!musim hujan sekarang ni....
.
.
.
.
.
sampai tempat yang di tuju kat ampang...setel hal-hal jap,habis tu terus ke kereta...

rintik rintik...habis la aku ni...payung?ada..!!tapi tinggal kat rumah la pulak!cait!emm pasal apa payung kena guna penjodoh bilangan kaki?siapa tahu jawab!payung ada kaki ke?kenapa sekaki payung?payung kat rumah aku tu panjangnya lebih kurang 3 kaki...pasal apa kata sekaki??tigakaki payung tak boleh ke???hahahaha!*mengarut*

protes sendirian...takpa-takpa...payung 3 kaki aku tu baru....masih malu-malu pengantin...tak sanggup diguna pakai lagi!*alasan sedapkan hati*aku??bukan pengantin baru yang perlu dipayung-payung..so..????

LARIIIIIIIII lah....dalam hujan!
.
.
.
adeh adeh adeh..kuyup yeop dibuatnya....huhuhu..

bai-bai

Tuesday, December 3, 2013

why?why?why?

semua orang pasti ada awkward moment...tapi kalau takda pun, korang buat-buat je lah ada iya kan...iya kan...

haishhhhhhh....so tipu lah takda..ada kot tu, tapi kekadang-kadang kita tak perasan...betul??
okay, awkward moment aku macam banyak....hahahahaha!*tetiba je nak gelak*

so...hurm.so....

TODAY aku bukan nak story pasal awkward moment aku....hihihi...

aku nak story pasal ' MAGGIE ' dan malam tadi aku makan maggie segera cap kari ayam lagi...!sejak dua menjak tiga menjak ni je dah banyak jugak lah aku makan maggie...*bagus boleh jimat...tapi boleh kurus tak??hahaha!*

woitttt...member aku makan maggie hari-hari sekarang dah ada tiga kedai besar sendiri ek...respect!
*tapi kalau hari-hari makan maggie??not good!..huhu* nama je perisa kari ayam...tapi??idok lah pedas sangat....*cik ta masak memang sedap..puji.puji.puji..hihihi*fuhh!nasib lah ada lada hitam cap aji-shio...bukan takat pedas, bahang kehabaaan kepanasan pun bolehhhhhhhhh...memang syok emmmmmm!

cik ta ni kalau masak maggie, dia mesti nak bubuh telur dua biji..nasib bubuh dua biji je..kalau aku tak cakap bubuh dua telur, habis satu dozen telur ayam tu agaknya dia bubuh....haha!tu belum lagi perhiasan lain dalam maggie tu....jeng.jeng.jengggg...kadang-kadang tu adalah beberapa sayur-mayur, buah-buahan tempatan, jambuuuuuuuu*ok jambu tu takda* contoh macam tomato kecik, lobak merah kontot, lobak oren, putih dan kawan-kawan yang lain....hehehe...memang perhhhhhh!

so, malam tu aku request lah maggie biasa je...letak telur dah cukup...maggie bujang namanya....!kasi bubuh banyak-banyak lada hitam, rasa memang terbaik...makan sampai meleleh air mata aku babe..tapi kenapalah masa tu jugak air panas yang cik ta buatkan...tapi tak panas mana, tak suam mana lah...ais pulak habis...adesssssss rasa macam nak lari rumah mak aku mintak air sunquick ais je...


aku akur, terpaksalah minum jugak air nescafe panas tu...melecet lidah den...

cik ta oh cik ta....why?why?why?takda air sejukkkkkkkkkkkk.........END STORY

ok bai-bai








Tuesday, November 26, 2013

HITAM PUTIH

salam selasa korang..sudah cukup udei sarapan??hehehe..
erm...saja nak tanya soalan klise harini...

korang sihat??

