Followers

Monday, October 22, 2012

Aku Pendek?

Semalam la CPZ tiba-tiba gelak soraang-sorang, amoi ni memang suka je gelak sorang-sorang, entah apa dia fikir. Aku pun tanya la. Mana aci gelak sorang-sorang.

Aku : Kenapa gelak?
Zuhana : Teringat kat Abangcik kite.
Aku : Kenapa dengan dia?
Zuhana : Haritu dia tanya kita, 'kalau keluar dengan Qery tak boleh pakai kasut tinggi la kan?'
Aku : Apsal tak boleh?
Zuhana : Tu la, kite pun pelik dia tanya macam tu. Kenapa pulak tak boleh kan. Selalu je kita pakai.
Aku : Habis tu?
Zuhana : Dia ingat kamu pendek.

Aku pendek? Aku nampak pendek ke dalama gambar??

Zuhana : Dia siap tanya kita, kalau kite diri sebelah kamu, kita lagi tinggi, hahahaha! Bila masa entah
Aku : Oi mana ada eh. Sukati je cakap kite pendek
Zuhana : Tu la, kita tak tau la sejak bila kamu jadi pendek. Hehe!

Aku tengok abangcik dia kecik besar kecik besar je. Aku lagi tinggi dari abangcik kot. Berani sungguh kata aku rendah. huhu!

Kejap aku cari gambar kat facebook CPZ, ada satu gambar dia tak pakai kasut tinggi. Aku tak pendek kot...


Aku : Kita nampak pendek ke?
Zuhana : Tak de la. Tak tau, abangcik salah orang kot.
Aku : Mungkin la. Oit kamu pernah ambik gambar dengan orang lain ke?
Zuhana : Erm erm erm erm

Nak kena amoi ni. jawab macam ni. siap la sapa yang berani ambik gambar dengan dia. Aku pendek-pendek kan mamat tu. Dia takkan tak tau aku ni garang. Hehe!

Sunday, October 21, 2012

kartun i like


aku suka kartun..so??erm suka lah jugak..of coz korang pun sama kan??bohongla kalau zaman kanak-kanak korang langsung tak suka kartun...atau korang tak ada zaman kanak-kanak?kuikuikui....nampak nau menipunye....hahaha!actually, sampai sekarang pun kalau ada movie kartun tayang kat panggung..kat tv ke...aku akan tengok..*yang best lah..hehe*tak percaya?tanya la cpz...baru-baru ni pun baru lepas tengok movi kartun hotel tasmania...kartun jugak tu kan???hahahaha!

masa aku kanak-kanak ayah aku suka bukak cerita kartun tom n jerry...

 
lawak ok..dan aku jugak tak akan melepaskan masa aku dengan sia-sia untuk tidak menonton kartun lain kegemaran aku...kalau ikutkan hati nak je aku ulas satu persatu...tapi aku malas...hahahaha! semoga korang dapat flash back balik zaman kanak-kanak riang semula... =)

1. flashman

 
2.komender penyelamat bumi maskman

 

3.gaban


4.satria baja hitam


5.power rangers

 

6.doraemon


7.ultraman


8. thundercats

 

9. care bear

 

10. voltron

 

dan juga kickers...hehehehe...

 

korang ingat tak cerita kartun-kartun tu??so layan kan...hahahaha!
tu zaman aku sekolah rendah lah...masuk-masuk sikit sekolah menengah..lepas tu sudah macam-macam kartun pulak aku tengok....BANYAK WOOOOO...hahahaha!sekarang??tengokla masa...kalau berkesempatan on tv tu ada cerita kartun best..aku layankan je....tapi movie???haruslah....hehehe!

ha ah!teringan pulak aku nak ada family super hero macam dalam cerita ni...jeng.jeng.jeng


tetiba je kan???boleh bikin teruja gile layan kartun ni wooooo...hahaha!penuh dengan mesej kekeluargaan....kelako dan aksi yang mendebarkan....setiap orang dalam family tu ada superpower...terbaik wokk!

hurm, bila agaknya pengarah dia nak buat sambungan..???tertunggu-tungu aku dibuatnye...

