Followers

Wednesday, October 17, 2012

Mengimbau Kenangan

Dalam bizi-bizi tu sempat lagi aku ajak CPZ tengok wayang. Kalau nak layan sangat bizi sampai bila-bila pun tak habis. Mesti padai curi masa teman orang yang kita sayang. *Jangan muntoh*


Mula-mula tak tau nak tengok cerita apa sebab banyak yang kitorang dah tengok. Aku nak tengok cite Ngorat, Aaron Aziz berlakon. CPZ pulak taknak. Dia cakap dia tak sanggup nak tengok Aaroz Aziz berlakon jadi lelaki lawak. Dia kata elok-elok dia minat Aaron, sekali tengok Ngorat..habis spoil. Haha! Aku tengok dia punya iklan pun rasa geli.

Tinggal la cerita Aku Terima Nikahnya..

Komen aku. Best la jugak. Nora Danish pandai berlakon. CPZ kata Nora cute. Aku rasa CPZ ada macam Nora tu sikit. Mengada-ngada. Hahaha! Muka tak sama la, mesti la CPZ lagi cantik pat ratus kali *tangan di dada mata ke atas*

Habis cerita tu, aku pun tanya-tanya la CPZ masa aku dengan dia mula-mula bercinta dulu.. Kenang balik. Oit bukan selalu aku nak jiwang-jiwang bagi la can. kahkahkah! Teringat masa mula-mula bercintan cintun dengan CPZ. Korang jangan muntah pulak. Ini flashback je. Lepas ni jangan harap aku nak cite lagi. Huhu!

4 tahun lepas kot. Start aku rapat dengan CPZ. Dengan skirt pendek dia. Aku jemput dia kat KTM. pakai beg sandang, sweater, rambut depan macam jepun tu. Melilau-lilau mata dia cari kereta aku. Masa tu aku baru tukar kereta. Dia cari kereta lama yang aku selalu bawak tu. Kebetulan kereta aku tu tinted. Dah lama berenti kat depan dia. Tapi dia still tertinjau-tinjau kereta kat tempat lain. Sampai aku kena turunkan cermin kereta. Baru dia masuk.

Masuk kereta duduk bukan main jauh. Betul-betul kat hujung pintu sana. Comel. Tapi masa tu takde rasa apa pun. Borak-borak, bawak CPZ jalan kat pasar malam rabu taman connought. Bawak dia rumah Ira (kakak CPZ a.k.a Ceera). Aku panggil Ceera tu Ira.

Kebetulan masa tu aku baru clash. Still terfikir-fikir lagi pasal ex-gf. Ex aku masa tu still lagi mesej-mesej dengan aku. Masa tu aku ada jugak kenal dengan perempuan lain. Tapi yang selalu aku ajak keluar dengan CPZ la. Sebab dia banyak cite, sweet n kelakar macam sizuka. Lepas tu CPZ ni blur sikit. hehe!

Banyak jugak cerita aku kongsi dengan CPZ. Yang aku tak pernah cite dengan orang lain. CPZ pun masa tu baru jugak lepas putus. Dia pun banyak cerita pasal diri dia. Kenapa dia rasa sedih sangat. Kenapa dia putus dengan ex dia. Kadang2 masa dia cerita aku nampak bergenang jugak air mata. Tinggal tak jatuh je. Hehe!

Bila dah hari-hari jumpa. Aku tak tau la macam mana dan sejak bila CPZ sayang aku. Tapi yang aku ingat, aku pernah tanya dia kalau dia nak jadi girlfren aku. *uwek* haha! Aku rasa CPZ pernah cerita pasal ni. Yang aku ingat. Aku dah start ada perasaan kat dia masa dalam kereta.

Masa ni aku asik cerita pasal ex-gf aku je. Kenapa ex-gf aku buat aku macam tu. Itu ini semua. Sampai satu masa CPZ cakap dengan aku..