amboi sihatla kan...govmt gaji semalam....kemain bertubi.tubi.tubi.tubi lah topup barang-barang keperluan yang mana habis tu...setel hutang puitang ansuran mana-mana patut dulu kan...lepastu baru lah kita enjoyyyyyyyy untuk diri sendiri...hahahaha...*beli kasut..kihkihkih*

siapa suka dengan warna putih??angkat tangan!cepat.cepat!

putih itu salah satu warna dalam kehidupan...warna yang nampak bersih...warna yang nampak berseri...kan??tapi korang jangan lupa yang hitam juga adalah salah satu warna...!warna yang nampak gelap gempita....tanpa cahaya...kosong tak nampak apa-apa....

jika direnungkan kedua-dua warna itu adalah satu keperluan...cuba korang bayangkan warna hitam tanpa putih???warna putih tanpa hitam???ohhh susah nak bayangkan tu...huhuhuhu...

jadi, warna hitam dan putih adalah saling memerlukan....
*mesti korang tak faham apa yang cuba aku terangkan....orang terer sastera pun payah jugak nak tafsir ayat aku harini....hahahaha!*

oleh itu, kita patut cipta satu lagi warna....

warna yang diberi nama....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
PUTAM
kekekekekeke!

ok bai

Monday, November 25, 2013

maintainkan berat badan balik

untuk mencapai target aku tak boleh hanya bermodalkan niat...aku perlu bertekad dan semangat waja...persoalannya mampukah aku???kalau aku beritahu niat aku nak berdiet secara ketat kat cik ta, mahu diceramahnya kat aku...hahahaso aku kena bagi hint kat dia yang aku nak maintainkan berat badan tapi dalam masa yang sama aku nak berdiet...hikhokhikhok..

selepas ni aku akan pastikan aku cuba sedaya upaya untuk makan dan menguyah sebanyak tiga puluh enam kali sebelum menelan sesuatu makanan...orang cakap lagi banyak ko kunyah, lagi bagus...makanan mudah dicerna dan ko akan cepat berasa kenyang...oooooo...baru tahu..harap gigi aku mampu bertahan kunyang lama-lama dan orang sekeliling tak hairan dengan perubahan aku....hehehehehe


kalau aku cakap dengan korang aku nak amalkan makan buah dan sayur je, compom korang susah nak percaya kat aku..*banyak kali cakap dah tapi tak menjadi-jadi..hihi* aku sendiri pun memang susah nak makan buah dan sayur je....hihihihi..mana tahan wehhhh...compom termimpi-mimpi nasi lauk ayam nanti....orang Malaysia mesti makan nasi beb...!kalau tak lemah gemalai satu badan...hahaha!alasan.

nasi aku tetap akan makan jugak,*malas aku nak ganti dengan makanan tambahan lain..huhu* kuantitinya mungkin akan dikurangkan sikit...satu senduk cukup!bergantung jugak pada makanan...kalau makanan tu macam sedap je...ofkos hilang terus kawalan kuantiti aku....kahkahkah!

aku jugak perlu keluarkan balik baju dan seluar aku yang dah tak muat dan ketat-ketat tu supaya aku lebih bermotivasi untuk maintainkan balik berat badan aku...dengan harapan aku dapat pakai semula baju dan seluar tu dengan penuh kacak bergaya....kihkihkih!oh please tabahkan diri ini...huhuhu...

bersukan???korang takyah cakaplah sebab aku memang akan bersukan dan active...

cuma masalah aku sekarang ni bab-bab pemakanan je...huhuhu..

' alaaa pening aaaa...pening aaaa... ' 
*dialog shuib sepahtu kat maharajalawakmega2013*



Friday, November 22, 2013

SENYAP

salam jumaat..


em..

emmm..........

itu je lah kot..
sebab suara tak berapa nak keluaggg dah ni...
kena senyap..

hehehehe....





sekian

bai-bai

p/s : malam ni jangan lupa tengok MLM2013 =p

frendly itu memberikan kesan mendalam

Apa citer lagi???ermmmm...nanti-nantilah aku post kemudian...banyak nak kena ingat balik semula....itulah akibat lama tak update-update...hikhokhikhok...maka selepas ini mulalah aku kembali berblog dengan kisah-kisah serta info yang aku boleh kongsi-kongsi dengan korang....cewahhhhhh info la sangat....hahahaha!