Tahniah pasukan Kelantan..ATM cuba lagi tahun depan =)

Thursday, October 18, 2012

omong kosong

lagi sekali aku nak tulis beritahu korang yang bulan ini aku sibuk yang amat...kerja memang berlambak...tak mengapa sengaja nak menghiburkan hati sendiri supaya aku dapat setelkan semua kerja tu dengan suka hatinya....


hurm..usia dah makin meningkat...tak lama lagi dah nak masuk level tiga puluh hannn pulak...kadang-kadang terasa macam bebudak lagi...biarlah...asalkan hidup aku ni happy dan penuh bermakna...cukuplah...

buat apa nak sedih-sedih...nak marah-marah selalu...nanti kena penyakit darah tinggi pulak...Alhamdulillah...demam before ni pun sembuh cepat...aku kembali cergas semula...harap lepas ini mempunyai keberanian untuk makan ubat...dan nak kena jaga sikit pemakanan...huhu!

pepsi?vanilla coke??teh tarik??makanan berlemak??berminyak??semuanya aku dah buat sekatan dari tembus masuk dalam perut aku....hikhik!kalau langgar jugak??bocor le perut aku...makin kecomelen...hahaha!

wah!minggu ni final piala Malaysia...aku sokong ATM!*sebab Selangor dah kalah*hahahaha!marlon sila passing bola ke kepala hai-o untuk score tanduk gol kemenangan...cpz sokong pasukan Kelantan...kalau ATM menang cpz akan hadiahkan aku PS3...tapi kalau Kelantan menang pulak dia mintak aku gelang emas!boleh???banyak gedik la itu amoi...cansel!lantak la pasukan mana menang pun....hahahaha!

nanti aku nak ajak penyokong-pengokong ATM dari jepun sekali...haha!

baru-baru ni aku tanya la CPZ lagi sekali dia sokong mana. Eh tiba2 nak sokong ATM pulak.

Aku : Kamu sokong mana nanti?
Zuhana : ATM la.
Aku : Hoi, haritukan sokong Kelantan.
Zuhana : Itu haritu Kelantan lawan Selangor. Malam tu tengok pemain Selangor memang macam takde luck je.
Aku : Apa pulak. Sokong la Kelatan. Kita kan sokong ATM. Mana boleh sama.
Zuhana : Ah! Kamu sokong la Selangor kamu yang dah kalah tu. Sibuk je..

Hish amoi ni. Kuat melawan sekarang ni. Makan sup banyak la ni perangai jadi macam ni. Huhu!

Wednesday, October 17, 2012

Mengimbau Kenangan

Dalam bizi-bizi tu sempat lagi aku ajak CPZ tengok wayang. Kalau nak layan sangat bizi sampai bila-bila pun tak habis. Mesti padai curi masa teman orang yang kita sayang. *Jangan muntoh*


Mula-mula tak tau nak tengok cerita apa sebab banyak yang kitorang dah tengok. Aku nak tengok cite Ngorat, Aaron Aziz berlakon. CPZ pulak taknak. Dia cakap dia tak sanggup nak tengok Aaroz Aziz berlakon jadi lelaki lawak. Dia kata elok-elok dia minat Aaron, sekali tengok Ngorat..habis spoil. Haha! Aku tengok dia punya iklan pun rasa geli.

Tinggal la cerita Aku Terima Nikahnya..

Komen aku. Best la jugak. Nora Danish pandai berlakon. CPZ kata Nora cute. Aku rasa CPZ ada macam Nora tu sikit. Mengada-ngada. Hahaha! Muka tak sama la, mesti la CPZ lagi cantik pat ratus kali *tangan di dada mata ke atas*

Habis cerita tu, aku pun tanya-tanya la CPZ masa aku dengan dia mula-mula bercinta dulu.. Kenang balik. Oit bukan selalu aku nak jiwang-jiwang bagi la can. kahkahkah! Teringat masa mula-mula bercintan cintun dengan CPZ. Korang jangan muntah pulak. Ini flashback je. Lepas ni jangan harap aku nak cite lagi. Huhu!