Zuhana : Kalau kamu still sayangkan dia, kamu pergilah.. Kita ada je setia tunggu kamu kat sini k

Aku terus rasa tersentak. Malam tak dapat tidur woi..hahaha! Itu je punn ayatnnya..hadui lah

Aku suruh CPZ ingat balik. Tapi ko paham-paham la CPZ ni suka main-main..

Aku : Kamu ingat tak dulu kamu suka kita. Kenapa suka kita?
Zuhana : Erm, sebab kamu je yang jaga kita baik-baik.
Aku : Yang lain tak jaga ke?
Zuhana : Jaga jugak, tapi jaga ala kadar je la.
Aku : Ait?
Zuhana : Kite suka yang garang-garang. Hahaha!

Selamber je cakap aku garang. Tapi memang kena garang sikit dengan CPZ ni. Degil. Anak Noh yang no 9 ni degil dia no 1. Paham tak? huhu!

Zuhana : Kamu baik, suka dengar kite cerita macam-macam. Penat pun nak layan kita lagi. Kite mengada pun kamu layan. Kita ada problem kamu tolong setelkan. Kite susah kamu bantu, happy sama-sama. sedih sama-sama. Kamu je yang tahan walaupun kita selalu mintak clash. Hikhik!
Aku : Tau takpe *kembang hidung*
Zuhana : Kite terharu sangat kamu datang masa konvo kite dulu. Selain mak abah dengan atam. Kite tak tau nak balik dengan apa masa tu. Kamu yang ambik kite. Ingat tak? Kamu belikan kita bantal love warna hijau sebab kita dah berjaya konvo. Kita rasa nak nangis tau time tu. Walaupun kita harapkan bunga tapi tak dapat pun bunga. Haha!
Aku : Ingat la.
Zuhana : Kamu tau tak kita simpan lagi card tu. Padahal dalam card tu tulis congratulation zuhana je.
Aku : Kalau kita tak amik kamu masa kat PWTC tu, kamu nak balik naik apa?
Zuhana : Entahla. Kita keluar cari taxi la kot. Kamu tau tak, kamu la lelaki paling jeles yang kita pernah dapat
Aku : Oiii. Cemburu tanda apa?
Zuhana : Tak nak cakap..geli..hahaha!

Haha! tau pun geli..aku pun geli jugak.

CPZ ni banyak sabar. Masa mula-mula bercinta. Aku lupa nak buang gambar ex-gf dalam dompet. Sebab memang tak ingat langsung ada gambar tu. CPZ tengok purse. Dia senyum je. suruh aku buang sendiri. Dulu fon aku tak pernah bagi sapa-sapa tengok. CPZ pun tak boleh tengok sebab aku ada save mesej dari exgf aku. Dia ugut-ugut nak buat itu ini kan. Aku save mesej tu sebab nak buat report polis. Sekali CPZ baca masa aku tengah main bola.

Menjawab la aku lepas tu. Pernah sekali ex-gf aku hantar gambar sexy dia kat aku. Lagi sekali kena menjawab dengan CPZ. Masa tu la pun nampak CPZ sayang aku. Tapi dia sabar je. Dia cuma cakap, kalau aku sayang lagi kat ex-gf, aku boleh pilih antara satu. CPZ kata dia tak kisah.

Hoiii...mana boleh la kan. Yang dah jadi ex tu biarkan je la jadi ex. Kita kena teruskan hidup. Banyak benda kalau nak kenang balik. Tapi aku tak pernah bagitau CPZ kenapa aku sayang dia.

Zuhana : Kamu suka kita kenapa?
Aku : Nanti dah kawin kita bagitau k
Zuhana : Promis?
Aku : Promis..

Itu je la kenangan lama-lama. Inilah entry jiwang. Terbaikkan?? haha!

3 comments:

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

tadi baru baca entri ni kat blog sepet...sweet la... :)

Tracey said...

Jangan ditunggu lama2...huhu =)

Irfa said...

ololo..switnya,rasa nak nanges baca

Nuffnang