hari ni aku jugak kembali nak mengaktifkan blog aku ni sebagai medium untuk aku meluahkan pendapat, pandangan, idea, mahupun perasaan....pergggghhhhh!hahaha!macam gempak je....macam bagus je....hihihi..kata orang, dengan penulisan adalah cara terbaik untuk mengekspresikan diri...tapi aku kata pula tak sangat..kekadang bukan semua orang jujur dalam penulisan dia....cite lain, cite nak up je,walhal realitinya...???erm...siapa sokong??ermmm...isu sensetip tak nak bincang...OK STOP!hahaha!kang tak pasal-pasal kena saman..

perghhhhhh kenapa aku rasa nak menaip entry membuak-buak ni..??apa kisahnya??hahaha!oklah, aku nak story sikit pasal kelemahan aku masa main badminton...seperti yang korang tahu aku sekarang ni memang active bermain bola sepak, futsal dan badminton...*nasib cik ta memahami..huhu!* so, baru-baru ni team aku yang dikenali sebagai ' Rusa Berdiri RC ' adalah set satu frendly dengan group-group otai plus orang lama-lama...terus terang aku beritahu korang yang team aku kalah tak melawan 5 berbalas kosong...kahkahkah!*next time repeat!huhu!*tapi memang malam tu semua member-member main tak berapa nak menjadikkkkkkkk termasuk lah aku kejap jadi...kejap tak jadikkkkkkkkkkkkkkk...puiiii...hahaha!


banyak kelemahan-kelemahan yang aku dapat masa frendly badminton hari tu...*setelah termenung seharian menganalisis...hihihi* salah satunya persefahaman ko dengan partner...sangat penting!mungkin sebab aku tak selalu pair dengan rakan aku tu secara SERIUS...so, akibatnya masa game tu masing-masing cuba untuk memahami pergerakan supaya tak sama-sama mengejar bulu tangkis yang sama.....kihkihkih!yolah, member aku tu duduk kedah..sesekali baru turun KL join main badminton....berbeza dengan pihak lawan aku tengok pergerakan dorang smooth clean n clear je...

tapi kalau ikut dari penilaian dari rakan-rakan yang duduk menonton, set pertama kita orang main ok dan macam best je walaupun tewas...hahahahaha!banyak mengatur game dan menyerang bertali arus serta kurang melakukan kesalahan-kesalahan mudah...tapi bila masuk set kedua?????ini lah masalahnya...apa pun tak menjadi...kita orang hilang keyakinan diri dan semangat untuk melawan....game aku dah tak agresif macam set pertama....gaya permainan kita orang seperti sudah dibaca dan mudah je dorang matikan bulun tangkis tu...huhuhuu...*ala pening la..peninggggg*


dan aku bertambah terkejut pulak bila pihak lawan aku tu bermain dengan begitu pantas sehingga aku dan rakanku tak dapat nak control balik game tu...bila pihak lawan dah dapat control game, secara automatiknya game aku pada set kedua tu hancusssssss lebussssssss dan tewas dengan mudah...semua skill tak menjadikkkkkkk...hampehhhhh...mata-mata mudah je pihak lawan dapat...caitttt

lagi satu, emosi..!perlu dikawal...bila dalam keadaan tertekan dan ketinggalan jurang mata yang agak jauh dan kesilapan-kesilapan mudah yang dibuat, compom aku dan rakanku beraksi dalam keadaan tertekan....nak comeback control game tu seimbang memang rasa susah gila...ini serius*orang lain mungkin boleh lah..hehehe!*respect lah pemain-pemain badminton worldclass kat dunia ni coz mental dan emosi dorang sangat tiptop!huhuuhu...