4 tahun lepas kot. Start aku rapat dengan CPZ. Dengan skirt pendek dia. Aku jemput dia kat KTM. pakai beg sandang, sweater, rambut depan macam jepun tu. Melilau-lilau mata dia cari kereta aku. Masa tu aku baru tukar kereta. Dia cari kereta lama yang aku selalu bawak tu. Kebetulan kereta aku tu tinted. Dah lama berenti kat depan dia. Tapi dia still tertinjau-tinjau kereta kat tempat lain. Sampai aku kena turunkan cermin kereta. Baru dia masuk.

Masuk kereta duduk bukan main jauh. Betul-betul kat hujung pintu sana. Comel. Tapi masa tu takde rasa apa pun. Borak-borak, bawak CPZ jalan kat pasar malam rabu taman connought. Bawak dia rumah Ira (kakak CPZ a.k.a Ceera). Aku panggil Ceera tu Ira.

Kebetulan masa tu aku baru clash. Still terfikir-fikir lagi pasal ex-gf. Ex aku masa tu still lagi mesej-mesej dengan aku. Masa tu aku ada jugak kenal dengan perempuan lain. Tapi yang selalu aku ajak keluar dengan CPZ la. Sebab dia banyak cite, sweet n kelakar macam sizuka. Lepas tu CPZ ni blur sikit. hehe!

Banyak jugak cerita aku kongsi dengan CPZ. Yang aku tak pernah cite dengan orang lain. CPZ pun masa tu baru jugak lepas putus. Dia pun banyak cerita pasal diri dia. Kenapa dia rasa sedih sangat. Kenapa dia putus dengan ex dia. Kadang2 masa dia cerita aku nampak bergenang jugak air mata. Tinggal tak jatuh je. Hehe!

Bila dah hari-hari jumpa. Aku tak tau la macam mana dan sejak bila CPZ sayang aku. Tapi yang aku ingat, aku pernah tanya dia kalau dia nak jadi girlfren aku. *uwek* haha! Aku rasa CPZ pernah cerita pasal ni. Yang aku ingat. Aku dah start ada perasaan kat dia masa dalam kereta.

Masa ni aku asik cerita pasal ex-gf aku je. Kenapa ex-gf aku buat aku macam tu. Itu ini semua. Sampai satu masa CPZ cakap dengan aku..

Zuhana : Kalau kamu still sayangkan dia, kamu pergilah.. Kita ada je setia tunggu kamu kat sini k

Aku terus rasa tersentak. Malam tak dapat tidur woi..hahaha! Itu je punn ayatnnya..hadui lah

Aku suruh CPZ ingat balik. Tapi ko paham-paham la CPZ ni suka main-main..

Aku : Kamu ingat tak dulu kamu suka kita. Kenapa suka kita?
Zuhana : Erm, sebab kamu je yang jaga kita baik-baik.
Aku : Yang lain tak jaga ke?
Zuhana : Jaga jugak, tapi jaga ala kadar je la.
Aku : Ait?
Zuhana : Kite suka yang garang-garang. Hahaha!

Selamber je cakap aku garang. Tapi memang kena garang sikit dengan CPZ ni. Degil. Anak Noh yang no 9 ni degil dia no 1. Paham tak? huhu!

Zuhana : Kamu baik, suka dengar kite cerita macam-macam. Penat pun nak layan kita lagi. Kite mengada pun kamu layan. Kita ada problem kamu tolong setelkan. Kite susah kamu bantu, happy sama-sama. sedih sama-sama. Kamu je yang tahan walaupun kita selalu mintak clash. Hikhik!
Aku : Tau takpe *kembang hidung*
Zuhana : Kite terharu sangat kamu datang masa konvo kite dulu. Selain mak abah dengan atam. Kite tak tau nak balik dengan apa masa tu. Kamu yang ambik kite. Ingat tak? Kamu belikan kita bantal love warna hijau sebab kita dah berjaya konvo. Kita rasa nak nangis tau time tu. Walaupun kita harapkan bunga tapi tak dapat pun bunga. Haha!
Aku : Ingat la.
Zuhana : Kamu tau tak kita simpan lagi card tu. Padahal dalam card tu tulis congratulation zuhana je.
Aku : Kalau kita tak amik kamu masa kat PWTC tu, kamu nak balik naik apa?
Zuhana : Entahla. Kita keluar cari taxi la kot. Kamu tau tak, kamu la lelaki paling jeles yang kita pernah dapat
Aku : Oiii. Cemburu tanda apa?
Zuhana : Tak nak cakap..geli..hahaha!

