Followers

Wednesday, October 31, 2012

Aku punya Hari Raya Aidil Adha

Ohoi, rasa macam dah lambat je nak cite pasal hari raya. Sebab minggu ni aku bizi sikit. Naik je sekolah ada macam-macam aktiviti. Jadi nak update blog tu ambik masa. Ini pun taip laju laju kalah F1. hakhakhak!

 Raya aku macam biasa je, beraya kat rumah bersama family tersayang. Tak ada pun balik kampung. Ada jugak la mak sedara datang rumah semua..adik-adik angkat mak aku pun datang jugak.. Pagi tu seperti raya-raya tahun lepas, kita ke masjid. Solat Raya Aidil Adha. Aku antara yang datang awal tahun ini. Sebelum pukul 8 dah tercongok. Masa ni tak ramai orang, so boleh bergambar dengan encik Lembu...ensem betul aku bila bersongkok*phuiii..muntoh.haha!*.

Encik lembu malu nak posing.

Kali ni sembahyang raya macam awal. Tak ramai yang sempat sembahyang raya. Nasib baik la aku datang awal. Kalau aku datang lambat, dapat snap gambar dengan lembu je la..hehehe

Kat masjid rumah aku korbankan 5 ekor lembu. Aku cerita kat CPZ, dia kata sikit je. Tempat dia belas-belas ekor. Yela dia kawasan perkampungan. Ramai pakcik-pakcik otai plus orang lama yang tak pernah miss tiap-tiap tahun sedekah sekor lembu korban. Tempat aku ni kawasan taman. Penduduknya pun ramai yang muda-muda..dan ramai yang balik kampung kan...So, paham-paham je la ye.

Balik rumah, layan mak-mak sedara. Mak aku masak rendang ayam. perghhhhh! Sedap! lepas tu ada rendang daging jugak. Habis clear pagi raya tu jugak!! Tahun ni ramai suka makan rendang daging aku pun tak tahu kenapa..Mungkin sebab mak aku jarang-jarang masak rendang daging kot.. Tapi mak aku masak memang sedap. Tengok la perut-perut anak dia, takyah tanya banyak la k. Haha!

Seronok jugak raya macam ni. Saudara mara datang rumah. Raya korang macam mana? best??

1 comment:

sharifah rosidah said...

Lebih kurang sama je sambutan raya haji kita Qery.

Nuffnang