so, apa yang perlu aku buat ialah, aku perlu memperbaiki mana yang patot sekiranya aku nak menang frendly-frendly akan datang...!yolah, orang akan cakap frendly je pun, bukan menang apa-apa..hihihi..lantaklah kan yang penting kepuasan bermain dan kenikmatan mengecapi kemenangan...hohoho!sekarang ni aku perlu perbaiki pukulan kilas atau lebih popular dengan nama backhand aku....hmmmmm...

pukulan kilas aku tu ok sebenarnya, cuma tak selaju dan setajam semasa aku smash!*macamla aku smash laju sangat*kuikuiki...bila pihak lawan asak bertali arus kat sebelah backhand aku, payah pulak aku nak matikan bulu tangkis tu...aku cuma boleh hantar balik ke depan jaring arah yang sama ataupun clear bulu tangkis tu ke belakang...tapi kadang-kadang return bulu tangkis tu separuh gelanggang.....cissssss...cissss...cissss...!so, itu memberikan pihak lawan peluang untuk menyerang kaw-kaw dan matikan terus bulu tangkis tu dengan muka yang garang...silap-silap smash dorang boleh kena kepala aku...adoiii sakitnya!

hurm...kadang-kadang aku try jugak ubah variasi ambik pukulan kilas tu...contoh macam dah bersedia dulu sebelum pihak lawan hantar...takpun aku banyak menggunakan pukulan sisi atas kepala...haaaa hambik ko!macam la korang faham kannnnnnnnn....hahahaha!tapi bergantung jugak dengan keadaan dan situasi masa game tu...kalau tetiba aku dah termati langkah???berterabur kejar mengejar dan nampak macam aku sedang dibuli oleh pihak lawan...hehehehe...

kesimpulannya, frendly...game sebenar tak sama macam ko main petang-petang depan rumah ber..........' net ' kan pintu pagar...korang perlu fokus........hahahaha!

korang pun dah boring baca kan...

okla bai


Thursday, November 21, 2013

kembali dari menyepi

sebenarnya aku ni memang dah rindu tahap gaban  nak BERRRRRRblog...well, maklumlah sekian lama menyepi...............kejap on kejap off...kejap ada, kejap takda...haissshhhh...sepak diri sendiri awat malas bebenor ni...nuffnag pun dah susut sebab tak active....huhuhu...


aku menyepi bukan sebab apa...aku dah ketamdusan idea atau plan nak tulis apa dah...semua story macam tak best*eleee macam lah sebelum-sebelum ni best..haha!*...bila idea bergolek molek tu datang pulak..masa tu lah aku banyak kerja nak buat...masa tu lah aku malas....ish.ish.ish...aku betul-betul kecewa...cissss...bila ingat-ingat balik tujuan asal aku tulis berblog....hmmmmmmm...out ke laut dah...semangat aku tu semua hangat-hangat tahi ayam je...hehehehe... 
HUHHH!aku perlukan masa untuk active seperti dulu...kehkehkehkeh!



untuk pengetahuan korang semua, berat badan aku dah meningkat naik...korang mesti tak percaya kan???tengok tang pipi je dah tahu*pipi cik ta lagi dasyat...hahahaha!* bukan lah nak kata berat badan tu tak turun, turun tu memang ada...sikit je pun tapi naiknya pulak makin menjadi-jadi...tepuk tangan untuk aku....hahahaha!

Ohhhhhh!tidakkkkkkkkk bila tidur lewat malam ni, kemain berselera nfsu makan aku...kejap kepak ayam goreng pedas...kejap meggy tom yam...kejap keropok coklat bagai...kejap kuih kapit...kejap nasi goreng sayur-sayuran ciptaan cik ta...ada jelah mulut aku ni nak menguyah...takpun disuruh menguyah dengan kejamnya oleh cik ta...hahahaha!*hari ni bersapau la aku..kihkihkih!*lariksssss...

habis hancur diet aku........