Haha! tau pun geli..aku pun geli jugak.

CPZ ni banyak sabar. Masa mula-mula bercinta. Aku lupa nak buang gambar ex-gf dalam dompet. Sebab memang tak ingat langsung ada gambar tu. CPZ tengok purse. Dia senyum je. suruh aku buang sendiri. Dulu fon aku tak pernah bagi sapa-sapa tengok. CPZ pun tak boleh tengok sebab aku ada save mesej dari exgf aku. Dia ugut-ugut nak buat itu ini kan. Aku save mesej tu sebab nak buat report polis. Sekali CPZ baca masa aku tengah main bola.

Menjawab la aku lepas tu. Pernah sekali ex-gf aku hantar gambar sexy dia kat aku. Lagi sekali kena menjawab dengan CPZ. Masa tu la pun nampak CPZ sayang aku. Tapi dia sabar je. Dia cuma cakap, kalau aku sayang lagi kat ex-gf, aku boleh pilih antara satu. CPZ kata dia tak kisah.

Hoiii...mana boleh la kan. Yang dah jadi ex tu biarkan je la jadi ex. Kita kena teruskan hidup. Banyak benda kalau nak kenang balik. Tapi aku tak pernah bagitau CPZ kenapa aku sayang dia.

Zuhana : Kamu suka kita kenapa?
Aku : Nanti dah kawin kita bagitau k
Zuhana : Promis?
Aku : Promis..

Itu je la kenangan lama-lama. Inilah entry jiwang. Terbaikkan?? haha!

Tuesday, October 16, 2012

tak sabar rasanya

Salam

semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak...lantak pi lah nak berapa menjak pun...aku betul-betul bizi sangat*tddmpa....please korang tolong percaya...if tak percaya tanya neelofa mata sepet aku...hahahaha!

nasiblah boleh curik-curik masa sikit...sempat lah nak keluar kejap..*cpz potpotpotpettt lah cakap aku takda masa*tapi kalau terbanyak pulak aku curik masa tu, masak lemak cili api aku nanti...erm..nak upah PA lah...ada sesiapa berminat???cpz awal-awal dah tolak offer aku tu...cissss!dia pulak lah nak offer aku jadi PA dia...puiiii...hehehe

banyak betul keroje yang aku nak kena setelkan last-last minit ni...yolah dah nak akhir tahun kan...tugasan yang pensyarah bagi pun boleh tahan banyaknya...huu!*rasa macam nak upah orang je buat assignment aku...kahkahkah!* semua tugasan nak kena summit awal pulak tu...adoiii...semilu kepala aku memikirkan tugasan lecture..

nak buat camna kan...kena tempuhi jugak..tapi tak sabar rasanya nak habis study ni...mahu aku lambungkan setinggi-tingginya topi tu nanti...kalau boleh habis semua aku nak lambung...tengoklah...hehehe..memang mencabar jugak ek bekerja sambil study ni...macam-macam hal lah bro...sekarang baru aku faham perasaan dorang yang continue study macam aku before ni...gua respect lu dah konvo beb!gua???lambat lagi...sob.sob.sob

lepas setel semua ni...aku nak pi bercuti....nak bawa family aku jalan-jalan...tapi belum fikir nak pergi mana..nanti-nanti lah aku dicede....kalau aku lupa, korang ingatkan aku nanti ye

ok bye!


Pos hadiah kawin

Jumaat lepas, aku dengan CPZ beli hadiah kawin untuk bekas cikgu-cikgu praktikal. Natrah dan Nisa. Nak pergi kenduri tu tapi aku ada kelas pulak sampai petang. Jauh ke Perak pulak tu. Takpe saya bagi awak hadiah je ye. 


Korang boleh agak tak aku bagi apa? Nak pos barang2 kaca takut tak sampai pulak ke Perak. Dah berkecai dalam van pos laju.


 Gambar feveret sebab nampak kurus. haha! 


Takkan la aku pos sorang. Mesti la dengan CPZ. CPZ ni semua nak ikut lah. Tak bagi ikut mula la mesej dah tak sayang la.
 

Mentang-mentang kurus, gambar pun nak belah tepi je. Perhatiii je perangai dia ni.

Kepada Nisa dan Natrah. Saya doakan awak bahagia, dan menjadi isteri yang solehah. Aminn

Saturday, October 13, 2012

Tak jadi marah pulak....?

Semalam aku ada kurus. Semalam pun aku janji dengan CPZ nak dating lepas kursus. Bagitau CPZ pukul 5 tunggu aku datang jemput. Sekali boleh pulak pukul 6 pun tak habis lagi. Mengamuk-ngamuk la CPZ mesej aku. Huhu! Habislaaa...

Pukul 6.30 baru sampai rumah CPZ. Peluh-peluh aku dalam kereta.

Sekali CPZ masuk. Dia pandang aku. Tengok baju sama kotak-kotak putih.
Terus tak jadi marah. Hahaha!
Selamat.....!!

Tak tau la macam mana boleh tersama ni.

Baru balik dari kursus.

CPZ yang happy sebab baju sama.

Okbye

Friday, October 5, 2012

Johnny

Program diet sedang dijalankan. Haritu lepas beli tiket wayang *Hantu Kapchai* kali ke dua tengok. CPZ nak tengok Fizz Fairuz berlakon sampai dua kali. Amboi...Aku ok je sebab ada Neelofa..huhu!

Lepas beli tu, tak tau nak makan kat mana. Aku macam biasa pilih Kenny Rogers, tapi CPZ tunjuk tangan dia 'No No No No' sambil geleng kepala. Aduh....

Lepas tu dia yang tentukan makan apa. Dia kata makan kat Johnny. Siap cakap dengan aku jangan pesan nasi goreng ke apa. Makan steamboat tu je.
 

Selalunya makan kat sini, memang order steamboat untuk dua orang, lepas tu aku order lagi nasi goreng semua dengan CPZ. Tapi bila nak diet ni. CPZ kata nasi goreng no no no. Makan je steamboat tu. Nasi kosong boleh la.

 CPZ yang masak. Aku tak pandai. aku tengok je dia masukkan itu ini. Aku makan je.

Tengok? Nasi putih je.....???

Nak ayaaammmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!

Monday, October 1, 2012

Diet? Dan Ayam?

Semalam dalam kuliah, syok-syok study *syok??* kawan aku selamber je datang kat aku. Ko tau dia cakap apa?

'Ko dah tembam sikit la Kay, kena diet'

Perghhhh!! Tercalar hati guwa beb!!

Sebenarnya ramai yang tegur aku dah comel sikit. Tapi aku buat tak tau je. Sebab aku rasa CPZ suka je, hakhakhak! Tapi mana tau aku mengadu kat CPZ semalam yang kawan aku cakap macam ni, ko tau CPZ cakap apa..

'kite cakap kamu dah tembam kamu taknak dengar, kawan kamu cakap tembam baru la nak sentap. Bukan takat dah tembam, dah buncit, dah gemok bla bla bla bla bla'

Terus down.

 Aku suka makan ayam. Itu la masalah aku. Ko bagi la ayam jenis apa pun. Aku boleh makan dan makan. Bau ayam goreng terus lapar.

 CPZ pun satu, kalau makan kfc kan. Dia mesti tukar ayam kecik. Yang besar semua bagi aku. Macam mana??? Tak caya tengok ayam dia, tengok ayam aku.

Aku dengan ayam memang tak boleh dipisahkan.

Tapi aku nak diet. Stress aku.
Kejap lagi nak makan KFC lagi. hikhik!
Harap2 lemak di pegi kat kuku.

Thursday, September 27, 2012

Tak sampi 3 jam

Sedih ni. Hadiah yang cikgu praktikal bagi kat aku telah dirembat oleh CPZ.

 Detik-detik indah bersama.

Jodoh kita 3 jam je. 

Macam tajuk filam untuk 3 hari tak?

Bengang betul aku depan CPZ, dia boleh ambik botol air aku ni dengan takde perasaan bersalah ke apa. Siap mms balik gambar tengah minum pakai botol air ni. Bersabar la wahai Qery, tak lama je lagi kau boleh wrestling dia. Time tu....muahahaha! Aku tak nak cite. Ko tau la apa nasib ko.

Bye

Nuffnang