kalau camgini, macam mana aku nak maintain body berketak-ketak aku ni...kemain dah jadi seketul je six pack ni...comel pulak tu buncitnya...sesenang je dia bergabung sekali...huhuhu...hancur,hancus impian dan angan-angan aku nak lari laju-laju dan lincah dalam pergerakan seperti zaman kegemilangan...patotlah prestasi permainan aku semakin menurun sekarang....kejap-kejap pancit...lebih banyak berjalan dari berlari....hohohohoho!*cik ta cakap...kemain mulottttt die*





oh! bila lah aku nak kurus ni??

entahlah, satu hari mungkin.....

tapi bila harinya korang jangan tanya aku.....hahaha!

bai-bai







 

Wednesday, November 6, 2013

kerja ke tu...

Salam..

Selamat bertugas untuk semua yang kena kerja seperti biasa harini...amacam?mood korang ok tak?mesti tersangat lah best kan....?kuikuikui...kecuali aku!

sebab otak masih lagi dalam mood cuti..baru lepas gi uss kot...dush!dush!dush!bukan senang nak dapat cuti panjang sikit...lagi-lagi cuti sabtu dan ahad sekaligus*asyik class je...boooo....booooooooooo*...fuhhhhh...minggu depan class lagi ke??hadoiiiiiiiii.....ana fenin lah...fenin la...
hehehehe... sebenarnya ada mood ke tak, kerja tetap kerja...tak gitu??celik je mata esok....kerja...tidakkkkk....kerja....tidakkkkk......kerja....kerja...kerja....dalam otak aku ni dah bersusun-susun list apakebendaainyayepon nak buat yang harus disetelkan dan yang tak setel-setel...belum campur yang tak tahu camna nak setel punya....huhuhuhu*ntah bila mahu setel daaaa....*
 
kekadang aku dah setkan dalam otak ni apa nak buat harini, tapi bila harini pulak sama ada aku buat atau aku tak terbuat...hehehe!hancusssss...nak tak nak*kalau boleh tak nak..hihi* memang harus kena buat jugak kan...tu yang kadang-kadang last minit dan rushing-rushing bagai blog pun terabai...hahahaha!alasan.

hmmmm....banyak jugak kerja-kerja nak kena setel bila dah hujung-hujung tahun ni...itu nak, ini nak,itu taknak,ini nak,nak ke tak nak ni??tak nak ke nak ni??
nak!nak!nak!nak!nak!taknak!taknak!taknak!taknak!
 
ishkkkkk....!lepas ni sah-sah aku duk......AHHHH!malas lah nak cerita kat korang...bukan korang faham pun...hihihihi*jangan marah ek.. =P *

kali kedua hmmmmm...apa lagi ek?terlupa nak cakap apa dah...mungkin dah terlalu banyak kot....hahaha!*stetmen poyo...kekekeke*

apa pun, harini melangkah je masuk kerja, separuh dari kerja-kerja telah aku setelkan malam tadi jugak....lega la sikit*muka bangga* oittt...aku tak dapat terima stetmen sorang insan*nama rahsia..kikikiki* yang mengatakan orang gomen ni makan gaji buta je...kerja tak buat tapi gaji jalan...ishhh...ishhhh....
 
emmm betul ke korang??sungguh kurang sopan stetmen tu kan...*meh ganti aku*huhuhu..tak baik tau cakap macam tu...so sensitip, nanti orang lain marah camna??haiyoooookkkk....apa kerja pun susah kan...dah nama pun kerja...tak nak susah kerja, PI TIDOOOOOOOOOOOOOOOOO lah weiiiiii.....kekekeke!
 
adalah beberapa kerja yang agak rumit belum dapat diselesaikan....perlukan bantuan dari rakan-rakan yang sudi menghulurkan bantuan....cewah!semoga segala kerja dapat disetelkan sebaik mungkin, Insya Allah...

bai-bai


saving mode
Move your mouse to go back to the page.
Follow twitter.com/OnlineLeaf
Copyright 2011 OnlineLeaf.c

Nuffnang